Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen di entri “Zaman susah dulu naik motor kapcai jadi motivasi untuk lebih berjaya“. Apa yang kita nak buat mesti ada guru jangan buat ikut dan tiru orang atau ikut rasa hati sahaja. Kali ini Abang nak berkongsi pendapat peribadi Abang tentang isu pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai Ibu Kota Israel.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Pada 6/12/2017, di Washington, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, dan mengarahkan Jabatan Negara untuk memulakan proses memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke bandar itu.
Majoriti pemimpin di seluruh dunia mengutuk pengiktirafan ini termasuk Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak, menolak sekeras-kerasnya cadangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila. Di Malaysia berbagai pergerakkan NGO dan parti politik sudah merancang untuk membuat bantahan secara besar-besaran di hadapan ke Dutaan Amerika selepas solat Jumaat pada 8/12/2017.
Antara perkara yang bakal berlaku pada akhir zaman
1. Bangsa Yahudi yang sudah terkumpul secara haram di puncak-puncak bukit seluruh Palestine yang datang dari seluruh pelusuk dunia akan dimusnahkan. Berlari mereka bersembunyi di belakang pohon Gharqad yang banyak di tanam di Israel tetapi mereka tidak dapat mengelak daripada dimusnahkan. Semasa Abang menziarahi Baitulmuqaddis pada tahun 2013, kami telah ditunjukkan penempatan haram Bangsa Yahudi yang dikawal rapi di setiap puncak Bukit di kawasan Palestin.
2. Baitulmuqaddis yang dijajah oleh Israel setelah diserahkan oleh British secara haram hampir seratus tahun akan kembali kepada pemerintahan Islam sebagaimana menangnya tentera Sallehudin Ayubi merampas Baitulmudaqqis pada tahun 1187 setelah dikuasai oleh tentera Salib selama 88 tahun.
Trump lah yang telah meniup semboyan kekalahan mereka.
Kita perlu tingkatkan amal dan terus berdoa untuk kemenangan tentera-tentera panji hitam dari timur dan dari seluruh pelosok dunia yang akan bersatu bersama Imam Mahadi. Sudah sekian lama musuh Islam memburuk-burukkan nama tentera panji hitam dengan berbagai gelaran kerana ketakutan mereka kepada tentera panji hitam tetapi kuasa ALLAH tak akan dapat mereka halang. Kisah tentera panji hitam dari timur pernah Abang catatkan dalam entri “Misteri Bangsa Melayu yang hilang“.
Pemimpin Hamas Ismail Haniya menggesa Intifada baru bermula pada 7/12/2017, susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota baru Israel.
Pendapat Abang
1. Kita mendekati fasa terakhir menuju garis akhir zaman.
2. Zaman gembira dunia yang kita lalui berpuluh tahun akan berakhir.
3. Seluruh dunia dunia akan memasuki fasa derita seperti yang sedang dialami oleh Syria, Yemen dan Rohingya.
4. Derita bukan sahaja dari peperangan juga bencana alam yang besar sebagai balasan kepada tidakkan manusia kepada dunia.
Apa yang perlu kita lakukan
1. Sokong apa sahaja gerakkan menentang utk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai Ibu Negara Israel.
2. Lipat gandakan amal diri sendirir dan keluarga supaya kita sentiasa dalam radar hidayah ALLAH.
3. Fikir risau hal agama dan ajak kekawan juga fikir risau pada hal agama.
4. Kepada yang banyak duit, jadikan duit kertas kepada emas dan perak yang boleh dibawa kemana-mana.
5. Kepada yang belum kawin bagus lah kawin .. ha ha ni gurauan serious.
Teringat ustaz kata apa yang bakal berlaku akhir zaman semua sudah tertulis cuma kita perasan bila sudah berlaku.
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
58 Comments
entah apa lagi yg bakal dilakukan oleh trump. belum sampai setahun, dunia dah huru hara
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Syurga Yang Kedua di Astro Prima
Kita sama-sama tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya… semoga Allah sentiasa bersama2 kita
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Imam mahdi tak akan keluar tanpa kita berusaha
pucuk pangkalnya kita yang perlu berubah
Memang setuju pendapat tuan tentang zaman huru hara sudah hampir
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Patutlah pantang larang pesakit buah pinggang penting! Rupa rupanya…
trump tak bodoh. mesti dia ada agenda tersendiri kenapa dia buat mcm tu. rakyat america sendiri mengutuk keputusan ini
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Syurga Yang Kedua di Astro Prima
Apa yang Donald Trump buat hanyalah provokasi semata mata, belum tentu beliau mampu buat sebab Barack Obama juga pernah buat perkara yang sama.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bisnes Sampingan Jadi Bisnes Sepenuh Masa
Hmm terkejut juga masa mula-mula terbaca pasal ni
Semoga doa-doa umat Islam dari seluruh dunia dimakbulkan agar Baitulmaqdis bebas darei gengaman Trump tu
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..CANCERCARE : Perlindungan Kanser Yang Komprehensif
Donald Trump hanyalah boneka, di sebalik presiden Amerika ini ada tangan tangan ghaib yang mengawalnya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Siasatan SPRM
Betul… semua presiden Amerika adalah boneka… kuasa dan keputusan sebenar bukan terletak 100% di atas tangan mereka.. mereka menjadi boneka di atas tangan Yahudi..
Curahan rasa Anuar @ ..7 Tools Wajib Untuk Setiap Peniaga Online
Sebelum boikot produk keluaran Yahudi dan Israel, boikot dahulu produk yang berunsurkan riba dan konvensional.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Skop Fungsi Dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Siasatan
boikot mcd, kfc, dan starbucks dak tak relevan sebenarnya. kita kena kaji jugak betul ke keuntungan tu disalurkan ke zionis.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Syurga Yang Kedua di Astro Prima
makin lama makin menjadi jadi si trump ni. ada je benda yang dia buat yg menimbulkan kemarahan
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem Titanic
Secara jujur.. saya lebih suka dengan kepimpinan Barack Obama berbanding Trump.. Tapi sayangnya pengaruh Trump lebih kuat berbanding Barack Obama… huhuhu..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Walaupun ramai yang tak suka dengan Trump, tapi disebabkan duit dan harta segala-galanya boleh berlaku..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Salah satu cara membantu adalah berdoa untuk perjuangan umat Islam di sana. Ada ‘doa perang’ yang boleh diamalkan selepas solat. Hadiah alFatihah khusus untuk perjuang Islam di sana pun boleh juga.
Curahan rasa McYanni @ ..Amalkan 10 Tip Ini Supaya Kerja Menjadi Seronok Dan Bukan Satu Beban | wilayahkerja.com
Betul.. nak angkat senjata kita tak mampu…
Nak bersuara, sejauh mana suara kita mampu didengari…
Cara paling mudah membantu secara “belakang tadbir” iaitu dengan mendoakan dan menghulurkan bantuan..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Takdirnya Yahudi akan diperangi, dikalahkan dan dihina di satu tempat sekaligus. Dan tempat itu adalah Baitulmuqaddis. Memang ALLAH ‘kumpulkan’ yahudi ini di sana. Tiada manusia yang boleh halang.
Tapi itu tidak bermakna, umat Islam hanya tengok sahaja walau memang situasi ini dalam ”rancangan” ALLAH. Kewajipan untuk menyelamatkan Baitulmuqaddis itu tetap terpikul atas bahu umat Islam.
Curahan rasa ahmadyani @ ..14 Petua Dr Hamid Arshat Untuk Hindari Nyanyuk
Benar, nak tunggu imam mahdi pun bukan tunggu sahaja, diri dan keluarga serta masyarakat harus bersiap sedia.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tambah Bayaran Rumah Sewa Untung Berganda
trump memang cari pasal.
memang cari pasal la betul la budak gemuk nih.
huh.
Curahan rasa titan @ ..School’s OUT. Work still ON.
Daripada sokong Donald Trump, baik kita tengok kartun Donald Duck, boleh la terapi perut sekejap.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Skop Fungsi Dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Siasatan
Ketika umat islam seluruh dunia sibuk memboikot Yahudi dan Israil, umat islam di Malaysia masih berfikir nak boikot produk apa…
Curahan rasa Ikhwan @ ..Insentif Ace Untuk Uber Driver Capai Pendapatan Konsisten
Setakat ni sedang viral di group-grouo whatsapp.. mengajak seluruh umat islam di Malaysia memboikot McDonald..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
ya akan tiba masanya israel di kejar oleh islam dan bersembunyi di pohon-pohon dan kemenangan itu akan segera tercapai
Curahan rasa Bujang @ ..Mengapa Harus Menjadi Blogger?
Harapnya macam tu lah.. marolah kita sama-sama mendoakan… semoga doa umat-umat islam seluruh dunia akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Kita hanya mampu melihat dari jauh dan tidak mempunyai kuasa untuk mengangkat senjata bagi membantu mereka di sana…
Apa yang kita mampu hanya berdoa, buat solat hajat, dan memberikan sumbangan mengikut kemampuan kepada NGO-NGO tertentu seperti Aman Palestin dan Aqsa Syarif..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Serius… Dunia sekarang sudah menunjukkan tanda-tanda akhir zaman… Di sana-sini umat islam ditindas… Bagi pemimpin Islam yang mempunyai kuasa pula mereka saling berebut takhta…
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Pada hari ni, sebaik sahaja selepas selesai menunaikan solat Jumaat.. Kami telah beramai-ramai mengadakan solat hajat… Memohon supaya Allah melindungi Rakyat Palestin dan Masjid Al Aqsa daripada jatuh ke tangan Israel…
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Semoga Allah S.W.T terima doa dan usaha kami.. Juga usaha umat-umat Islam di seluruh dunia yang tidak jemu untuk mendoakan dari jauh…
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Semoga turun bantuan daripada Allah S.W.T sebagaimana burung-burung Ababil yang datang membantu menghancurkan tentera bergajah Abrahah di Mekah..
Curahan rasa Anuar @ ..Suami ku Seorang Cleaner Homestay ‘On Duty’
Ya Allah.. dalam saya masih risau hal duniawi tanpa sedar kurang fikir hal keagamaan. Ibadah yang dibuat pun lebih untuk diri sendiri. Semoga Allah.. menyelamatkan hati hati kita dari terus hanyut.. Terus berjuang dengan apa adanya…
Curahan rasa Suria lekatlekit @ ..DIARI BLOGGER KENA SAMAN.. UJIAN BUAT KU LAGI
Comments are closed.