Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak email diterima bertanyakan bagaimana nak menuntut bantuan RM200 untuk penuntut pengajian tinggi seperti yang telah dijanjikan dalam bajet oleh YAB PM DS Najib Razak. Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.
Cara tuntutan baucer buku pelajar pengajian tinggi
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Buku Interlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April.
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac.
8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Semuga perincian ini dapat membantu semua pelajar pengajian tinggi yang sedang mencari informasi cara tuntutan baucar buku RM200 budget 2012. Kepada Rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dapatkan maklumat di entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia” dan untuk maklumat untuk bantuan pelajar RM100 boleh didapati di entri “Cara Tuntutan Bantuan Pelajar RM100“.
Senarai Kedai Buku Terima Baucer RM200
1. MPH
2. POPULAR
3. ARKED BUKU
4. Kedai Buku Hasani (Perlis)
5. Secara Online di Kedaibuku.com.my @ Cara Belian.
6. Kedai Buku Yang Terpilih Seluruh Malaysia
7. Sila Tinggalkan List Senarai yang terdekat dengan anda di ruangan komen.
128 Comments
lps ni leh la bli mne2 bku yg bkenan di hati..hihi..
Curahan rasa izah @ ..BEDAK EMAS ZMASHA
Sem dpn msuk kuliah awal bln 3…sempat ke nk dpt voucher tu…huhuhuhuhu..hrp la sempat..
Curahan rasa Tata @ ..About me….Tata
Untungnyer,kalau dulu ada bantuan macam ni,dah tentu ramai yang gembira
Curahan rasa wazy @ ..Cool Native Union Pop Retro Headset
sedih..pelajar IPG x dapat…hehehe… 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..[gambar] perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli dan lelaki Dublin
Kenapalah dulu2 tak dapat bantuan macam ni …
Curahan rasa b3njy @ ..‘ANM’ MEMUDAHKAN SEMAKAN E-PENYATA GAJI KERAJAAN
dulu org x rjin baca buku kot..ekekeke
Curahan rasa dzuandiey @ ..[gambar] perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli dan lelaki Dublin
Walaupun ada sesetangah orang kata “apa hal sikit sangat” tetapi oklah tu daripada tak der langsung…..
Curahan rasa b3njy @ ..‘ANM’ MEMUDAHKAN SEMAKAN E-PENYATA GAJI KERAJAAN
Bijak2 sebab ia tak boleh tukar tunai … kalau tak dah tentu diaorang buat beli prepid hehehehe ….
Curahan rasa b3njy @ ..‘ANM’ MEMUDAHKAN SEMAKAN E-PENYATA GAJI KERAJAAN
Bagi yang masih blur cam mana nak dapat tu … tanya IPT masing2 … mesti setle masalah tuan2 dan puan2 🙂
Curahan rasa b3njy @ ..‘ANM’ MEMUDAHKAN SEMAKAN E-PENYATA GAJI KERAJAAN
Baucer ini sedikit sebanyak meringgankan beban pelajar dan ibubapa yang terlibat.
Curahan rasa b3njy @ ..‘ANM’ MEMUDAHKAN SEMAKAN E-PENYATA GAJI KERAJAAN
hehe.. kalau baca syarat2 tu macam tergolong juga.. maklumlah.. PJJ…
Curahan rasa CMRatu @ ..Tandatangan atau tidak SBPA?
claim..jgn x claim…hahaha
Curahan rasa dzuandiey @ ..[gambar] perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli dan lelaki Dublin
bg duit kn senang..hehe
informasi yang sangat menarik semoga bisa menjadi suatu panduan terpercaya
Curahan rasa kredit laptop @ ..Laptop Pertama yang Muncul di Bumi
info menarik xsabar nk claim.. keh3..
Curahan rasa Hackpensil @ ..Hack Album Facebook orang .
claim ngn buku Je.. hehe.=)
Curahan rasa Norfa @ ..Story telling : Alkisah blogger semalam.. Kenapa dia kepoh dan kecoh?
rm200..ok gak tuu..
thanks for the info..harap2 kdai buku terpilih tu ade dkt stiap negeri..jgn la smpi kne pegi kl utk beli..susah jgk..
Comments are closed.