Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 dan 2014 adalah tahun yang agak mencabar untuk blog Denaihati apabila domain Denaihati.com di ban oleh Facebook. Ramai pembaca yang kecewa apabila tidak dapat berkongsi entri dengan kawan-kawan facebook mereka. Hikmatnya lahirlah domain https://denaihati.com.my yang telah digunakan untuk perkongsian di sosial media. Kalau tanya kenapa kena ban, aku pun tak ada jawapan kerana semua email kepada Facebook tidak berjawab. Berbagai usaha telah dilakukan sehingga telefon terus kepada Facebook Singapore tetap tiada penjelasannya. Berbagai teori yang keluar tetapi semuanya tetap jadi misteri. Alhamdulillah November 2014 bulan yang sangat mengembirakan apabila Facebook tidak lagi ban domain Denaihati.com .. syukur kepada ALLAH.
Kenapa kisah apabila URL blog Denaihati kena ban oleh Facebook? Sebabnya sudah tentu ianya mempengaruhi jumlah trafik yang masuk ke blog kerana kuasa viral facebook sangat besar. Ujian itu adalah nikmat walaupun bermasalah dengan Facebook trafik blog Denaihati tetap meningkat lebih baik berbanding trafik blog 2013 tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan trafik blog 2012. Apa pun syukur kerana masih ramai pembaca yang yakin dengan blog Denaihati walaupun ada yang lari merajuk membawa diri.
Jumlah Trafik 2014
- Unique Visitors : 4,898,192
- Number of visits : 7,741,976
- Pageviews : 12,382,530
Kompisisi Trafik 2014
2014 memang tahun manis untuk blog Denaihati seperti tercatat dalam entri “2014 yang indah dalam kenangan” menjadi cabaran untuk bekerja lebih kuat untuk pencapaian yang lebih baik pada tahun 2015. Antara kenangan termanis selain mendapat anugerah MSMW adalah apabila trafik blog melonjak sehingga keangka 170k dalam sehari yang tidak pernah termimpi ketika awal menjadi blogger pada 2008. 10 entri trafik tertinggi ini adalah penyumbang terbesar kepada trafik keseluruhan blog untuk tahun 2014 dengan 10 carian keywords yang berbeza-beza.
Kali pertama menulis entri pertama pada 13/7/2008 tidak pernah terbayang pencapaian blog Denaihati akan sampai ketahap ini. Cabaran untuk meneruskan momentum pada tahun 2015 pasti lebih hebat untuk memastikan ianya bukan sekadar sebuah blog tetapi menjadi gedung ilmu yang bakal menjadi rujukan bukan sahaja PU Azman malah untuk insan seluruh alam.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung samada Team Denaihati, Rakan Blogger, Pembaca Setia, Penaja, Pengiklan, Rakan Sosial Media, Media Massa dan tidak dilupakan Keluarga yang sentiasa memberi sokongan. ALLAH juga yang akan membalasa jasa kalian.
Sudikan pasang aplikasi Denaihati di smartphone iOS atau Android anda untuk membaca entri terkini.
183 Comments
Hebatnya….trafik tinggi2….
Salute!
Kalaulah saya boleh jadi macam ni….
tahniah buat denaihati.com dan team denaihati network! kejayaan yang memberangsangkan…semoga terus maju di masa hadapan…
amat memberangsangkan, lagi hebat. insyaALLAH mesti dapat anugerah lagi. yeop pun nak berimpian tinggi untuk menjadi orang hebat seperti tuan.
doakan supaya tercapai impian. Aaminn
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Recommend Review: Mudahnya Beli Rumah
semoga tahun ini blog denai hati dan team denaihati akan lebih maju dan teruskan memberi..hehehe…tak keterlaluan aku cakap blog DH adalah salah sebuah blog yang boleh dijadikan penanda aras bagi blog lain untuk berjaya..
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Cara Pasang Whatsapp Share Button di Blog
Syukur alhamdulillah. Semoga di tahun baharu 2015 akan bakal melakar sejarahnya tersendiri ya DH ;
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Nur Syafiqa Mangsa Torehan Perompak Selamat Bernikah
tahniah, semoga 2015 menjadi lebih maju lagi dan meningkatkan lagi prestasi blog ini..:D
Curahan rasa reezluv @ ..Laksa Padang Polo
alhamdulillah. memang hebat blog tuan denaihati nih. blog tuan denaihati antara senarai blog idola fyna. teringin menambahbaik blog fyna sendiri untuk tahun ini. cemburu tengok trafik dari blog tuan denaihati ini. rasa nak curi je sikit. hehehe….
wahh, banyak betul trafik, tp yang paling terbaik adalah pelawat majoriti datang dari mobile user, ini menunjukkan website ni mesra mobile
Curahan rasa myrujukan @ ..Attenuator Perodua Viva Rosak Dan Perlu Di Ganti
terbaik a trafik hehe… btw kalau ada fan pages yang besar xde masalah nak tarik trafik tinggi 🙂
Curahan rasa Mohd Rasul @ ..Tempat Menarik Di Selangor Untuk Dilawati
Alhamdulillah tahun ni manfaatkan sepenuh lah fb fan page…harap semunya berjalan lancar
Curahan rasa Denaihati @ ..Perasmian Energizer Power of Giving
170k.. angka yang sangat mantap tuan. Bersyukur sangat saya kalau dapat trafik macam tu. 🙂
Curahan rasa Hafiz Rahim @ ..Dugong Kembali Berkilat
InsyaAllah bro pun boleh capai satu hari nanti tu. Azam 2015 kot….
Curahan rasa Denaihati @ ..Carian Google paling popular 2014
Tahniah di atas pencapaian trafik blog Denaihati yang cukup hebat.. semoga trafik blog Denaihati akan terus meningkat pada tahun 2015..
Curahan rasa anuar @ ..Hobi terbaru isteri saya, cantik tak? (Bahagian 50 dan 51)
semoga trafik blog coretananuar juga akan terus meningkat pada tahun 2015..
Curahan rasa Denaihati @ ..AirAsia Surabaya ke Singapura Hilang
Tahniah kepada blog denaihati, satu pencapaian yang sangat menakjubkan dan tahun 2015 ni semoga blog saya juga akan semakin melangkah ke hadapan.
Curahan rasa Imran @ ..Tahun baru 2015
Mudahan blog bro juga lebih sukses 2015 ni. InsyaAllah kita gerak bersama-sama boleh…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..2014 yang indah dalam kenangan
Satu pencapaian yg sangat baik. Dan kejayaan yg diperolehi bukan memakan masa yang singkat. Semoga 2015 menjadi tahun yang lebih baik buat denaihati dan blog picisan seperti blog aku. harap mendapat tempias dari trafic yang melimpah blog denaihati…
Curahan rasa Wira Merah @ ..Selamat Tahun Baru 2015
Mudahan blog wiramerah juga lebih sukses 2015 ni. InsyaAllah kita gerak bersama-sama
Curahan rasa Denaihati @ ..2015 selamat melangkah dengan azam baru
Nampaknya semakin banyak kejayaan dan pencapaian hebat jenama Denaihati setiap tahun….. saya juga dapat tempias trafik blog ini semasa bulan ramadhan tempohari – selain trafik lebih baik setelah menghadiri kelas wordpress team Denaihati
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..Restoran Marhaba Sunway jadi tempat makan menarik seisi keluarga
Alhamdulillah. terima kasih juga beri sokongan bukan kat sini je, masa event2 besar juga.
Curahan rasa Denaihati @ ..2015 selamat melangkah dengan azam baru
Sememangnya tahun yang indah buat Denaihati. Berdasasrkan trafik 2014, nampaknya ramai yang membaca menggunakan mobile.
Trend ini saya perasan sejak 2014 lagi, dan mungkin akan mendominasi sepanjang 2015. Denaihati terpaksa tambah satu lagi button share – WhatsApp share. Mungkin akan double trafik tahun depan 🙂
Curahan rasa Laman Kerjaya @ ..Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2015 Pada Bulan Januari
terima kasih, idea yg sangat bagus ni, mungkin boleh dipertimbangkan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Buktikan Cinta Kepada Rasulullah SAW
Comments are closed.