Trump tiup semboyan kemenangan Islam ke atas Baitulmuqaddis

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri  “Zaman susah dulu naik motor kapcai jadi motivasi untuk lebih berjaya“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi pendapat peribadi Abang tentang isu pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai Ibu Kota Israel.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Pada 6/12/2017, di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, dan mengarahkan Jabatan Negara untuk memulakan proses memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar itu.

Masjid Al Aqsa yang menjadi rebutan

Majoriti pemimpin di seluruh dunia mengutuk pengiktirafan ini termasuk Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak, menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila. Di Malaysia berbagai pergerakkan NGO dan parti politik sudah merancang untuk membuat bantahan secara besar-besaran di hadapan ke Dutaan Amerika selepas solat Jumaat pada 8/12/2017.

Abang melihat isu ini daripada sudut pandang berbeza.

Antara perkara yang bakal berlaku pada akhir zaman

1. Bangsa Yahudi yang sudah terkumpul secara haram di puncak-puncak bukit seluruh Palestine yang datang dari seluruh pelusuk dunia akan dimusnahkan. Berlari mereka bersembunyi di belakang pohon Gharqad yang banyak di tanam di Israel tetapi mereka tidak dapat mengelak daripada dimusnahkan. Semasa Abang menziarahi Baitulmuqaddis pada tahun 2013, kami telah ditunjukkan penempatan haram Bangsa Yahudi yang dikawal rapi di setiap puncak Bukit di kawasan Palestin.

2. Baitulmuqaddis yang dijajah oleh Israel setelah diserahkan oleh British secara haram hampir seratus tahun akan kembali kepada pemerintahan Islam sebagaimana menangnya tentera Sallehudin Ayubi merampas Baitulmudaqqis pada tahun 1187 setelah dikuasai oleh tentera Salib selama 88 tahun.

Trump lah yang telah meniup semboyan kekalahan mereka.

Kita perlu tingkatkan amal dan terus berdoa untuk kemenangan tentera-tentera panji hitam dari timur dan dari seluruh pelosok dunia yang akan bersatu bersama Imam Mahadi. Sudah sekian lama musuh Islam memburuk-burukkan nama tentera panji hitam dengan berbagai gelaran kerana ketakutan mereka kepada tentera panji hitam tetapi kuasa ALLAH tak akan dapat mereka halang. Kisah tentera panji hitam dari timur pernah Abang catatkan dalam entri “Misteri Bangsa Melayu yang hilang“.

Pemimpin Hamas Ismail Haniya menggesa Intifada baru bermula pada 7/12/2017, susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baru Israel.

Pendapat Abang

1. Kita mendekati fasa terakhir menuju garis akhir zaman.
2. Zaman gembira dunia yang kita lalui berpuluh tahun akan berakhir.
3. Seluruh dunia dunia akan memasuki fasa derita seperti yang sedang dialami oleh Syria, Yemen dan Rohingya.
4. Derita bukan sahaja dari peperangan juga bencana alam yang besar sebagai balasan kepada tidakkan manusia kepada dunia.

Apa yang perlu kita lakukan

1. Sokong apa sahaja gerakkan menentang utk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel.
2. Lipat gandakan amal diri sendirir dan keluarga supaya kita sentiasa dalam radar hidayah ALLAH.
3. Fikir risau hal agama dan ajak kekawan juga fikir risau pada hal agama.
4. Kepada yang banyak duit, jadikan duit kertas kepada emas dan perak yang boleh dibawa kemana-mana.
5. Kepada yang belum kawin bagus lah kawin .. ha ha ni gurauan serious.

Teringat ustaz kata apa yang bakal berlaku akhir zaman semua sudah tertulis cuma kita perasan bila sudah berlaku.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

58 Comments

  1. Masanya pun tak lama lagi. Kitalah perlu bersedia untuk menghadapinya, terutamanya generasi anak cucu kita. Kita perlu sediakan bekalan untuk mereka.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!