Saat Hati Terasa Jauh

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terbaca timeline Facebook isteri seorang sahabat, sahabat yang jauh di mata dekat di hati bertajuk “Saat Hati Terasa Jauh”. Aku tidak dapat membaca apa sebenar yang bermain di benar fikiran beliau tetapi pasti ramai Rakan Blogger yang pernah melalui rasa hati yang sebegitu. Sayu, sebak, sedih dan takut membelenggu perasaan dan hanya yang pernah mengalami sahaja dapat merasai.

Pernah sesekali bagun pagi suasana sudah cerah maknanya pasti waktu suboh sudah lama berlalu. Bingkas bagun membersih diri dan berwuduk lalu mengerjakan solat Suboh. Solat Suboh kesiangan ada orang tua kata Suboh Gajah. Rasa bersalah kepada Allah mengerjakan Suboh lewat di saat itu hati terasa jauh sangat dengan yang Maha Esa Allah SWT. Adakah Allah SWT sudah lupa pada aku sehingga tidak dikejutkan aku ketika azan Suboh berkumandang diseluruh alam.

Pengalaman Kembara Palestine di Denaihati.com

Mendidik anak-anak bukannya mudah tak percaya tanyalah Kak Jie. Ada seorang teman yang lain berkata air matanya lebih banyak mengalir ketika anak-anak sudah remaja berbanding masa kecil. Semasa kecil setiap saat anak-anak bersama ibubapa tapi apabila remaja banyak masa dihabiskan bersama teman-temannya dan apabila sudah berkeluarga pasti seluruh masanya akan bersama keluarga. Saat itu hati ibubapa terasa jauh sekali dengan anak-anak yang pernah menjadi buah hati pengarang jantungnya.

Ramai juga suami isteri yang hidup berjauhan kerana mengejar keperluan dunia dan akhirat yang hanya dapat bertemu di hujung minggu. Sudah pasti pada saat tertentu hati isteri terasa jauh dengan orang yang disayangi. Lebih parah apabila suami isteri yang tinggal serumah tetapi hati terasa jauh kerana kesibukan dengan urusan dunia dan sibuk dengan buah hati gelap.

Itulah rempah ratus kehidupan kekadangan hati ini diuji Allah SWT dengan berbagai rasa untuk jadikan kita manusia yang lebih baik. Paling takut jika kekadang hati kita diusik syaitan dengan perasaan begitu untuk menjerumuskan kita ke lembah neraka bersamanya.

Pernahkah anda merasai saat hati terasa jauh.


Spread the love

124 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!