Assalamualaikum dan salam 1Dunia, contest Gadget Impian peringkat akhir semakin sengit. Blog Cikgu Naman, Zie Fauzi, Faizal Fredley, Hans sudah tamat, blog ke lima UpProfits akan tamat pada 11.59pm, 20/2/12 dan blog ke dua belas yang terpilih adalah blog status PR4 Ariffshah yang telah mengumpul 2197 mata akan meneruskan perjuangan. MacBook Air menjadi impian dan harapan Ariffshah semuga menjadi kenyataan. Kepada yang lupa bagaimana pusingan akhir berjalan sila baca kembali entri “Gadget Impian Jadi Kenyataan“. Joom baca rasa hati Ariffshah kenapa MacBook Air menjadi impian beliau kalau suka berilah sokong sebaik mungkin. Baru balik belajar dari Moscow jadi masa yang lapang bolehlah fokus pada contest ini.
Assalamualaikum, seperti yang tuan sedia maklum, gadget impian pilihan saya sebelum ini adalah MacBook Air. Walaupun begitu, itu hanyalah sebagai nak cukupkan syarat je. Kalau saya menang, berkemungkinan besar saya akan jual MacBook Pro sekarang untuk mendapatkam iMac 21.5 inci dengan 8 GB RAM (RM4252 – student price).

Kenapa? Mudah je. Saya suka ruang kerja yang besar dan saya suka bekerja menggunakan komputer. Kejayaan yang pernah saya kecapi selama ni pun semunya terhasil daripada kerja saya dari belakang komputer. Jadi adalah sangat membantu sekiranya saya mempunyai ruang kerja dan peralatan untuk bekerja idaman hati.
Saya tak minta smartphone/iPhone sebagai gadget impian kerana saya tahu, Samsung Galaxy S yang saya gunakan sekarang sudah cukup untuk kegunaan harian saya. Tapi dengan gadget yang lebih berkuasa dan besar, saya yakin saya boleh menjadi lebih produktif dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Banyak sebenarnya benda yang saya nak lakukan tapi gagal akibat kekangan belajar dan tempat tinggal yang kurang kondusif (kurang privasi tinggal di hostel Moscow). Diharapkan bila saya tamat belajar nanti, dapatlah menumpukan sepenuhnya pada projek-projek ini dan dengan peralatan yang bagus seterusnya memudahkan saya untuk menyiapkan projek-projek tersebut.
Kenapa bukan Windows? Supaya saya tak mula main game (sangat tak produktif). Saya suka gunakan komputer dengan perisian Mac OSX (walaupun setelah berbelas tahun menggunakan Windows).
Rasionaliti kenapa MacBook Pro –> MacBook Air. MacBook Air lebih ringan dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana berbanding MacBook Pro. Ini sangat penting sebagai blogger. Disebabkan saya akan membeli iMac tersebut, kerja yang lebih serius atau memerlukan more computing power akan dilakukan pada iMac.
Lagi best kalau MacBook Air tersebut adalah yang berukuran 13 inci (RM3,849). Secara fizikal, tangan saya yang besar kurang sesuai untuk menaip pada MacBook Air 11″. Namun untuk contest ini (supaya tak terkeluar daripada bajet penganjur) saya memilih Macbook Air 11″ basic level entry je (RM2,949 – student price).
Melalui contest gadget impian ni, dapatlah saya mengambil kesempatan untuk mempunyai working rig idaman saya. Target saya tahun ini adalah untuk menulis lebih banyak artikel di wp.tutsplus.com (dua telah diterbitkan, satu masih lagi pending review) dan mungkin akan mula menulis di Hong Kiat (penulisan berbayar untuk setiap artikel yang diberjaya diterbitkan). Beberapa ebook juga dalam perancangan. Insya Allah.
Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dan semoga blog Denaihati dan penganjur contest memperoleh kejayaan dalam perniagaan. Harap saya dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
Ikhlas,
Ariff Shah
Nota :
- Ariffshah diberi masa sehingga 11.59pm, 27/2/2012 untuk mempromosi entri ini dan mengumpul seberapa banyak point yang mampu. Selamat maju jaya.
- Ingat komen kurang dari 7 perkataan akan di delete.
1,147 Comments
Impian masa sekarang ini adalah Iphone 5. Semoga bila memang rejeki akan dimudahkan aamiin…
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Gejala Penyakit Asma
wah kalau saya gadget impian saya ya iPhone 5
Curahan rasa munir ardi @ ..SMS Ucapan Selamat Tahun Baru 2013
iya, berharap bisa masuk di pilihan contes iPhone 5 Gadget Impian
Curahan rasa blog pendidikan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
impian saya juga sama seperti saudara ariff. insyaAllah sedikit masa nnti akan berada dlm genggaman. skrg kalau ke MAChines, sy akan selalu pegang dan visualize. moga akan cepat berada dlm genggaman.
Curahan rasa sohoque @ ..Blog Caknawang.com Blog Perancangan Kewangan Islam
Wah..ini juga merupakan gadget impian saya, semakin di lihat semakin pula rasa nak memiliki.
Kapan kira2 saya bisa memiliki gadget ini.
Waww keren banget, sayang punya saya nga sebagus ini.
Curahan rasa Ibang S R @ ..Evenflo Exersaucer
Saya juga pingin bang tapi belum tercapai sampe sekarang
http://binainsaningawi.blogspot.com/ slalu memberi melayani anak yatim ok gan
Curahan rasa Bina insan @ ..YBI NGAWI_MANDIRI SYARIAH
Comments are closed.