2010 FORMULA 1 PETRONAS MALAYSIAN GRAND PRIX
Untuk peminat Formula 1 pasti bersetuju kalau aku katakan 2 perlumbanan awal di Bahrain dan Australia memberi isyarat bahawa perlumbaan tahun ini akan berjalan dengan penuh debaran. Perlumbaan di Bahrain dikuasai oleh Fernando Alonso (Ferrari), Felipe Massa (Ferrari) dan Lewis Hamilton (McLaren-Mercedes) manakala perlumbaan di Australia dikuasai oleh Jason Button (McLaren-Mercedes), Robert Kubica (Renault) dan Felipe Massa (Ferrari). Setelah 2 perlumbaan Ferrari mendahului pasukan yang lain.
2 – 4 April 2010, seluruh pasukan F1 akan bertandang ke Sepang Circuit, Malaysia. Pada tahun 2010 terdapat 3 pasukan akan membawa jenama Malaysia iaitu AT&T Williams F1, Mercedes Grand Prix dan Lotus-Cosworth dan ini pasti akan menjadikan perlumbaan di Malaysia lebih menarik.
Bagi aku siapa menang tak penting tetapi yang penting aku suka menyaksikan perlumbaan yang penuh dengan aksi dramatik dan kejar mengejar sehingga saat akhir seperti yang berlaku di Australia. Banyak sebenar pengajaran yang kita boleh pelajari daripada keseluruhan perlumbaan Formula 1 antaranya skill, strategi, daya tahan, penguasaan teknologi, disiplin, kesungguhan, motivasi dan banyak lagi. Semua ini perlu ada dalam diri kita jika ingin berjaya dalam kerjaya dan bisnis.
Jika Perlumbaan Formula 1 Malaysia 2009 dimenangi oleh Jason Button, siapa agaknya akan menang untuk perlumbaan Formula 1 Malaysia 2010? Jom kita main teka-teki. Kepada yang meneka tepat 3 pemenang F1 Malaysia akan mendapat hadiah istimewa bernilai RM100 setiap yang layak.
[ad#HTML]
Keputusan Practice 1
1. Lewis Hamilton     McLaren-Mercedes
2. Nico Rosberg    Mercedes GP
3. Jenson Button    McLaren-Mercedes
Keputusan Practice 2
1. Lewis Hamilton     McLaren-Mercedes
2. Sebastian Vettel RBR-Renault
3. Nico Rosberg    Mercedes GP
Keputusan Practice 3
1. Mark Webber    RBR-Renault
2. Lewis Hamilton     McLaren-Mercedes
3. Sebastian Vettel  RBR-Renault
Qualifying
1. Mark Webber    RBR-Renault
2. Nico Rosberg    Mercedes GP
3. Sebastian Vettel  RBR-Renault

