Salam Aidilfitri 1435H

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur teramat sangat kerana ALLAH pilih kami untuk berpuasa 29 hari di bulan Ramadhan 1435H. 1 Syawal menjelang lagi tanda kemenangan bermujahadah sebulan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi patuh dengan berbagai perintah ALLAH. Azam kita untuk mengamalkan semua ilmu yang kita pelajarai di Madrasah Ramadhan 2014 di dalam keseluruhan kehidupan sepanjang sebelas bulan akan datang menjelang Ramadhan 1436H.

Syukur tahun ini masjid dan surau sentiasa dipenuhi jemaah sehingga ke akhir Ramadhan satu suasana yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Semuga amalan kita diterima dan menjadi asbab untuk kita jadi lebih dekat dengan ALLAH.

 تقبل الله منا ومنكم

SALAM AIDILFITRI 1435H / 2014  dari kami sekeluarga dan keluarga Denaihati Network.

keluarga Denaihati 2014

Semoga Allah menerima semua amalan-amalan kita dan semoga kita dipertemukan lagi di Ramadhan 1436H. Mohon Maaf Zahir & Batin di atas segala salah silap setahun mengendalikan Denaihati Network mungkin ada tersilap penulisan, terkasar bahasa yang menguris hati perasaan dan halalkan makan serta minum sepanjang majlis yang kami sertai.

team Denaihati Network 2014

Dalam kita bergembira di Aidilfitri 2014 jangan lupa kepada yang fakir, miskin dan anak yatim teruskan sifat baik suka memberi yang kita amalkan sepanjang bulan Ramadhan. Tidak juga kita lupakan kepada keluarga mangsa tragedi MH370 dan MH17. Kesedihan mereka juga adalah kesedihan kita. Teruskan berdoa dan bermunajat untuk saudara Islam kita di Gaza, Syria, Sudan dan banyak lagi negara lain yang sedang ditindas dan dibantai oleh musuh Islam.

Semuga segala kesukaran ini akan menjadikan kita umat Islam yang lebih kental dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Islam mungkin kalah dipandangan mata dunia tetapi tidak di sisi ALLAH swt.

94 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!