Assalamulaikum dan salam 1Dunia, bukan sekadar politik Malaysia sahaja melalui proses transformasi. Wang kertas Ringgit Malaysia juga melalui proses transformasi. Bank Negara Malaysia memperkenalkan reka bentuk baru wang kertas Ringgit Malaysia dengan wajah baru yang lebih segar dengan sistem keselamatan yang lebih tinggi.
Bank Negara juga mencetak kembali wang kertas RM20 baru yang dihentikan pengeluarannya sebelum ini.
Semuga dengan reka bentuk wang kertas Ringgit Malaysia baru akan menambah semangat untuk kita berkongsi rezeki kepada yang memerlukan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Amalan suka memberi dengan ikhlas adalah rahsia paling tersembunyi untuk mendapat rezeki berlipat ratus kali ganda. Ada banyak firman Allah yang menyatakan rahsia ini di dalam Al-Quran cuma kita sahaja yang tidak yakin. Dah amalkan baru tahu hasilnya.
28/6/2012 : Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan Wang Kertas siri baru Malaysia akan masuk ke pasaran bermula pada 16/7/2012. Orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88- 5465 atau menelefon 03-26988044 sambungan 7307/ 8658 atau menghantar e-mel kepada ncs@bnm. gov. my untuk maklumat lanjut.
BNM dalam kenyataan di sini berkata, sekiranya pihak berkepentingan iaitu institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, pengendali tempat letak kereta, pemilik kios pembayaran serta pengendali mesin wang tunai dan tiket belum berbuat demikian, mereka hendaklah mempercepatkan pengubahsuaian mesin mereka agar boleh menerima wang kertas siri baru untuk kemudahan orang ramai.
Seandainya pengubahsuaian mesin mereka tidak dapat disiapkan menjelang 16 Julai ini, penyelesaian alternatif hendaklah disediakan, contohnya penyediaan kaunter pertukaran wang kertas atau kaunter tiket manual.- Sumber.
127 Comments
hahahahaha..macam pelangi pula saya tengok..warna warni ya..
Curahan rasa Naziman @ ..Indahnya pemandangan matahari terbenam Tanjung Aru (12 Gambar)
Rm 20 dah ada semula.warna kuning pulak tu..cantik2.
Tu pasal.. yang penting design kali ni memang cantik
Curahan rasa Steward John @ ..New Gadget on its way. I won yet another contest
lawa..rasa sayang nak guna ni…haha
Curahan rasa nizam @ ..Wordless Wednesday : Cookies Punya Pasal
Wow…
Curahan rasa Sparrow @ ..Gadget Impian: iPhone 4s Putih
wah tukar lagi not kertas malaysia nanti lama-lama guna emas je sebab lebih baik dari segi sistem keselamatan berbanding kertas..
Curahan rasa ROJAK @ ..Funny Taekwondo Match
nanti kena pakai kad mcm topup tu pula..huhu…
Curahan rasa dzuandiey @ ..dzuandiey.com juara contest komen dan menang puanbee
suka dengan duit RM20.. so lepas lepas ni boleh la kumpul duit lama untuk mereka yang kaki kumpul tuh..
Curahan rasa Norfa @ ..The Fact of the New Banknote Design Ringgit Malaysia 2012
nampak kemas, dan menarik kecuali duit 20 ringgit nampak pelik je.
ni mesti sebab dah guna pencetak baru, duit pun baru.. nice.
Curahan rasa Izzat Aziz @ ..Projek Akhir Tahun, Temuduga PETRONAS dan Lakonan
Ada jenis uag disini mudah sekali koyak mudah-mudahan uang ini tahan
Curahan rasa smp3lembang @ ..Jelata
Bro sehingga hari ini uang Malaysia memang tahan dan tidak mudah koyak.
Mungkin jenis kertasnya sama dengan seratus ribu tang plastik dulu..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Happy Holidays From Google
Itu yang mau ditunggu tu.. mau lihat kualitinya bagemana
Curahan rasa Steward John @ ..AirAsia ticket for just 10sen
Bagi AI yang penting duit tu tahan lasak. Tak mudah koyak.
Curahan rasa Ahmad Ijat @ ..Perpustakaan Canggih di Shah Alam
suka tgk kaler duit 20…menarik…lg pula..di keluarkan semula note 20 setelah sekian lama xde..yg lain tu rasanya sama..
tp mcm mana dgn duit 50 yg katanya akan bertukar kaler tu ya
Curahan rasa chii @ ..Wordless Wednesday #14 – Spider Boy
Pergghh lawa siot.. hihih bile die nk kuar duit nih???
Curahan rasa Amir @ ..Gossip Nazmi Faiz Berhubungan Dengan Neelofa?
cntik..
Curahan rasa syu90 @ ..Wordless Wednesday :Duit RM20 baru..cantik kot..
cantik ni. tak sabar nak guna. hehe
Curahan rasa Asyraf Asnawi @ ..WANG KERTAS RM20 AKAN DIKELUARKAN JULAI 2012 NANTI
wow..cntiknya duit baru ni..very different..
Curahan rasa izah @ ..nurfarizah | about my life & my product: COCO COLLAGEN POWER PLUS
elok juga ditukarkan duit yang lama tu… untuk mengingatkan kita tentang matawang negara kita yang semakin stabil….
Curahan rasa yangbaik @ ..Bagaimana harus satu hari satu
Comments are closed.