Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Tips suami rindu isteri masuk bilik Air“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi kisah zaman susah dulu, hanya naik motor honda kapcai bersama isteri dan anak-anak.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Viral di sosial media gambar satu keluarga menaiki motor dengan seibu meletakan anak kecil di belakang. Berbagai komentar oleh netizen, ada yang bersimpati dan ramai juga yang menghentam. Ini bukanlah gambar pertama keluarga yang menaiki motor viral di sosial media. Sebelum ini ada beberapa gambar yang lain juga viral sehingga ada yang mendapat hadiah kereta daripada dermawan.
Melihat gambar ini mengingatkan Abang kepada kisah silam yang mencengkam hati.
1. Kami ada kereta sendiri selepas 10 tahun berkawin itu pun bermula dengan kereta syarikat sebelum mampu beli kereta sendiri. Kereta pertama yang kami beli adalah Proton Wira.
2. Selama sepuluh tahun kami menaiki motor Honda kapcai EX5 kemana sahaja samada pergi kerja, bersiar-siar atau membeli belah. Tak boleh lupa kami pernah naik motor balik kampung pergi balik Taiping – Sabak Bernam – Segamat tanpa sedar ketika itu isteri sedang mengandung anak pertama. Al Fatihah untuk arwah anak.
3. Kami pernah kehilang motor Honda EX5 yang di pakir di depan rumah walaupun telah dirantai. Masa tu pinjaman hanya tinggal 3 bulan sahaja untuk selesai. Buat laporan polis tapi sehingga sekarang tak jumpa.
4. Masa anak tiga orang kami masih lagi naik motor pergi rumah saudara mara juga bila beli barang keperluan rumah di Giant. Ingat lagi bila beli barang penuh motor depan belakang, mana bawa anak dan barang-barang yang dibeli, beg plastik disangkut kiri kanan handle motor.
5. Paling susah apabila anak yang duduk depan mengantuk terlentuk-lentuk ketika motor sedang berjalan. Pernah jug Abang lempang-lempang muka anak supaya dia tak terjatuh daripada motor. Cuma kami tak pernahlah letak anak di belakang demi menjaga keselamatan.
6. Selama 10 tahun susah senang bersama, ke hulu ke hilir dengan motor, Abang tidak pernah rasa terbeban tapi bahagia dengan apa yang ada, malahan jadi motivasi untuk kerja lagi kuat. Tak tahulah apa yang isteri rasakan tetapi dia tidak pernah mengeloh.
7. Yang pernah ada pengalaman yang sama pasti merasai apa yang kami dan pasangan dalam gambar ini lalui.
Alhamdulillah sekarang keluarga Abang bukan setakat naik motor, berbagai jenis kereta yang biasa sehingga yang mewah pernah merasa. Jadikan kesusahan sebagai motivasi untuk berjaya bukan mengeloh tak sudah-sudah.
Ini pulak pendapat dan perkongsian kawan-kawan.
Suria Lekatlekit : saya membesar pun naik motor jer.. Ayah dan mak saya lebih utamakan nak sekolahkan anak anak. Alhamdulillah 5 adik beradik perempuan saya habis belajar semua pakai kereta sendiri. Saya je special case sampai sekarang tak boleh drive hahaha. Pernah cuba belajar tapi rasa macam sukar mengatasi ketakutan atas jalan raya.
Khadijah Gobel : Kita sama. Sama naik motor, belum lagi sama kaya hehe. Insyaallah, Aamiin. Isteri sekarang mana nak laki yang naik motor kecuali Harley lah
Miza Talib : Pernah membesar dengan motor jugak. Nak beli baju sekolah Kat pekan bila nampak polis semua duk diam2 walaupun hakikat 1 Moto Ada 4 manusia. Kenangan betui nasib Tak kena saman.
Cekgu Norazimah : CN pun hidup susah dulu naik moto 4 orang, tapi letak anak dekat belakang tu memang menakutkan. Semoga perjalanan keluarga ini selamat.
Tipah Vavavon : Saya pon penah cam ni. Dari Terengganu ke Johor. Puluh kali tertidur, alhamdulillah selamat sampai walaupun hujan panas kami redah jee.
Bulat Fina : Saya dulu mula-mula kawin dengan suami tak ada apa-apa pun jangan cakap kereta, motor pun tak ada tapi kalau nak pergi ke mana-mana, kami pinjam motor abang dia. Saya faham perasaan diorang sebab saya pernah lalui apa yang diorang lalui sekarang.
Mohd Shafiq Muhamad Noor : Beli kereta second handpun fikir balik kos dan lain-lain. Kalau dia berkemampuan tak de nya naik pakai motor, bersyukur dengan apa yang ada tapi kalau boleh jangan bawa anak sampai macam ini, taruk kat tengah-tengah ke kat bakul ke pun dah ok… ulang alik 2 – 3 kali pun takpe.
Untung isteri yang kahwin-kahwin je suami sudah mempunya kereta apatah lagi rumah. Syukuri nikmat itu.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
72 Comments
Tak sangka tuan melalui kehidupan yang sukar dan mencabar.
tersentuh juga hati saya membacanya .
berbanding saya waktu bujang lagi dah beli kereta terpakai je..
dah kahwin guna dua kereta pulak .
memang kasihan sungguh melihat orang yang ada keluarga besar tetapi belum mampu beli kereta
Curahan rasa mrhanafi @ ..Mengapa Tak Tun Tuang Menjadi viral Dan Fahami Mesej Yang Disampaikan
setiap orang mempunyai cabaran hidup tersendiri. ada yg lahir2 je dah mewarisi kekayaan keluarga,
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Syurga Yang Kedua di Astro Prima
dari semakkan otak dengan hutang..baik guna apa yang mampu dahulu…inshaAllah..kalau ada rezeki lebih akan ada rezeki utk naiktarafkan diri..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Panduan dan Cara Solat Jenazah Lelaki dan Perempuan Berserta Makna Bacaan
Bila baca pengalaman tuan Denaihati ni.. saya teringat perkongsian motivasi daripada salah seorang usahawan Internet di Malaysia iaitu tuan Najib Asadok.
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Bila kita nak berjaya kita mesti ada BIG WHY.. Apa BIG WHY kita?
Seperti tuan Najib Asaddok, BIG WHY beliau adalah emak beliau sendiri..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Beliau mempunyai keazaman yang kuat untuk mengubah taraf kehidupan mereka sekeluarga…
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Terutamanya untuk memberikan kesenangan hidup kepada ibunya yang bersusah payah membesarkan mereka adik beradik seorang selepas ketiadaan ayah sejak beliau masih kecil lagi.
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
kisah Najib Assadok memang memang meruntun jiwa terutama ketika beliau bersama bapa mertua pergi kenduri kahwin.
kereta pula tiada minyak..mahu tidak mahu dia tebalkan muka untuk pinjam duit dengan bapa mertuanya..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Mengapa Tak Tun Tuang Menjadi viral Dan Fahami Mesej Yang Disampaikan
Naik motor pun best tau sebab berangin je
cuma pastikan tak naik dengan berbahaya
ikut peraturan
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Inilah Cara Mengisi Jadual Cuti Musim Sekolah 2017! Anak pasti suka
Itu sudah semestinya… Terutamanya anak saya yang bongsu… lebih suka naik motor berbanding naik kereta..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
budak2 lebih suka naik motor.. lebih mencabar dan sejuk katanya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Syurga Yang Kedua di Astro Prima
Ubat yang pahit tu jadi ubat untuk penyakit
Gula gula yang manis itu pun sedap masa sihat saja
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Patutlah pantang larang pesakit buah pinggang penting! Rupa rupanya…
Dalam betul maksud perumpamaan ini.. sehingga agak sukar untuk ditafsirkan.. mungkin ada maksud yang tersirat disebaliknya…
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Masakecil dulu pun lebih kurang macam tu la keluarga saya , sekali naik motor Yamah Sports 4 orang ke sana ke mari termasuk la sekali pergi dan balik sekolah
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..CANCERCARE : Perlindungan Kanser Yang Komprehensif
Sama la kita, ayah bawa naik motor Honda Fame je, sekarang model tu dah tak ada, yang ada hanya EX5.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Sampingan Jadi Bisnes Sepenuh Masa
Ngilu kali liat anak bayi di foto tsb, gimana ya kalo terjadi apa-apa, bolehlah macam tu asalkan keamanan tetap nomor 1. Biarpun banyakan menaiki motor, jangan sampai lengah sedikitpun terhadap anak.
Curahan rasa Hasbie @ ..Cara Daftar Paket Internet Tri 1GB Berlaku 3 Hari
Betul.. Apa2 pun faktor keselamatan perlu diutamakan.. mungkin ada cara yang lebih baik untuk kedudukan si comel..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
orang2 di media sosial lebih suka menghukum. laju je jari nak menaip tanpa fikir hati dan perasaan org lain. padahal kita tak tahu kisah disebalik penunggang motosikal tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Titanic
Si penunggang motor bukan tak sayang anak, tapi kita tak tahu bagaimana status kewangan mereka.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Skop Fungsi Dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Siasatan
Tak sepatutnya mereka bersikap macam tu.. Walaupun kesian melihat keselamatan baby tersebut… tak bolehlah nak terus “menghukum” si ayah dan ibu..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Beli Rumah
Allah kesiannya baby dalam gambar tu. pengalaman sendiri dari kecik memang naik motor saja..alhamdulillah besar2 dah semua.
Curahan rasa zara @ ..Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Kering Secara Semulajadi
Teringat masa bawa adik kembar saya jalan jalan, pusing kampung sampai tertidur di depan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Bisnes Informasi RM100 Ribu Setahun
Samalah kita.. teringat lagi masa kecik kami duduk berlima di atas motor honda C70..
Ayah saya bawak motor, kami tiga beradik di tengah.. Kemudian emak saya duduk di belakang sekali..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Beli Rumah
Bila tengok keadaan macam ni sebenarnya saya dah biasa mengalaminya..
Cuma yang membingkan adalah faktor keselamatan baby yang duduk di belakang sekali..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Beli Rumah
Melihat mereka yang masih bermotor dengan anak-anak kecil ni betapa bersyukurnya diri ada kereta. Tak mewah tapi mampu lindungi diri dari panas dan hujan
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Cetaphil Baby untuk Anak yang Sering Menggaru Gatal-gatal
Betul…
Dalam hidup ni kita perlu banyak-banyak bersyukur… Bila kita rasa hidup kita susah, sebenarnya ada orang yang lebih susah daripada kita…
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Kalau kita tengok dekat Malaysia ada yang susah… Dekat Indonesia sana lebih ramai orang susah… Itu belum lagi tengok dekat negara-negara di Afrika… Sampai ada yang kebuluran tak dapat makanan pun ada..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Gambar naik motor yang baby letak dekat belakang tu jadi viral sebab semua orang risau dengan keselamatan baby tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Kemudian kaki baby tersebut tergantung macam tu.. bukan ada tempat duduk.. tak ke lenguh kakinya.. kesian tengok.. itu sahaja.. sebab rasa kesian dekat faktor keselamatan baby tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Teringat zaman belajar dulu, bawa motor ke kuliah yang bila hujan susahnya nak hidupkan enjin.
Semasa zaman belajar dapat peluang bawa motor ke kampus memang rasa seronok sangat.. rasa bersyukur sebab ada kenderaan untuk memudahkan pergerakan pergi balik dari kelas ke rumah sewa..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Dapat beli motor pun guna duit biasiswa.. kebetulan duit biasiswa lambat masuk… pada semester kedua baru dapat secara lumsum untuk semester 1 dan semester 2.. jadi ada lebihan duit perbelanjaan dapat digunakan untuk membeli motor
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Masa belajar saya banyak jalan kaki dan naik bas UiTM. Dah semester ke 4 barulah beli motor terpakai.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Tips Bina Pendapatan Konsisten Di Internet
Bila teringat balik kisah-kisah semasa saya kecil membuatkan motivasi saya meningkat… saya nak menjadi orang yang lebih berjaya dan terus berjaya..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Saya pernah merasa hidup susah.. masa saya kecil tak pernah merasa naik kereta kepunyaan emak dan ayah saya.. cuma pernah merasa naik kereta jiran, naik kereta cikgu, tumpang kereta keluarga kawan2..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Jadi, seboleh-bolehnya saya tak nak anak-anak saya merasai apa yang pernah saya rasai dulu..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Sebab tu saya kena banyak belajar daripada orang-orang yang berjaya.. termasuk dengan Tuan Denaihati sendiri..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Sebelum saya melelapkan mata… impian saya ialah untuk memiliki sekurang-kurangnya 4 buah rumah.. supaya anak2 saya dah ada rumah sendiri bila mereka dewasa nanti..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Antara kenangan paling tak dapat dilupakan dalam hidup saya.. bila emak telefon bagi tahu dia bercadang nak besarkan rumah kami.. Tapi mereka tak cukup duit.. dan minta saya buat personal loan
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Pada masa tu saya tak berfikir panjang, terus sahaja turuti permintaan mereka. Sebab bagi saya itulah masa terbaik untuk saya tebus pengorbanan mereka..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Saya juga berasal dari keluarga yang susah… emak dan ayah tidak mampu beli kereta.. masa kecil2 naik motor honda C70…
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Bila kami adik beradik dah semakin membesar.. Honda C70 dah tak dapat nak menampung pengangkutan kami sekeluarga… ayah saya beli sebuah lagi motor Yamaha 80 lama..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Dengan menaiki dua buah motor inilah kami sekeluarga pergi ke mana.. pergi balik kampung, beli barang dan sebagainya..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Bila baca perkongsian Denaihati ni, mengingatkan kepada saya semasa zaman kecil2 dulu..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Dengan menaiki motor cabuk ini ayah saya menghantar saya ke asrama.. pernah juga rasa sedih, bila tengok orang lain dihantar oleh emak dan ayah ke asrama dengan menaiki kereta..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Tapi saya tak pernah luahkan kepada emak dan ayah sebab tak nak mereka bersedih.. atau tersinggung..
Curahan rasa Anuar @ ..Jadual Pembayaran Gaji UBER pada tahun 2018
Comments are closed.