Assalamulaikum dan salam 1Dunia, bukan sekadar politik Malaysia sahaja melalui proses transformasi. Wang kertas Ringgit Malaysia juga melalui proses transformasi. Bank Negara Malaysia memperkenalkan reka bentuk baru wang kertas Ringgit Malaysia dengan wajah baru yang lebih segar dengan sistem keselamatan yang lebih tinggi.
Bank Negara juga mencetak kembali wang kertas RM20 baru yang dihentikan pengeluarannya sebelum ini.
Semuga dengan reka bentuk wang kertas Ringgit Malaysia baru akan menambah semangat untuk kita berkongsi rezeki kepada yang memerlukan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Amalan suka memberi dengan ikhlas adalah rahsia paling tersembunyi untuk mendapat rezeki berlipat ratus kali ganda. Ada banyak firman Allah yang menyatakan rahsia ini di dalam Al-Quran cuma kita sahaja yang tidak yakin. Dah amalkan baru tahu hasilnya.
28/6/2012 : Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan Wang Kertas siri baru Malaysia akan masuk ke pasaran bermula pada 16/7/2012. Orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88- 5465 atau menelefon 03-26988044 sambungan 7307/ 8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm. gov. my untuk maklumat lanjut.
BNM dalam kenyataan di sini berkata, sekiranya pihak berkepentingan iaitu institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, pengendali tempat letak kereta, pemilik kios pembayaran serta pengendali mesin wang tunai dan tiket belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.
Seandainya pengubahsuaian mesin mereka tidak dapat disiapkan menjelang 16 Julai ini, penyelesaian alternatif hendaklah disediakan, contohnya penyediaan kaunter pertukaran wang kertas atau kaunter tiket manual.- Sumber.
127 Comments
pelbagai warna…ahak…x sabar nk pegang wet RM20 tu…
Curahan rasa Budak Nakal @ ..Duit Kertas Siri Mata Wang Baru 2012
bilalah dapat peluang merasa duit baru nih..
Curahan rasa titan @ ..Jangan nak main-main dengan aku.
Tidak lama lagi…sabar ye…hehehe
Curahan rasa KDN @ ..Hadiah Perodua Myvi Extreme contest besar Denaihati
magstab,, pake duit baru
fulamak nampak lebih palsu la..tapi konfirm kertas ni lagi kualiti..
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Nautilus Script : Send To And PDF to PNG From Right Click Context Menu in Ubuntu 11.10
tak sabar nak pegang duit baru yang berwarna warni ni..comey..
Curahan rasa cikpuanhady @ ..Yeayy, Salji Dah Turun..
xsabar nk merasa duit baru..
sume ckp psl rm20 XD
Curahan rasa mijae @ ..Kebangangan dan Kegagalan Dalam SPM Bukan Penentu Kegelapan Masa Depan
warna wang kertas Rm20 tu paling menyerlah
Curahan rasa wazy @ ..Gambar Menarik #2
Mungkin sebab benda tu kan masih baru dan jarang orang lihat RM20…
Curahan rasa Steward John @ ..New Gadget on its way. I won yet another contest
wang kertas kita warna warni. tunggu keluaran rm 20
cantik wang 20 tue….
Curahan rasa jedi @ ..Masalah Sosial: Katakan Tak Nak
lebih baik lg kalau warna wang kertas RM50 ditukar kepada skim warna yg lain supaya tk keliru dgn wang RM1…
Curahan rasa dinar @ ..Simpan emas FIZIKAL atau GOLD PASSBOOK?
serius suka wang kertas baru nih sebab warna pastel
Macam mana agaknya kalau warna tu terang ek?
Curahan rasa Steward John @ ..New Gadget on its way. I won yet another contest
warna warni…huhu..suka..macam permainan SAIDINA jer kan..
Curahan rasa dzuandiey @ ..dzuandiey.com juara contest komen dan menang puanbee
Knp perlu ada rm20?
jimatkan penggunaan RM10…katanya..
Curahan rasa dzuandiey @ ..dzuandiey.com juara contest komen dan menang puanbee
Kalau dalam poket semua RM10, alamatnya memang teballah dompet
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
cantik semua kaler wang kertas baru tu….menawan hati…nk guna pun sayang…hehe
Curahan rasa lin azlina @ ..Jadi jugak buat tutorial threader Comment ni
Comments are closed.