Misteri wangian yang hilang

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 

membaca sajak nukilan Sasterawan Negara Datuk Usman Awang bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauhpasti ramai yang masih tidak mengetahui misteri pemilihan tajuk tersebut. Tajuk tersebut tersangat indah dan sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang masih belum terurai.

Kisah ini selain pernah aku baca di beberapa blog juga Facebook tetapi sebenarnya sudah pernah diceritakan oleh beberapa Maulana bertahun-tahun dahulu. Mari kita baca sedikit dari kisah misteri yang terlalu panjang untuk dirungkai.

Bani Jawi adalah pengembara yang hebat membawa misi ke Semenanjung di hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari Bani Jawi atau ‘kaum yang hilang’.

Tanah Jawi ialah gelaran kepada Tanah Melayu. Orang Jawi ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu. Tulisan Jawi ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu. Masuk Jawi iaiatu berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajar Nabi Ibrahim a.s dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.

tahan Melayu Semenanjung Emas

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah atau Keturah yang kisahnya banyak tertulis di kitab kuno Yahudi. Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia.

…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)

Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim a.s dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu dan Wi=Tuhan, yakni maksudnya bangsa yang percaya kepada Satu Tuhan iaitu mentauhidkan Tuhan. Dimanakah negara di hujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu? 

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’

Wallahualam.

Begitulah secebis kisah misteri satu bangsa yang masih belum terungkai tetapi dari kisah inilah asalnya tajuk indah sajak “Wangian yang hilang di Timur Jauh”. Mungkin ada pembaca yang sudah pernah membaca kisah misteri ini dan mungkin ada yang baru pertama kali.

“Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun peti Tabut itu di bawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Al Baqarah ayat 248

Begitulah kita usah nak mengenal bangsa sendiri masih ramai di antara kita yang tidak kenal susul galur atok nenek moyang dan keturunan sendiri dan lebih malang lagi ada di antara kita yang tidak kenal diri sendiri kerana dek sibuk dengan urusan seharian. Bila tidak kenal diri sendiri maknanya tidak kenal juga dengan Sang Pencipta yang mencipta diri kita ini.

Sekarang Bangsa Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri mungkin tujuan ALLAH untuk membersihkan dengan meninggalkan yang taat pada ALLAH untuk menjadi tentera dari Timur yang akan bersama Imam Mahadi.


Spread the love

114 Comments

  1. assalam kwn2 ku..ketahuilh al-mahdi sdh ada di sekeliling kita..mgkin ada di antara kita tlah pon brsua muka dgn beliau tp msih tdk kenali siapa beliau…bani tamin tentera al-mahdi jga sdh ada dn msih melakukn pesedian…masa sdh dkt..harinya akn tiba..tingkatkn tauhid tuan2 sekalian..besama2 nnt kita bejuang kerna Allah…jihadikum fisabillilah… 🙂

  2. Ooo…padanlah ada ura2 Imam Mahdi akan lahir di kalangan kita.dlm sejarah Yahudi ada rukun ke apa ntah yg mengatakan yahudi mesti berhati2 dgn tanah di penghujung dunia.

    Ustaz sy kata kisah Imam Mahdi tu tak betul. Yg betul cuma kisah Nabi Isa AS yg akan diturunkan.

    Ada pendapat?
    Curahan rasa aishah ahmad @ ..Jenama supplemen EPO TerbaikMy Profile

    1. ada hadith sahih dari http://www.islam.gov.my/en/e-hadith
      The Arrival of Imam Mahadi
      Rasulullah (peace and blessings be upon him) had said meaning: “Al Mahdi will be from my progeny. His forehead will be broad and his nose will be high. He will fill the world with justice and fairness at a time when the world will be filled with oppression. He will rule for seven years.”
      (Abu Sa’id Al-Khudri r.a.)
      Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan SenjataMy Profile

  3. Sangat suka dengan entri ini. Like juta-juta kali…hehehe

    The Lost Tribe. Kaum Yahudi memang sedang mencari satu bangsa yang hilang yang berkaitan dengan Imam Mahdi tersebut. Ada juga yang bercerita, salah satu sebab bangsa dan negara Islam diserang kerana mereka mempercayai “the lost tribe” tu ada di sana. Tapi bila didapati bukan, maka mereka menyerang negara Islam yang lain pula. Selain ingin menghancurkan Islam, mereka sangat takut dengan kelahiran Iman Mahdi.

    Wallahua’lam.
    Curahan rasa myliferia @ ..Cara Lipat Cadar Bergetah Dengan Cepat Dan MudahMy Profile

  4. Wow, it give me shivers. At least takde la kita ni dikatakan keturunan dr indonesia, ive always dispice those statement, kita semua dtg dr pulau indon.

  5. Assalam,

    Kisah keturah, bani tamim, dan banyak lagi memang menarik dibaca. Apatah lagi dengan kisah kisah panji panji hitam. Sejarah melayu dan kaitannya dengan islam sebenarnya hebat, cuma kita mungkin tak rasa hebat, kalau bacaan kita hanya disandarkan kepada buku buku standard sejarah corakan zaman penjajah.

    P/s : restnrileks nampak tuan denaihati mula melongkah dari hidup untuk memberi, + hidup untuk memperjuangkan. 🙂

  6. kisah yang baru saya pelajari,dan cerita yang menarik juga. tapi saya ada persoalan megenai suku kaum yang lain pula dari mana asal usul keturunan mereka. dengan ada nya bahasa mereka sendiri setiap kaum khusus nya di sabah dan sarawak.ada kah mereka ini golongan atau suku kaum melayu atau sebalik nya. saya harap ada yang boleh jelas kan pertanyaan saya ini. akhir sekali maaf kalau saya salah tempat untuk bertanya.

  7. Kita wangi sebab kita Islam. Nowadays banyak sangat bala kepada negara kita disebabkan kelalaian sesetengah pihak. saya merujuk kepada kes sukan bogel, pembunuhan setiap hari yang kejam, kes buang anak berleluasa, kes MH, dll.
    Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Set Kesuburan ShakleeMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!