Serangan Paris satu lagi kisah sedih dunia
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dunia dikejutkan dengan kejadian serangan bersiri di Paris yang mengorbankan lebih seratus nyawa yang tidak berdosa. Memang aku terasa sebab sudah dua kali kembara di Paris kota unik dengan berbagai keindahan jadi tarikan palancong seluruh dunia. Ini bukanlah serangan pertama di Paris kerana sebelum ini digemparkan dengan tragedi Charlie Habdo yang mengorbankan 12 orang.
Siapa yang tidak sedih dan simpati dengan mangsa yang terkorban dan keluarga. Melihat video serangan Paris memang menyentuh hati. Lebih sengsara kehidupan umat Islam di Paris selepas tragedi yang dipandang sangat negatif oleh masyarakat bukan Islam. Ini terbukti selepas kejadian serangan Charlie Hebdo bagaimana susahnya kehidupan umat Islam di Paris. Aku sendiri merasai ketika solat di Masjid Omar El Kattab Paris, keliling masjid dikawal oleh polis seperti Islam ini terlalu jahat.

Menyalahkan pelarian Syria menyerang Paris satu kerja paling terancang. Aku terbayang sahabat blogger Rayyan Haries di Greece yang berkorban masa dan tenaga membantu pelarian Syria yang menjadi Greece pintu masuk untuk ke negara-negara Eropah yang lain. Sekarang mereka kata terdapat terrorist ISIS masuk melalui Greece untuk menyerang Eropah jadi sudah pasti akan ada masalah selepas ini untuk pelarian Syria lari dari kekejaman di Syria. Terkini keluar pula nama Abdeslam Salah yang menjadi buruan serangan Paris yang merupakan orang Islam tempatan.

Selepas kejatuhan block Komunis, berlaku serangan September 11, 2001 maka keluarlah nama Al Qaedah sebagai terrorist paling bahaya di dunia yang dikaitkan dengan Islam. Sebelum itu dunia di momokkan dengan Taleban yang ganas yang juga dikaitkan dengan Islam. Hari ini ISIS juga dikaitkan dengan Islam yang mengganas membunuh siapa sahaja termasuk Islam dan kini dikatakan cuba memporak perandakan Eropah. Al Qeadah, Taleban dan ISIS jenama yang siapa cipta sebenarnya kerana mereka menjadi begitu kuat lengkap dengan berbagai senjata moden. Negara Islam tidak ada teknologi sejata semoden itu untuk menyerang dunia.

Pendapat peribadi aku semua tragedi ini ciptaan tangan ke tiga iaitu gerakan freemason yang mengawal dunia untuk memusnahkan agama khasnya Islam sehingga pada akhir zaman apabila Dajjal bagunkan, kita semua percaya dialah tuhan sebenar. Semuanya tragedi saling kait mengait tidak ketinggalan juga tragedi MH370 dan MH17. Akhir pada sebuah tragedi pasti Islam juga disalahkan kerana Islam sedang berkembang sangat pesat di Eropah. Pengalaman aku menjejaki kaki di bumi Tel Aviv melihat sendiri pintu Lud kawasan di mana Dajjal bakal ditewaskan oleh Nabi Isa menjadikan aku insan yang sangat terkesan dengan setiap tragedi sedih yang menimpa dunia.
Kerana itu pentingnya kita kembali kepada ALLAH kerana ALLAH sahaja yang berkuasa melindungi kita dari fitnah akhir zaman yang berusaha berbagai cara menDajjalkan dunia.

