Assalamualaikum dan salam 1Dunia, banyak email diterima bertanyakan bagaimana nak menuntut bantuan RM200 untuk penuntut pengajian tinggi seperti yang telah dijanjikan dalam bajet oleh YAB PM DS Najib Razak. Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan cara tuntutan baucar buku RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet kepada pelajar IPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6.
Cara tuntutan baucer buku pelajar pengajian tinggi
1. Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS DAN POLITEKNIK mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar di tingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2. Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melalui IPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulan Januari. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3. Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, berserta nombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / Nombor pendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan pada setiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
4. Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5. Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing. Buku Interlok dah tak perlu dibeli kerana dah dikeluarkan sebagai buku teks sastera.
6. Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April.
7. Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac.
8. Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Semuga perincian ini dapat membantu semua pelajar pengajian tinggi yang sedang mencari informasi cara tuntutan baucar buku RM200 budget 2012. Kepada Rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dapatkan maklumat di entri “Cara Tuntut Bantuan Rakyat 1Malaysia” dan untuk maklumat untuk bantuan pelajar RM100 boleh didapati di entri “Cara Tuntutan Bantuan Pelajar RM100“.
Senarai Kedai Buku Terima Baucer RM200
1. MPH
2. POPULAR
3. ARKED BUKU
4. Kedai Buku Hasani (Perlis)
5. Secara Online di Kedaibuku.com.my @ Cara Belian.
6. Kedai Buku Yang Terpilih Seluruh Malaysia
7. Sila Tinggalkan List Senarai yang terdekat dengan anda di ruangan komen.
128 Comments
Pelajar sekarang sangat beruntung..
Curahan rasa azman @ ..Sahabat… Harap Kau Tabah!
Malangnya baucar ni diperkenalkan selepas habis belajar. Kalau tak, 3-4 buku dah siap sedia untuk dibeli. T_T
Curahan rasa msbmna @ ..Mengapa harga katrij pencetak terlalu mahal?
untungnyaaa laaa kan.. dulu saya tak dapat macam ni
Curahan rasa KiD @ ..Happy 30th Birthday to Me!
thanks DH share info..
Curahan rasa syu90 @ ..kepenatan
siapa yg tgh praktikal acane ntah? =.=
Curahan rasa eyra @ ..Saya Mahu Novel Ombak Rindu dari Eyriqazz.Com
Pratikal pun masih student so pastilah layak
nak try la tanya UTP nanti :p
Curahan rasa eyra @ ..Review: Alvin and The Chipmunk 3 Chipwrecked
tak boleh dapat, kena bagi kat aku je -..-
Curahan rasa Lizz @ ..Untung Sampai 4 Angka Sebulan Dengan Sistem Dropship Siapa Tak Nak!
part time student mcm sy ni layak ke?
Curahan rasa rosezha @ ..satu kisah untuk dikongsi bersama
part time pun boleh juga
Curahan rasa Sya Isya @ ..MAKSUD JUMLAH PENDAPATAN ISI RUMAH UNTUK MEMOHON BANTUAN RM500 BR1M
boleh je..saya dh call..if study kat OUM leh amik dkt mana2 learning centre bermula 19jan 2012
Curahan rasa ez @ ..Konflik Dalaman
bagus jugak buat mcm ni, klu bagi duit takut digunakan utk perkara lain.
Curahan rasa rosezha @ ..Apa yang aku buat
Nais! detail kat sini, terima kasih bro Ilham…
novel tak diketagorikan disitu..haha, belajar la elok elok ye..beli buku 😛
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..Nautilus Script : Send To And PDF to PNG From Right Click Context Menu in Ubuntu 11.10
mantap nih postingannya 🙂
mantap postingannya,hehe…
bg duit je kn senang…hehhehehehe
Cuba dari dulu *mantab
Diskusikan sajelah bersama-same
Artikelnya bagus gan ^^
Kunjungi dan follow balik yaa..
http://www.faktakita.com/2011/12/barca-menang-villa-patah-tulang.html
Thanks ^^
Salam..
semoga memberi menafaat
pada yang memerlukanya..
guna sebaiknya..jangan ada
yang buat-buat meniaga pula
siap jual pula voucher tu
Curahan rasa zulkbo @ ..Isu Ariff Alfian Rosli : Gay Melayu Bertaubatlah
betul tu.. hope digunakan untuk membeli buku..
Curahan rasa KiD @ ..Happy 30th Birthday to Me!
cnfirm TIDAK..topup duit untuk beli enpon baru…ekeke..budak2 skrg..biasa la..
Curahan rasa dzuandiey @ ..siasat perkahwinan gay Ariff Alfian Rosli di Ireland
Comments are closed.