Assalamualaikum dan salam 1Dunia,
masih ingat lagi kisah tragedi di Keramat yang mengorbankan 23 nyawa anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada 14 September 2017 yang lalu. Tragedi itu bukan untuk disia-siakan dengan saling menyalahkan, kerana apa yang tercatat telah menjadi takdir besar untuk kita iktibarkan dan bangkit.
Pada hari sabtu yang lalu, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas bersama rakan sinerginya yang bergabung dalam misi mengukuhkan keluarga dengan Al Quran melalui agenda My Family #QuranHour di Keramat yang dipilih sebagai program rintis ini.
Keramat Lab telah dirasmikan oleh Menteri Kewangan II, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani. Sebelum itu, Dato’ Hussamuddin Yaacub yang merupakan Pengasas kepada Yayasan Warisan Ummah Ikhlas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd turut memberikan ucapan aluan.
Pengisian selama 12 bulan pembinaan keluarga Al-Quran ini merangkumi:
- Keramat #QuranHour
- Pengajian Al Quran percuma di Rumah Ngaji Wilayah Persekutuan serta menjadi lokasi rehat dan rawat.
- Latihan transformasi diri kepada 1000 orang remaja serta para ibu bapa.
- Program RICH dan Subuh Keliling “9 Pesan Luqman untuk Bina Keluarga” kerjasama dengan masjid.
- Program Tadabbur dan Tazakkur, mengajak berinteraksi dengan Al Quran iaitu baca, faham dan amal.
My Family #QuranHour merupakan sebuah kempen sepanjang tahun yang telah digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas sejak tahun 2015 selepas pelaksanaan Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour yang dijalankan lebih 50 negara dengan menjangkau 357 impressions di media sosial.
Titik permulaan daripada rumah
Usaha untuk membangunkan keluarga ini juga merupakan agenda sosial negara dan ianya tidak mudah dan pasti berdepan dengan pelbagai bentuk cabaran. Berapa ramai keluarga yang musnah akibat tidak berpandukan Al Quran dan berapa ramai ketua keluarga yang istiqamah dalam membentuk keluarga bahagia berpandukan Al Quran dan Sunnah?
Keramat Lab ini adalah satu permulaan yang baik, untuk kita saling memahami dan mengharmonikan keupayaan kita masing-masing. Usaha murni kempen My Family #QuranHour #savingfamilies ini sepatutnya disokong oleh semua dengan menjadikan Al Quran sahabat terbaik kita dalam mengemudi keluarga, masyarakat dan negara melalui baca, faham dan amalkan Al Quran itu sendiri.
Sudah sampai masanya kita tidak lagi melihat perbezaan yang ada sama ada perbezaan ekonomi dan taraf hidup, parti, aliran agama dan perbezaan lain sebagai satu penghalang untuk kita bekerjasama terutamanya dalam membangunkan keluarga. Sesungguhnya Al Quran merupakan mukjizat paling besar yang amat kita perlukan bagi melonjak keupayaan dan potensi diri dalam menyelesaikan apa jua permasalahan.
Bilakah kali terakhir kita khatam membaca Al Quran?
Usia kita di kala ini seharusnya menunjukkan dalam kematangan berfikir, bertindak dan mengambil keputusan. Sudah sampai masanya kita semua memerdekakan cara berfikir yang bebas dari hasad dengki, ego, takut kepada persaingan, dan kita sebenarnya mampu memecahkan belenggu jurang yang diciptakan oleh diri kita sendiri.
Adakalanya hidup kita keluh kesah terumbang-ambing. Adakalanya kita merasakan hati tidak menentu. Walau sibuk seharian dengan kerja dari awal pagi hingga lewat malam, namun ada satu kekurangan jika kita tidak luangkan masa beberapa ketika untuk membaca Al Quran.
Semoga pelancaran Keramat Lab ini menjadi titik mula My Family #QuranHour #SavingFamilies ke lokasi-lokasi yang lain di Malaysia.
36 Comments
terima kasih udah di share artikel nya sangat menarik i like
Curahan rasa grosir gamis murah @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
Program yang menarik..
semoga ia banyak memberi manfaat kepada umat Islam
Curahan rasa mrhanafi @ ..Apakah Nilai RM100 Buat Anda
AlQuran ni penyuluh jalan manusia, kalau ditinggalkan walau sehari pun hati akan jadi gelap
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..Kekalkan Paras Gula Normal dengan Polifenol. Tak Risau Lagi Bacaan Naik Mencanak!
Benar, dalam al-quran juga ada dijelaskan dalam surah Al-Hasyr ayat 20, “Al-quran ini pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini”.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Customs Operational Battle Force Response Assault Kukuhkan JKDM
Comments are closed.