Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Zaman susah dulu naik motor kapcai jadi motivasi untuk lebih berjaya“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi pendapat peribadi Abang tentang isu pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai Ibu Kota Israel.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada 6/12/2017, di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, dan mengarahkan Jabatan Negara untuk memulakan proses memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar itu.
Majoriti pemimpin di seluruh dunia mengutuk pengiktirafan ini termasuk Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak, menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila. Di Malaysia berbagai pergerakkan NGO dan parti politik sudah merancang untuk membuat bantahan secara besar-besaran di hadapan ke Dutaan Amerika selepas solat Jumaat pada 8/12/2017.
Antara perkara yang bakal berlaku pada akhir zaman
1. Bangsa Yahudi yang sudah terkumpul secara haram di puncak-puncak bukit seluruh Palestine yang datang dari seluruh pelusuk dunia akan dimusnahkan. Berlari mereka bersembunyi di belakang pohon Gharqad yang banyak di tanam di Israel tetapi mereka tidak dapat mengelak daripada dimusnahkan. Semasa Abang menziarahi Baitulmuqaddis pada tahun 2013, kami telah ditunjukkan penempatan haram Bangsa Yahudi yang dikawal rapi di setiap puncak Bukit di kawasan Palestin.
2. Baitulmuqaddis yang dijajah oleh Israel setelah diserahkan oleh British secara haram hampir seratus tahun akan kembali kepada pemerintahan Islam sebagaimana menangnya tentera Sallehudin Ayubi merampas Baitulmudaqqis pada tahun 1187 setelah dikuasai oleh tentera Salib selama 88 tahun.
Trump lah yang telah meniup semboyan kekalahan mereka.
Kita perlu tingkatkan amal dan terus berdoa untuk kemenangan tentera-tentera panji hitam dari timur dan dari seluruh pelosok dunia yang akan bersatu bersama Imam Mahadi. Sudah sekian lama musuh Islam memburuk-burukkan nama tentera panji hitam dengan berbagai gelaran kerana ketakutan mereka kepada tentera panji hitam tetapi kuasa ALLAH tak akan dapat mereka halang. Kisah tentera panji hitam dari timur pernah Abang catatkan dalam entri “Misteri Bangsa Melayu yang hilang“.
Pemimpin Hamas Ismail Haniya menggesa Intifada baru bermula pada 7/12/2017, susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baru Israel.
Pendapat Abang
1. Kita mendekati fasa terakhir menuju garis akhir zaman.
2. Zaman gembira dunia yang kita lalui berpuluh tahun akan berakhir.
3. Seluruh dunia dunia akan memasuki fasa derita seperti yang sedang dialami oleh Syria, Yemen dan Rohingya.
4. Derita bukan sahaja dari peperangan juga bencana alam yang besar sebagai balasan kepada tidakkan manusia kepada dunia.
Apa yang perlu kita lakukan
1. Sokong apa sahaja gerakkan menentang utk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel.
2. Lipat gandakan amal diri sendirir dan keluarga supaya kita sentiasa dalam radar hidayah ALLAH.
3. Fikir risau hal agama dan ajak kekawan juga fikir risau pada hal agama.
4. Kepada yang banyak duit, jadikan duit kertas kepada emas dan perak yang boleh dibawa kemana-mana.
5. Kepada yang belum kawin bagus lah kawin .. ha ha ni gurauan serious.
Teringat ustaz kata apa yang bakal berlaku akhir zaman semua sudah tertulis cuma kita perasan bila sudah berlaku.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
58 Comments
Tiada yang mustahil jika dengan keizinan daripada Allah Taala.
Tiada siapa yang dapat menghalangnya dengan ketentuan Allah. DIA maha berkuasa dalam setiap sesuatu.
Kita sebagai hambanya sentiasa bersedia berjuang demi agama suci Islam yang tercinta.
Curahan rasa Kamil Salleh @ ..Buat Duit Program Affiliate Cari Jodoh Baituljannah
InsyaAllah akan ada kemenangan untuk orang islam. saya harapkan kedamaian dan keamanan di seluruh dunia
Curahan rasa Raihanah @ ..Harga Vivix Shaklee Over Priced
semoga kemengan berpihak kepada kita. ayuh bersama kita tembak doa ramai-ramai. amin.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Semakan Keputusan PT3 2017 Online
Semoga apa yang umat islam usahakan hari ini mendapat keberkatan dan keredhaan Allah.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Tips Mulakan Bisnes Informasi
Akan berlakunya perang besar akhir zaman ni antara Amerika dan Russia. Selepas ini kebangkitan umat Islam dan kedatangan Imam Mahdi yang akan mengetuai peperangan umat Islam menentang golongan kafir
Curahan rasa NORIZA ABDUL RAHMAN @ ..4 Cara untuk Polifenol Bertindak supaya Kulit Cantik, Cerah dan Berseri
Amerika sudah lama jatuh sejak penggantungan pada wang kertas apabila Presiden Nixon mengambil keputusan untuk tidak bersandarkan wang pada emas lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Tips Bina Pendapatan Konsisten Di Internet
america dpt banyak kelebihan kalau mereka mengiktiraf israel. tapi tula, tak semua yg mnyokong termasuk rakyat america sendiri.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Star Wars The Last Jedi
Kelebihan di mata mereka tapi byk juga kelebihan di pihak kita Islam. Amerika dan Israel serta kuncu2nya akan mulai gerun dengan kebangkitan pejuang Islan yg sejati…takbir Allahuakbar!
Curahan rasa hafizmd @ ..Temuduga SPA Dah Dekat? Nak Lulus Temuduga? Baca 7 Tips Ini Untuk Membantu Anda Lulus Temuduga Kerja Kerajaan!
Muhasabah diri. Kiamat semakin hampir. Perbanyakkan amal ibadah.
Selamatkan bumi Palestin dari jajahan asing Yahudi laknatullah.. Utuhkan ukhuwah kita sesama Islam.
selamatkan Palestin . Palestin bumi kita semua umat Islam . Kita ada hak ke atasnya. harap kita jangan pernah berhenti berjuang
Islam pernah menguasai 2/3 dunia semasa pemerintahan empayar Uthmaniah. Banyak lagi tanah islam sudah dijajah semula oleh pakatan Kristian.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Sampingan Jadi Bisnes Sepenuh Masa
selagi nyawa dikandung badan..
selagi itulah kita wajar untuk meningkatkan amal dan takwa.
apa yang berlaku di Baitulmuqaddis menjadi amaran awal untuk kita bersedia kepada kejadian alam yang paling besar yakni kiamat
Curahan rasa mrhanafi @ ..Mengapa Tak Tun Tuang Menjadi viral Dan Fahami Mesej Yang Disampaikan
Muhasabah diri.. terima kasih di atas peringatan yang diberikan.. Syukur pada mu Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk berfikir tentang peristiwa akhir zaman seperti yang disebut dalam Al-Quran
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
mereka menempah kemenangan dengan cara yang tidak benar.
Adakah mereka akan mendapat hidayah dari Allah?
Wallahu a’lam.
Ada kemungkinan besar golongan Yahudi ini tidak akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T sehingga hari Kiamat… dalam Al-Quran pun dah tertulis mereka akan berterusan memusuhi umat Islam..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Setiap dari kita ada ujian kepada orang di sekeliling kita
Dalam surah Al Mulk
Allazi kholakol mauta wal hayata liyabluwakum ayyukum ahsanu amala
Allah lah yang menciptakan hidup dan mati untuk melihat mana antara kamu yang paling baik amalannya
Allah sebut paling baik amal, bukan paling banyak amal
Sama samalah kita perbaiki diri dan berjuang dalam menyampaikan mesej ilahi
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Pantai Puteri di Melaka Cantik & Terjaga! Banyak aktiviti menarik untuk keluarga
Terima kasih atas peringatan akhir… sesungguhnya kita sudah hampir ke penghujungnya. Semoga keimanan kita bertambah teguh dan kukuh.
puak puak penceroboh ni sebenarnya telah kaji apa yang ada dalam Al Quran..mereka sendiri bersedia dengan apa yang akan berlaku..
ditambah pula dengan sokongan kuat AS..dan pendirian tak kesah geng negara Arab sekeliling..makin naik minyaklah puak penceroboh tanah Palestine ni..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Perbandingan Spesifikasi Motosikal Yamaha Y15R, Honda Rs150, Suzuki Belang R150, dan Benelli RFS 150i
Bangsa itu semestinya sudah tahu akan peristiwa di hujung dunia… tetapi mereka masih juga dengan kebodohan mereka
Allah swt sebaik baik perancang
mereka merancang
tapi pasti tak akan membawa kebaikan di akhirat juga
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Inilah Cara Mengisi Jadual Cuti Musim Sekolah 2017! Anak pasti suka
Apa pun yang belaku hidup mesti di teruskan
kalau kiamat sedang berlaku, di tangan ada biji benih
Tanam juga
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Inilah Cara Mengisi Jadual Cuti Musim Sekolah 2017! Anak pasti suka
Sekarang ni di sekeliling kita di seluruh dunia dah ada banyak tanda2 menunjukkan kiamat dah semakin dekat..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Jadi, tak mustahil perkara yang sepatutnya berlaku akan terus berlaku… Sekarang apa yang perlu dilakukan oleh semua umat Islam ialah dengan mengambil iktibar di atas setiap kejadian tersebut..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Terutamanya pemimpin-pemimpin negara Islam seperti di Arab Saudi… janganlah disebabkan tamak kepada kuasa, sehingga sanggup bermusuhan sesama saudara seagama..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Comments are closed.