Ziarah atau Rumah Terbuka sempena AidilFitri

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak tanya Rakan Blogger sempena Aidilfitri ini suka Ziarah atau Rumah Terbuka? Kenapa aku tanya soalan ini kerana dalam Khutbah Aidilfitri 1432H ada disentuh tentang isu ini. Budaya Rumah Terbuka ini rasanya baru sahaja melanda Malaysia mengikut cara Pemimpin Negara yang menganjur Rumah Terbuka untuk rakyat. Kerajaan juga menganjurkan Rumah Terbuka Malaysia untuk semua perayaan utama untuk mengeratkan perpaduan berbagai bangsa 1Malaysia.

rumahterbuka

Budaya Rumah Terbuka telah melanda Malaysia sehingga hampir semua rumah lebih suka menganjurkan Rumah Terbuka dan menjemput rakan-rakan untuk datang pada waktu yang telah ditetapkan. Budaya Rumah Terbuka telah mengikis budaya Ziarah yang telah diamalkan sejak berkurun dahulu. Kalau dahulu kita akan menziarah rumah keluarga dan rakan-rakan tak kira masa dalam tempoh 30 hari bulan Syawal. Perasaan kekeluargaan terasa sangat rapat apabila menziarahi keluarga dan rakan setelah lama tak bersua muka.

Berbanding dengan Rumah Terbuka kekadang tak sempat nak berbual dengan tuan rumah yang sibuk melayan majlis dan tetamu yang ramai yang datang. Kalau sempat pun berjabat tangan memohon maaf.

Apa pandangan Rakan Blogger suka Ziarah atau Rumah Terbuka sempena Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan?


Spread the love

53 Comments

  1. Bila dah melekat budaya rumah terbuka ni, setiap kali saya jemput kengkawan datang beraya, mesti diaorg tanya ada menu apa? Ada makanan special tak? Rasa macam dah tak de maknanya buat kuih dan biskut raya sbb tetamu tentunya pilih hidangan panas. Sampaikan sekarang ni saya rasa malas nak ajak kengkawan datang kerumah. Kalau dia org nak datang, dia org datang jugak. Tak payah nak jemput-jemput. Kalau saya jemput jugak, mesti diaorg ingat ada hidangan istimewa. Kesimpulannya saya lebih suka ziarah. Tak kisah la kalau kena standby sentiasa untuk menerima kehadiran tetamu
    Curahan rasa Norasikin @ ..Mi Bandung Kedah – Juadah Rumah TerbukaMy Profile

  2. Lebih seronok ziarah sebab mmg dianjurkan oleh agama kita, rumah terbuka ni kalau diperhatikan ala-ala kenduri…. so kalau tak jemput, tak datanglah.

    Nak maklumkan dikit kat tuan rumah, mungkin tak perasan, sesetangah komen tak keluar commentluv tu, atas sebab error spt kat bawah, harap dapat tuan rumah betulkan…

    cURL error 7: couldn’t connect to host

  3. Kat Adelaide, budaya rumah terbuka pun ada di kalangan pelajar-pelajar Malaysia. Seronok rasanya sebab dapat berjumpa dengan ramai orang dalam satu masa. kalau ziarah menziarahi, memang tak sempat. Sebab masing-masing busy.

  4. Lebih suka kepada ziarah. Tak perlu menunggu tarikh tertentu untuk berkunjung. Layanan yang bakal kita daripada tuan rumah juga kurang mesra kerana sibuk melayan dan menjamu tetamu yang hadir selain daripada kita.

  5. Ini semua bergantung kepada niat masing2.. Jika berlandaskan syariah, ia tidak mendatangkan masalah. Tetapi yang menjadi masalah ialah bila ia tidak ikut syariat.

  6. sebenarnya saya tidak terlalu mengerti bahasa malaysia.
    pokonya slamat idul fitri, mohon maaf lahir dan batin
    salam kenal

  7. ziarah menziarahi lebih menepati kehendak Islam.Nabi menghendaki begitu pd hari raya.Maaf memaafi juga di sarankan.Sebab semua org mampu buat.Kalau buat rumah terbuka,hanya yg mampu je bole buat.Namun tak la berdosa.Rasanya budaya ziarah menziarahi mcm dulu lebih menepati kehendak Islam.Sbb kita org Islam mesti ikut kaedah yg nabi saran kalau buat sesuatu tu.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!