Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, politik Selangor yang tenang setelah menyapu bersih pada PRU13 tidak bertahan lama. Kini politiknya bergolak apabila parti politik yang didokong oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim sekarang bersungguh-sungguh ingin mengantikan beliau. Kesungguhannya pemimpin parti Keadilan untuk menukar Khalid Ibrahim bukan lagi rahsia tetapi sudah bermula sejak Pakatan Rakyat menang besar pada PRU13 sehingga Azmin Ali merajuk apabila tidak terpilih.

Berita terkini krisis MB Selangor

9/8/2014 : Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menyingkirkan Khalid dari parti berkuat kuasa serta merta. 

10/8.2014 : PAS tetap dengan pendirian menyokong Khalid Ibrahim.

11/8/2014 : Sultan Selangor memperkenankan TSKI terus mentadbir Selangor.

11/8/2014 : BN Selangor menyokong Khalid tanpa syarat.

Sebagai rakyat biasa yang beristerikan orang Selangor aku sentiasa mengikuti perkembangan semasa pergolakan kedudukan Menteri Besar Selangor. Betullah kata bijak pandai kekadang kita tewas bukan kerana lawan lemah tetapi kerana kebodohan sendiri. Aku bukanlah peminat setia Menteri Besar Selangor tetapi aku telah mengikut cerita kehebatan beliau dari peristiwa serangan waktu suboh 1981 apabila Malaysia berjaya mengambil alih syarikat Guthrie di Bursa London hasil kecekapan Khalid Ibrahim yang ketika itu menerajui PNB. Walaubagaimanapun beliau akhirnya tersingkir dari Guthrie setelah tidak bersetuju dengan keputusan penggabungan tiga syarikat perladangan milik PNB iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope menjadi satu entiti iaitu Sime Darby.

khalid ibrahim menteri besar selangor

Khalid Ibrahim seorang pakar dalam dunia ekonomi gagal untuk meletakan diri dalam kepimpinan UMNO setelah tewas disemua cubaan pemilihan Cawangan dan Bahagian UMNO yang kemudian beralih angin kepada Parti Keadilan untuk meneruskan cita-cita politik. Rezeki beliau apabila Pakatan Rakyat tanpa diduga menang PRU12 dan Khalid Ibrahim telah dilantik sebagai Menteri Besar. Kejujuran dan kecekapan pengurusan tanpa mengira kepentingan politik telah menyebabkan beliau sangat tidak popular di kalangan pemimpin politik Pakatan Rakyat. Khalid Ibrahim tidak mahu berhutang dengan syarikat politik kerana balasannya sudah pasti perlu menyerahkan projek besar Kerajaan Negeri kepada pihak-pihak tersebut.

Polisi tersebut telah menjerat kerjaya politik apabila bos besar Anwar Ibrahim memulakan “Langkah Kajang” satu gerakan mengulingkan Khalid Ibrahim untuk digantikan dengan DS Wan Azizah. Selama ini tiada siapa dari Parti Keadilan yang berjaya melawan Anwar Ibrahim sehingga berpuluh-puluh pemimpin keluar parti. Bagaimana pulak nasib Khalid Ibrahim walaupun dengan jelas mendapat sokongan Tuan Guru Hadi Awang. Mungkinkah pergolakan ini akan juga memberi tempias kepada PAS dengan menyerlahkan pemimpin yang selama ini dikatakan penyokong kuat Anwar Ibrahim tetapi diletak dengan penuh strategi di dalam PAS sehingga ada memimpin PAS tanpa segan silu menentang Presiden kerana menyokong pendirian Anwar Ibrahim. Ada yang kata pengulingan Khalid Ibrahim bermakna berakhirnya perjuangan reformasi Malaysia.

survey MB selangor pilihan rakyat

Secara teorinya sangat sukar untuk Khalid Ibrahim bertahan kerana sekutu Parti Keadilan, DAP juga tidak menyokong pemerintahan Khalid Ibrahim kerana tidak mendapat banyak manafaat selain lebih banyak rumah urut dibuka di negeri Selangor. Sama-samalah kita tunggu dan lihat adakah nafsu politik Anwar Ibrahim yang akan berjaya menumbangkan kepimpinan profesional Khalid Ibrahim walaupun mengikut survey Astroawani lebih 60% rakyat Selangor mahu Khalid Kekal. Dalam politik berbagai kejutan boleh berlaku kerana mengikut portan berita Asamboi.my UMNO menyokong “Langkah Khalid”  jadi kita tunggu dan lihat.

Siapa pun bakal Menteri Besar Selangor adalah pilihan ALLAH untuk asbab tertentu yang hanya ALLAH sahaja yang tahu.

gambar khalid ibrahim jumpa nik aziz

286 Comments

  1. Rakyat amat memerlukan pemimpin yang bersih dan adil setelah sekian lama bumi Malaysia tercinta ini melahirkan pemimpin2 yang tak banyak memberi manfaat lebih2 lagi negara bertuah ini mempunyai banyak sumber asli yang telah dikeluarkan namun hasilnya hanya segelintir sahaja yng memanfaatnya..

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!