Ulang Tahun ke Lima Blog Denaihati

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah siapa sangka blog Denaihati yang pada mulanya hanya luahan Yang Terbuku Di Hati boleh kekal selama ini kerana entah berapa ratus mungkin ribu blog sezaman yang telah terkubur tanpa nisan. Blog Denaihati bermula dengan maksud untuk menjadi platform mencurahkan apa yang terbuku di hati ketika itu keadaan politik Malaysia mula berubah.

Tarikh 13/7/2008 adalah tarikh keramat bermulanya blog Denaihati dengan entri pertama bertajuk “Politk Yang Bingung” dengan menggunakan platform blogspot dan sehingga hari ini Denaihati.blogspot.com masih berdiri megah menjadi monumen yang indah. Dengan tagline “Yang Terbuku Di Hati” pasti jelas maksudnya dan gaya penulisan memang jauh berbeza dari sekarang.

“Yang ditunggu sudah tiba > Teknik Buat Duit dengan blog dari Sifu Affiliate En Titan @ Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Bertahun aku merangkak sendirian belajar apa itu blog melalui carian google dengan mencuba berbagai code html dan entah berapa kali gagal tak pernah terkira. Setiap kejayaan setelah mencuba berkali-kali merupakan suatu kepuasan yang hanya mereka telah melalui pengalaman yang sama sahaja tahu. Tidak pernah di hati mengharap Blogger lain menghormati aku ketika itu tetapi aku sendiri menjelajah dari satu blog ke satu blog tak kira blog Malaysia, Indonesia, Australia, India, US dan sebagainya untuk belajar dari Blogger yang sudah berjaya. Aku melihat bagaimana blog Amanz.my, Paultan.org dan Beautifulnara.com berubah dari blog biasa menjadi blog profesional yang menjadi sumber inspirasi.

Ketika itu aku sering membebel dengan teman-teman rapat bahawa suatu hari nanti blog Denaihati akan jadi begini jadi begitu. Kawan-kawan aku bukanlah Blogger jadi pasti mereka mengerutkan dahi bila aku bercerita bahasa yang mereka kurang faham. Aku selalu memikirkan bagaimana untuk menjadikan blog Denaihati boleh menjadi platform yang memberi manafaat kepada ramai orang.

Alhamdulillah bermula 1/1/2010 blog Denaihati berpindah dari platform blogspot ke platform wordpress. Terima kasih kepada Kak Jie dan Serverfreak yang banyak membantu ketika aku ada zero ilmu tentang wordpress. Aku pun tak ingat macam mana boleh jadi baik dengan sifu blog Kak Jie yang pasti adik perempuan Kak Jie (kalau tak silap lah) yang selalu tinggalkan komen di blog Denaihati (nasib baik tak jadi adik ipar Kak Jie … heeee).

Berpindah ke wordpress dengan transformasi dan tagline baru. Tagline berubah dari “Yang Terbuku Di Hati” berubah menjadi “Hidupkan Untuk Memberi”. Tagline baru terhasil kerana terkesan dengan mutiara kata “Kita Membina HIDUP Dengan Apa Yang Kita Dapat Tetapi Kita Membina KEHIDUPAN Dengan Apa Yang Kita BERIKAN”.

[tabs slidertype=”images” auto=”yes” autospeed=”4000″]
[imagetab width=”730″ height=”650″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/denaihati-2011.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”650″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/denaihati-2012.jpg[/imagetab]
[imagetab width=”730″ height=”650″]https://denaihati.com/wp-content/uploads/2013/07/denaihati-2013.jpg[/imagetab]
[/tabs]

Alhamdulillah blog Denaihati terus melangkah tanpa menoleh ke belakang melalui berbagai kesukaran yang menjadi motivasi untuk terus berdiri bersama beratus ribu blog baru yang tumbuh bagai cedawan selepas hujan. Bermula Januari 2012 blog Denaihati mula menjadi lebih komersial apabila menerima iklan pertama daripada Toshiba Singapore. Iklan Toshiba adalah sejarah untuk blog Denaihati.

Sebelum ini blog Denaihati tak pernah pun menyambut ulang tahun tapi sempena tahun ke lima rasanya perlu untuk memaklumkan kepada Rakan Blogger mungkin boleh menjadi sumber inspirasi kepada Blogger baru dan lama. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kata semangat di SINI dan juga kepada Aiman Deki dan Kak Sumijelly yang sudi buat special entri.

Terima kasih juga kepada team Denaihati yang banyak membantu iaitu Anarm, Eizil, Abang Ensem, ShakiddoSharil dan Sweetkurma. Kami tak pernah merancang untuk bersama tapi semua ketentuan ALLAH SWT. Tak mustahil team ini akan bertambah di masa akan datang. Terima kasih juga kepada semua pembaca setia yang terus bersama memberi sokongan dan menegur untuk kebaikan. Terima kasih juga kepada semua wakil pengiklan dan pengiklan yang telah memberi nafas panjang kepada blog Denaihati untuk pergi lebih jauh dalam industri.

Selepas makeover blog Denaihati, fokus terkini adalah berkongsi ilmu blog, hartanah dan lain-lain melalui Akademi Denaihati Network supaya lebih ramai Blogger yang berjaya lebih hebat dari Denaihati.com, Paultan.org, Amanz.my dan Beautifulnara.com. Ilmu ada cahaya yang menyuluh kejayaan, tanpa ilmu jangan mimpi untuk menjadi Blogger yang berjaya.

Sebagai menghargai Rakan Blogger  dan keluarga tak kira apa bangsa dijemput ke MAJLIS IFTAR RAMADAN bersama Denaihati Network pada 20/7/2013 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Sila DM konformasi kahadiran beserta jumlah kehadiran (berapa dewasa dan kanak-kanak ke FB Anarm. Pengesahan kehadiran mesti dibuat sebelum 11.59 pm, 18/7/2013. Kehadiran semua sangat dialu-alukan.


Spread the love

142 Comments

  1. kalau ikutkan blog kita sebaya..tapi nak buat macam mana..banyak sangat masalah blog ni..hehe..apa pun tahniah dan berjaya mengembangkan network..yup..untuk berjaya memang kena ada team yang mantap. Selamat ulang tahun yang ke lima..semoga dapat jadi yang ke 50 lepas ni..eehehe
    Curahan rasa reezluv @ ..7 Web Rujukan Pilihan Kepada Pengguna WordPressMy Profile

  2. Sedikit terkesan di hati baca entri ni jun 2010.sy mula melanglah ke dunia blog rupanya masa tu DH bru 6 bulan pindah ke WordPress. Salam ulang tahun ke-5 insyaAllah xde aral melintang sy dtg iftar
    Curahan rasa Khairu Zamri @ ..Intern BermulaMy Profile

  3. Saya juga mengenali blog Denaihati yg ketika itu masih menggunakan platform blogspot… Kalau tak salah ketika menyertai conterst Hidup berani Untuk Gagal yang ketika itu pun saya juga menggunakan platform blogspot.Tak sangka masa cepat sungguh berlalu, dan blog Denaihai pun semakin dikenali dan peroleh pelbagai kejayaan…

    Tahniah dan selamat ulangtahun kelima buat blog Denahati… semoga terus sukses selalu….. 🙂
    Curahan rasa zie fauzi @ ..Kisah Humaira dan Topi KeledarMy Profile

    1. Anazkia antara yg terawal bersama blog Denaihati. Terima kasih sokongan yg diberi dan harap kita dapat berkerjasama utk rapatkan blogger Malaysia dan Indonesia.

  4. tahniah dia atas kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi oleh blog denaihati..

    5 tahun sudah berlalu, bermakna blog denaihati telah melepasi tempoh 3 tahun pertama yang kritikal bagi sesebuah blog..

    insyallah lebih banyak kejayaan akan dikecapi selepas ini.
    Curahan rasa shuth @ ..Peluang Buat Duit Dengan BlogMy Profile

    1. Tuan adalah salah seorang yg banyak beri motivasi. Harap kita dapat bekerjasama untuk komuniti Blogger yg lebih sukses. Tuan tak jawab msg FB saya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!