Cara Tuntutan Baucar Buku RM200 Pelajar Pengajian Tinggi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak email diterima bertanyakan bagaimana nak menuntut bantuan RM200 untuk penuntut pengajian tinggi seperti yang telah dijanjikan dalam bajet oleh YAB PM DS Najib Razak. Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.

Cara tuntutan baucer buku pelajar pengajian tinggi

1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.

mahathir lancar buku berani tanpa segan

2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.

3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Buku Interlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.

6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April.

7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac.

8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.

Semuga perincian ini dapat membantu semua pelajar pengajian tinggi yang sedang mencari informasi cara tuntutan baucar buku RM200 budget 2012. Kepada Rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dapatkan maklumat di entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia” dan untuk maklumat untuk bantuan pelajar RM100 boleh didapati di entri “Cara Tuntutan Bantuan Pelajar RM100“.

Senarai Kedai Buku Terima Baucer RM200

1. MPH

2. POPULAR

3. ARKED BUKU

4. Kedai Buku Hasani (Perlis)

5. Secara Online di Kedaibuku.com.my @ Cara Belian.

6. Kedai Buku Yang Terpilih Seluruh Malaysia

7. Sila Tinggalkan List Senarai yang terdekat dengan anda di ruangan komen.


Spread the love

128 Comments

  1. Satu persoalan.

    Kedai buku mana yang sertai program ni? Adalah lebih baik kalau kementerian memasukkan kedai buku di dalam kampus sebab buku yang dijual di sini adalah jauh lebih murah berbanding di kedai luar.

    Harga buku yang dijual oleh kedai buku di dalam kampus telah disubsidikan. Kalau di luar harga RM200/300 sebiji, students boleh beli dengan harga RM60/70.

    Seharusnya senarai kedai yang terlibat telahpun diedarkan bersama dengan pengumuman ni. Barulah tak huru hara nanti. Nanti pula bila hanya ‘selected’ kedai buku yang mana menyusahkan pelajar untuk ke sana dan beli, students kekurangan masa untuk membeli. Tempoh masa pula singkat.
    Curahan rasa Nasih @ ..UEFI – The Cause of Failure of Booting From USB/CDMy Profile

  2. Pengagihan dalam bulan januari? Tapii orang pada masa tu cuti?macam mana?dapat beli buku kat fakulti ke? Ataupun beli kat kedai buku luar saja?

  3. sepanjang sekolah ke u, tak pernah merasa biasiswa kerajaan…buku teks pun kena beli sebab waktu tu dua kakak dah dapat pinjaman…sepanjang sekolah menengah tingkat 4 je dapat pinjaman buku teks yang lain ayah beli dok turun kat adik2 sedara…
    Curahan rasa azura @ ..Filem Azura 2 Februari 2012My Profile

  4. Untung anak-anak selepas Merdeka macam-macam bantuan dan skim diberikan tetapi ada yang juga tercicir dan ada yang tidak mahu belajar bersungguh-sungguh.

    Bayangkan graduan lepasan universiti yang menggangur diberi latihan dan dicarikan kerja sehingga dapat. Bertuah sungguh menjadi rakyat Malaysia.
    Curahan rasa akubiomed @ ..Bila serba tak menjadiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!