Harga Gula dan RON97 naik apa kisah
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masa kecik dulu aku memang banyak minum air kosong berbanding air manis. Ketika belajar di U dulu pulak selalu jadi food taster untuk produk kopi dan teh yang memang tak letak walaupun sebiji gula. Dah berpuluh tahun memang aku minum teh, kopi, milo, nescafe dan sebagainya tanpa gula.
Minum di Starbucks, Secret Recipe, Coffee House hotel, Mc Donald juga gerai tepi jalan pun aku tak letak gula. Jadi bagi aku tak kisah lansung bila harga gula naik. Di rumah nak abiskan 1kg gula pun berminggu-minggu. Apa sangatlah yang taksubkan dengan gula ni yang lebih banyak mudarat dari baiknya. Cuma kena ingat semua sakit tu bukan sebab GULA tapi Allah yang beri asbab makan gula berlebihan.
RON97 pun naik harga pun apa kisah sebab tu minyak premium untuk kereta mewah yang orang mewah je boleh guna. Tapi kalau ada kesempatan cuba isi kereta dengan minyak RON97 20liter kemudian guna pulak RON95 bezakan jarak yang boleh capai nak best masa kita travel jauh kat highway.
Dah harga GULA dan RON97 naik harga kerana harga di pasaran dunia pun naik maka kita sebagai pengguna kena bijak. Kalau mamak naikan harga teh tarik kalau mak minah naikan harga kuih kalau kalau perniaga naikan harga maka janganlah kita beli. Banyak lagi pilihan lain paling utama nak jimat makan je di rumah.
Kita jerit sana jerit sini harga naik tapi kita tak mahu disiplinkan diri kita sendiri tu yang susah. Tu lah susah bila dah dapat subsidi nak tarik balik memang susah. Tu lah ekonomi dunia harga Gula dan RON97 akan terus naik.

