Zaman susah dulu naik motor kapcai jadi motivasi untuk lebih berjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri  “Tips suami rindu isteri masuk bilik Air“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi kisah zaman susah dulu, hanya naik motor honda kapcai bersama isteri dan anak-anak.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Viral di sosial media gambar satu keluarga menaiki motor dengan seibu meletakan anak kecil di belakang. Berbagai komentar oleh netizen, ada yang bersimpati dan ramai juga yang menghentam. Ini bukanlah gambar pertama keluarga yang menaiki motor viral di sosial media. Sebelum ini ada beberapa gambar yang lain juga viral sehingga ada yang mendapat hadiah kereta daripada dermawan.

Melihat gambar ini mengingatkan Abang kepada kisah silam yang mencengkam hati.

1. Kami ada kereta sendiri selepas 10 tahun berkawin itu pun bermula dengan kereta syarikat sebelum mampu beli kereta sendiri. Kereta pertama yang kami beli adalah Proton Wira.

2. Selama sepuluh tahun kami menaiki motor Honda kapcai EX5 kemana sahaja samada pergi kerja, bersiar-siar atau membeli belah. Tak boleh lupa kami pernah naik motor balik kampung pergi balik Taiping – Sabak Bernam – Segamat tanpa sedar ketika itu isteri sedang mengandung anak pertama. Al Fatihah untuk arwah anak.

3. Kami pernah kehilang motor Honda EX5 yang di pakir di depan rumah walaupun telah dirantai. Masa tu pinjaman hanya tinggal 3 bulan sahaja untuk selesai. Buat laporan polis tapi sehingga sekarang tak jumpa.

4. Masa anak tiga orang kami masih lagi naik motor pergi rumah saudara mara juga bila beli barang keperluan rumah di Giant. Ingat lagi bila beli barang penuh motor depan belakang, mana bawa anak dan barang-barang yang dibeli, beg plastik disangkut kiri kanan handle motor.

5. Paling susah apabila anak yang duduk depan mengantuk terlentuk-lentuk ketika motor sedang berjalan. Pernah jug Abang lempang-lempang muka anak supaya dia tak terjatuh daripada motor. Cuma kami tak pernahlah letak anak di belakang demi menjaga keselamatan.

6. Selama 10 tahun susah senang bersama, ke hulu ke hilir dengan motor, Abang tidak pernah rasa terbeban tapi bahagia dengan apa yang ada, malahan jadi motivasi untuk kerja lagi kuat. Tak tahulah apa yang isteri rasakan tetapi dia tidak pernah mengeloh.

7. Yang pernah ada pengalaman yang sama pasti merasai apa yang kami dan pasangan dalam gambar ini lalui.

Alhamdulillah sekarang keluarga Abang bukan setakat naik motor, berbagai jenis kereta yang biasa sehingga yang mewah pernah merasa. Jadikan kesusahan sebagai motivasi untuk berjaya bukan mengeloh tak sudah-sudah.

Ini pulak pendapat dan perkongsian kawan-kawan.

Suria Lekatlekit : saya membesar pun naik motor jer.. Ayah dan mak saya lebih utamakan nak sekolahkan anak anak. Alhamdulillah 5 adik beradik perempuan saya habis belajar semua pakai kereta sendiri. Saya je special case sampai sekarang tak boleh drive hahaha. Pernah cuba belajar tapi rasa macam sukar mengatasi ketakutan atas jalan raya.

Khadijah Gobel : Kita sama. Sama naik motor, belum lagi sama kaya hehe. Insyaallah, Aamiin. Isteri sekarang mana nak laki yang naik motor kecuali Harley lah

Miza Talib : Pernah membesar dengan motor jugak. Nak beli baju sekolah Kat pekan bila nampak polis semua duk diam2 walaupun hakikat 1 Moto Ada 4 manusia. Kenangan betui nasib Tak kena saman.

Cekgu Norazimah : CN pun hidup susah dulu naik moto 4 orang, tapi letak anak dekat belakang tu memang menakutkan. Semoga perjalanan keluarga ini selamat.

Tipah Vavavon : Saya pon penah cam ni. Dari Terengganu ke Johor. Puluh kali tertidur, alhamdulillah selamat sampai walaupun hujan panas kami redah jee.

Bulat Fina : Saya dulu mula-mula kawin dengan suami tak ada apa-apa pun jangan cakap kereta, motor pun tak ada tapi kalau nak pergi ke mana-mana, kami pinjam motor abang dia. Saya faham perasaan diorang sebab saya pernah lalui apa yang diorang lalui sekarang.

Mohd Shafiq Muhamad Noor : Beli kereta second handpun fikir balik kos dan lain-lain. Kalau dia berkemampuan tak de nya naik pakai motor, bersyukur dengan apa yang ada tapi kalau boleh jangan bawa anak sampai macam ini, taruk kat tengah-tengah ke kat bakul ke pun dah ok… ulang alik 2 – 3 kali pun takpe.

Untung isteri yang kahwin-kahwin je suami sudah mempunya kereta apatah lagi rumah. Syukuri nikmat itu.

Amir Denaihati
Founder Denaihati Network

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

72 Comments

  1. “”Kami ada kereta sendiri selepas 10 tahun berkawin itu pun bermula dengan kereta syarikat sebelum mampu beli kereta sendiri. Kereta pertama yang kami beli adalah Proton Wira.”

    X de kete boleh beli. Kalau jodoh x de, sampai bila2 x kahwin. 😀

  2. semua orang pasti pernah mengalami kesusahan.Itu kan ujian dari allah swt untuk kita.
    kita semua pasti ada cara yang tersendiri untuk hadapi masalah dan memotivasikan diri kita.Masyarakat sekarang perlulah berfikir secara positif pada orang lain dan jangan selalu pandang serong pada orang yang mengalami kesusahan.sama-sama kita membantu mereka ye.Positive selalu.
    Curahan rasa Ira @ ..Apa Faedah Coq10?My Profile

  3. Walaupun susah, keselamatan mestilah diutamakan. Ada yang saya perhatikan walaupun mengendong anak dibelakang dan ditengah ada seorang lagi anak tapi bawaknya macam pelesit. Kita yang tengok ni pula yang takut.

  4. Sebak juga bila teringat kisah abang naik motor ni.. memang viral kisah beliau suatu masa dulu.

    Namun orang akan main blame-game.. salah ka pihak itu, salahkan pihak ini.. Kalau kita berada dalam situasi mereka, mungkin kita pun akan menghadapi masalah kewangan yang sama.

    berhenti menghukum dan tanya diri kita sebagai masyarakat apa tindakan kita untuk membantu mereka dalam kesusahan.

    Kadang2 dalam kesusahan tu juga boleh membangkitkan kita dari kegagalan..
    Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Anda Perlu 10,000 Jam Untuk Menjadi HebatMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!