Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog pertama Cikgu Naman, blog kedua Zie Fauzi, blog ketiga Faizal Fredley, blog ke empat Hans sudah tamat dan blog ke lima UpProfits akan tamat pada 11.59pm, 20/2/12 dan blog ke sebelas yang terpilih adalah blog Aku Mahu Hidup Bebas akan meneruskan perjuangan. MacBook Pro menjadi impian dan harapan semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca rasa hati kenapa MacBook Pro menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin.
Terima kasih kepada Denaihati kerana memilih gadget impian saya layak masuk ke peringkat seterusnya. Untuk pengetahuan Denaihati, entri saya sebelum ini di blog Aku Mahu Hidup Bebas telah mendapat LIKE sebanyak 5395, TWEET sebanyak 2030, +1 sebanyak 321 Plus One dan komen sebanyak 57. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah membantu saya untuk mendapatkan semua undian tersebut dan memberikan sinar harapan untuk saya memenangi gadget impian saya iaitu MacBook Pro.
Saya berharap agar pihak Denaihati boleh memilih saya sebagai pemenang kerana saya memang sudah terlalu lama mengimpikan MacBook Pro. Sekiranya MacBook Pro tersebut tidak mendapat pertimbangan dari pihak tuan untuk layak masuk ke dalam contest, MacBook Air sebagai gantinya juga saya terima dengan perasaan gembira tidak terhingga.
Saya teringin untuk memiliki MacBook Pro atau MacBook Air kerana notebook yang saya miliki sekarang telah uzur dan menghidap pelbagai ‘penyakit’. Sekiranya mendapat MacBook Pro atau MacBook Air, bolehlah saya menjual notebook saya yang lama dan mendapat pulangan kerana sebelum ini notebook saya selalu masuk bengkel untuk dibaiki.
Bukanlah ingin meminta simpati dari pihak Denaihati, tetapi sebagai seorang pelajar universiti, saya masih memerlukan banyak wang untuk menampung kos kehidupan di universiti. Menyertai contest gadget impian ini bukan sahaja memberi saya peluang mendapat gadget impian saya, tetapi juga meringankan beban keluarga saya. Ini kerana, saya tidak perlu meminta bantuan kewangan dari mereka untuk mendapatkan notebook yang baru.
Selain itu, Macbook Pro atau Macbook Air juga boleh membantu saya dalam pelbagai aspek dengan fungsi yang lebih canggih dari notebook yang biasa terdapat di pasaran. Tambahan lagi saya merupakan peminat setia barangan Apple.
Walaupun tidak mampu untuk membeli semua barangan keluaran Apple, tetapi saya masih setia mengikuti setiap perkembangan produk mereka. Saya sangat berharap agar saya boleh mendapatkan Macbook Pro atau Macbook Air. Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Denaihati sekiranya memberi saya peluang untuk memenangi gadget ini.
Sekiranya pihak Denaihati memberi saya peluang untuk menang, pihak tuan tidak akan rugi kerana saya juga ingin melahirkan win-win situation walaupun tidak banyak yang dapat saya sumbangkan. Saya akan membantu menyebarkan mengenai blog Denaihati.com yang memiliki entri yang begitu menarik untuk dikongsikan bersama.
Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi saya ucapkan kepada pihak Denaihati.com, Hidupkan Untuk Memberi.
Nota :
- Blog Aku Mahu Hidup Bebas diberi masa sehingga 11.59pm, 26/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
233 Comments
semoga anda mendapat hadiah tersebut dan tersenyum jika menang memilikinya…jgn lupakan kami supporter disini..ahahahaha
Curahan rasa faizfakhirin @ ..Inflasi : Apa yang Kita tahu ?
Dasyat entri2..semua hebat2 belaka…gadget pilihan pun semua yg terkini dan yg menjadi impian setiap org..semoga berjaya Aku Mahu Hidup Bebas…
Wah! Ramai nyer yg dh like..Gudluck..dh like n tweet skali…:)
Gudluck Aku Mahu Hidup Bebas..:)
Semoga berjaya mendapat gadget impian anda…
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
pehh, gadget korang memang melampau-lampau canggihnya.
Curahan rasa titan @ ..Lelaki Bangladesh yang kacak
Btw good luck yea 😀
like banyak maybe dia punya network yang besar
Curahan rasa yanmie @ ..Bantu Saya Menang iPhone 4s
saluut buat Aku Mahu Hidup Bebas baru muncul like nya hampir 1k
Curahan rasa Dadan @ ..Jika Gunung Galunggung Meletus Lagi
bagaimana caranya bisa begitu rupa, sedangkan munculnya pun baru…dahsyat !
Curahan rasa Dadan @ ..Jika Gunung Galunggung Meletus Lagi
Tapi ngomong-ngomong kemana orang yang punya entry nya ya…? koq ga muncul-muncul..
Curahan rasa Dadan @ ..Jika Gunung Galunggung Meletus Lagi
salam singgah .. wow terbeliak mata tengok like 1k .. dasyat .
Curahan rasa puanbee @ ..Tolong Puanbee Menang iPhone4s Dari Blog Denaihati Boleh ?
samalah bee.. ni sblm nak offline singgah sini jap… terkujat ternganga tgk like dah dekat 1k… camana depa buat nih… oh tolong lah ajarkan saya..
Curahan rasa kakyong @ ..Contest Malaysia Top Blogger | Meh le kome support kakyong[dot]com©
dijauhkan dari benda yg tak elok. jgn lah guna cara kotor. biar jujur okay 🙂
Curahan rasa intan @ ..World Blogger And Social Media Award 2012
dah tekan semua tombol social sharing, dan komentar disini tuk sokong sahabat Aku Mahu Hidup Bebas, semoga sukses !
Curahan rasa Dadan @ ..Jika Gunung Galunggung Meletus Lagi
Salaim, singgah jap, ihikssss like dah nak 1K? fuhhhhh…fuhhh…ok tak terkata hehee, good luck ye
Like dah 902? hebat gila
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
akak pun terkejut hehe
Curahan rasa yanmie @ ..Bantu Saya Menang iPhone 4s
apa rahsia ek? saya nak dapat 1K pun ambil masa 4-5 hari
Curahan rasa Hans @ ..Apa Celop Ajak Couple
kena tanya tuan pnya bdn 😛
Curahan rasa yanmie @ ..Bantu Saya Menang iPhone 4s
terkejut juga memang dasyat ni .. sangat sangat power
Curahan rasa puanbee @ ..Tolong Puanbee Menang iPhone4s Dari Blog Denaihati Boleh ?
Think positif okies hehee 😀
saya pun boleh buat 1k dalam sehari sebenarnya..tapi kena berperang dengan ‘ guilty conscience’ dulu lah hehe..xde network sehebat peserta² lain 😉
Curahan rasa cikgu naman @ ..Anwar Ibrahim
smoga bjaya..dtg sni tlg support anda..
Curahan rasa syu90 @ ..top 10 referral blog Mama Murai..
tahniah
aturkan strategi
mungkin mac pro ni milik anda :0
Curahan rasa auc dot com @ ..Kenapa Perdagangan mata wang (Forex) di Internet Diharamkan?
Kalau tak silap 2 peserta termasuk anda menginginkan MacBook Pro kan..
Good Luck
Curahan rasa Mr jay @ ..GiveAway Bicara Kasih
Comments are closed.