Ziarah atau Rumah Terbuka sempena AidilFitri

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak tanya Rakan Blogger sempena Aidilfitri ini suka Ziarah atau Rumah Terbuka? Kenapa aku tanya soalan ini kerana dalam Khutbah Aidilfitri 1432H ada disentuh tentang isu ini. Budaya Rumah Terbuka ini rasanya baru sahaja melanda Malaysia mengikut cara Pemimpin Negara yang menganjur Rumah Terbuka untuk rakyat. Kerajaan juga menganjurkan Rumah Terbuka Malaysia untuk semua perayaan utama untuk mengeratkan perpaduan berbagai bangsa 1Malaysia.

rumahterbuka

Budaya Rumah Terbuka telah melanda Malaysia sehingga hampir semua rumah lebih suka menganjurkan Rumah Terbuka dan menjemput rakan-rakan untuk datang pada waktu yang telah ditetapkan. Budaya Rumah Terbuka telah mengikis budaya Ziarah yang telah diamalkan sejak berkurun dahulu. Kalau dahulu kita akan menziarah rumah keluarga dan rakan-rakan tak kira masa dalam tempoh 30 hari bulan Syawal. Perasaan kekeluargaan terasa sangat rapat apabila menziarahi keluarga dan rakan setelah lama tak bersua muka.

Berbanding dengan Rumah Terbuka kekadang tak sempat nak berbual dengan tuan rumah yang sibuk melayan majlis dan tetamu yang ramai yang datang. Kalau sempat pun berjabat tangan memohon maaf.

Apa pandangan Rakan Blogger suka Ziarah atau Rumah Terbuka sempena Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan?


Spread the love

53 Comments

  1. salam,
    saya rasa budaya ziarah menziarahi ni masih ada dan tak tergugat pun. Selalunya.. rumah terbuka tu dibuat untuk mereka yang tak dapat hadir di awal raya kerana masing-masing sibuk pulang ke kampung halaman. Jadi.. kesimpulannya.. dua-duanya pun untuk mengeratkan hubungan..
    Curahan rasa isza @ ..Pang LIMA yang sebenarMy Profile

  2. Fadhil Husin blog.doulnut.com
    Budaya ziarah-menziarah sudah terhakis kerana rumah terbuka ini. Pendapat saya, Rumah terbuka menggalakkan orang bermegah-megah dan membazir.

    X brape setuju sgt..jika rumah terbuka dianjurkan oleh organisasi @ kerajaan…at the same time kite leh attract tourist yg dtg ke Malaysia..perkenal budaya yg unik dan makanan di Malaysia..

    Kalo dianjurkan oleh individu @ persendirian..bg mereka dpt menjimatkan belanja,mudah untuk bersihkan dan sebagainya..sebagai cth..jika satu hari ade 5 keluarga berkunjung..kite kene berkemas dan membasuh pinggan mangkuk 5 kali sehari…kesian pula kepada isteri,ibu-ibu yng terpaksa melayan tetamu..

    Konsep ziarah tidak semestinya pada bulan syawal…bulan-bulan yang lain pon boleh juga..

    Hanya pendapat dalam perspektif yang berbeza.. 🙂
    Curahan rasa Bumilangkawi @ ..Homestay di LangkawiMy Profile

  3. Sb skrg ni budaya ziarah menziarah semakin terhakis, masyarakat skrg sudah semakin lupa akan budaya dan adat Melayu kita. Justeru, amalan rumah terbuka sekurang-kurangnya boleh merapatkan ukhuwwah walaupun sekadar bertemu mata.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!