Proton Exora Bold Premium dan Exora Prime

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Proton baru sahaja melancarkan Proton Saga FLX versi baru dan terbaru mengumumkan akan melancarkan Proton Exora versi baru iaitu Proton Exora Bold Premium dan Proton Exora Prime. Pengumuman versi baru Proton Exora pasti disambut gembira oleh pengemar Proton. Proton Exora bukan sahaja mendapat sambutan baik di Malaysia tetapi juga di Indonesia. Ramai juga rakan-rakan Indonesia yang memamdu kereta Proton Exora.

Proton Exora Bold 1.6 baharu dikeluarkan dalam tiga versi iaitu Executive MT (transmisi manual), Executive AT (transmisi automatik 4AT), seterusnya versi tertinggi Exora Bold 1.6 Premium CVT (transmisi CVT) yang menggunakan enjin CFE (CamPro Fuel Efficiency) yang dibantu sistem turbo dengan keluaran kuasa setinggi 138hp@5,000rpm dan tork maksimum 205Nm@2,000-4,000rpm.

Gambar Proton Exora Bold

Senarai harga Proton Exora berbagai jenis :

1) Proton Exora 1.6 Standard MT – RM59,998.00 (CPS Manual)

2) Proton Exora Bold 1.6 Executive MT – RM70,998.00 (CPS Manual)

3) Proton Exora Bold 1.6 Executive AT – RM74,998.00 (CPS Automatik 4AT)

4) Proton Exora Bold 1.6 Premium CVT – RM79,998.00 (CFE + CVT)

5) Proton Exora Prime – RM88,998.00 (CFE + CVT)

Image Proton Exora Bold

Kepada yang nak melihat spesifikasi dan gambar Proton Exora Bold boleh terus meluncur ke blog Automobile no 1 Malaysia Paultan.org. Kalau dapat peluang test drive best juga ni. Team Denaihati baru je dapat jemputan test drive kereta Honda Hybrid terbaru Januari 2012 ni.


Spread the love

134 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!