Ziarah atau Rumah Terbuka sempena AidilFitri

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak tanya Rakan Blogger sempena Aidilfitri ini suka Ziarah atau Rumah Terbuka? Kenapa aku tanya soalan ini kerana dalam Khutbah Aidilfitri 1432H ada disentuh tentang isu ini. Budaya Rumah Terbuka ini rasanya baru sahaja melanda Malaysia mengikut cara Pemimpin Negara yang menganjur Rumah Terbuka untuk rakyat. Kerajaan juga menganjurkan Rumah Terbuka Malaysia untuk semua perayaan utama untuk mengeratkan perpaduan berbagai bangsa 1Malaysia.

rumahterbuka

Budaya Rumah Terbuka telah melanda Malaysia sehingga hampir semua rumah lebih suka menganjurkan Rumah Terbuka dan menjemput rakan-rakan untuk datang pada waktu yang telah ditetapkan. Budaya Rumah Terbuka telah mengikis budaya Ziarah yang telah diamalkan sejak berkurun dahulu. Kalau dahulu kita akan menziarah rumah keluarga dan rakan-rakan tak kira masa dalam tempoh 30 hari bulan Syawal. Perasaan kekeluargaan terasa sangat rapat apabila menziarahi keluarga dan rakan setelah lama tak bersua muka.

Berbanding dengan Rumah Terbuka kekadang tak sempat nak berbual dengan tuan rumah yang sibuk melayan majlis dan tetamu yang ramai yang datang. Kalau sempat pun berjabat tangan memohon maaf.

Apa pandangan Rakan Blogger suka Ziarah atau Rumah Terbuka sempena Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan?


Spread the love

53 Comments

  1. saya lebih suka menziarah saudara mara,rakan taulan dihariraya sbb rasanya hubungan akan lebih akrab,dpt bersembang sepuasnya…kalau rumah terbuka,tetamu yg agak ramai x memungkinkan kita dpt merapatkan lagi persaudaraan krn tuan rumah terpaksa melayan kesemua yg dtg.Punbegitu, jika ada rumah terbuka & keadaan mengizinkan,saya akan berkunjung kesana….

  2. Dua2 ok. Tapi kena ziarah la dalam rumah trbuka tu. 2 in 1 . Sllunya rmai dlm rumah trbuka jdi peluang nak jmpa semua org senang.

  3. rumah terbuka lebih elok dibuat untuk mengeratkan ahli keluarga…tak kira miskin atau kaya. ramai yang tinggalkan sedara miskin, malah dijemput kekawan yang mempunyai nama dan pangkat…
    Curahan rasa ainun @ ..Selamat Hari MerdekaMy Profile

  4. rumah terbuka sepertinya hanya cocok untuk orang populer saja kalau saya lebih bagus ziarah ke rumah semua keluarga menguatkan kembali silaturrahmi , kadang open house di rumah orang kaya banyak yang datang cuma nak dapat uang sedekah atau makan enak saja

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!