Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, 2013 dan 2014 adalah tahun yang agak mencabar untuk blog Denaihati apabila domain Denaihati.com di ban oleh Facebook. Ramai pembaca yang kecewa apabila tidak dapat berkongsi entri dengan kawan-kawan facebook mereka. Hikmatnya lahirlah domain https://denaihati.com.my yang telah digunakan untuk perkongsian di sosial media. Kalau tanya kenapa kena ban, aku pun tak ada jawapan kerana semua email kepada Facebook tidak berjawab. Berbagai usaha telah dilakukan sehingga telefon terus kepada Facebook Singapore tetap tiada penjelasannya. Berbagai teori yang keluar tetapi semuanya tetap jadi misteri. Alhamdulillah November 2014 bulan yang sangat mengembirakan apabila Facebook tidak lagi ban domain Denaihati.com .. syukur kepada ALLAH.
Kenapa kisah apabila URL blog Denaihati kena ban oleh Facebook? Sebabnya sudah tentu ianya mempengaruhi jumlah trafik yang masuk ke blog kerana kuasa viral facebook sangat besar. Ujian itu adalah nikmat walaupun bermasalah dengan Facebook trafik blog Denaihati tetap meningkat lebih baik berbanding trafik blog 2013 tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan trafik blog 2012. Apa pun syukur kerana masih ramai pembaca yang yakin dengan blog Denaihati walaupun ada yang lari merajuk membawa diri.
Jumlah Trafik 2014
- Unique Visitors : 4,898,192
- Number of visits : 7,741,976
- Pageviews : 12,382,530
Kompisisi Trafik 2014
2014 memang tahun manis untuk blog Denaihati seperti tercatat dalam entri “2014 yang indah dalam kenangan” menjadi cabaran untuk bekerja lebih kuat untuk pencapaian yang lebih baik pada tahun 2015. Antara kenangan termanis selain mendapat anugerah MSMW adalah apabila trafik blog melonjak sehingga keangka 170k dalam sehari yang tidak pernah termimpi ketika awal menjadi blogger pada 2008. 10 entri trafik tertinggi ini adalah penyumbang terbesar kepada trafik keseluruhan blog untuk tahun 2014 dengan 10 carian keywords yang berbeza-beza.
Kali pertama menulis entri pertama pada 13/7/2008 tidak pernah terbayang pencapaian blog Denaihati akan sampai ketahap ini. Cabaran untuk meneruskan momentum pada tahun 2015 pasti lebih hebat untuk memastikan ianya bukan sekadar sebuah blog tetapi menjadi gedung ilmu yang bakal menjadi rujukan bukan sahaja PU Azman malah untuk insan seluruh alam.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung samada Team Denaihati, Rakan Blogger, Pembaca Setia, Penaja, Pengiklan, Rakan Sosial Media, Media Massa dan tidak dilupakan Keluarga yang sentiasa memberi sokongan. ALLAH juga yang akan membalasa jasa kalian.
Sudikan pasang aplikasi Denaihati di smartphone iOS atau Android anda untuk membaca entri terkini.
183 Comments
Syabas dan tahniah tuan DH.. Semoga terus maju pada masa depan kelak.
Curahan rasa Rara Zack @ ..Kucing Hilang – Labu
Semoga terus maju dan dapat berkongsi lebih banyak lagi 😀
Curahan rasa Anis Nasuha @ ..Promosi Januari 2015
blogger yg nak berjaya kena kreatif mcm DH.. insyaallah kalau rajin berusaha dpt la hasilnya
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Banjir Kelantan 2014
Takpe ade hikmahnye. Semoaga denaihati terus sukses.
kagum tgk pageview byk gile hehehe. Hebat2
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
Aminn. terima kasih. semoga blog bro pun terus maju jaya 2015 ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Trafik blog 2014 dalam kenangan
Wow banyaknya UV. Bestnya kalau dapat capai UV sebanyak itu. Insha Allah sasaran 2015 nak UV 7angka.
Curahan rasa razis @ ..Bisnes: Orang Muda Mula Berniaga
hebatlah blog denaihati ni, setahun je uv dah 4 juta… fuh, memang sangat sangat hebat…
Curahan rasa Alongxp @ ..Harga advertorial saya berapa?
Hebatkannn. 4 juta kot hahah kagum2. Kne belajar ni waaaa nak gak uv byk2 heheh
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
Alhamdulillah semua atas usaha Denaihati dan boleh di contohi kepada kita semua untuk dapat yang terbaik perlu ada usaha yang kuat dan berterusan..
Syabas Denaihati!
Curahan rasa ohpilihanku @ ..” Impak Keyboard Warrior Dalam Komuniti Masyarakat Boleh Menghuru hara kan Negara
Alhamdulillah, berkat usaha team denai hati memang layak mendapat trafik seperti ini. dulu saya silent reader je, pelik jugak kenapa blogger ni suka kongsi macam-macam. Tapi lama-lama baru faham. Hidupkan untuk memberi..
Curahan rasa Zehn Ali @ ..Hidup Ini Indah
Alhamdulillah setuju ngan kata2 itu. Sharing2 ni best.
hidup untuk memberi. InsyaAllah kite pon boleh
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
Wahm hebat hebat..Memang hebat.. Alhamdulillah saya yakin niat baik team Denaihati dalam dunia blogger Allah balas dengan hasil sebegini hebat. Saya memang suka follow dan baca setiap entri dari team denai hati.. Tahniah team hebat Denaihati! ^_^
Curahan rasa Nor Hafizah @ ..Rahsia Usahawan Berjaya Pikat Pelanggan dengan ‘5 Lampu Ajaib’ yang Perlu Anda Bongkar
Aminn. dan terima kasih sentiasa beri sokongan. semoga kita semua terus sukses.
Curahan rasa Denaihati @ ..2014 yang indah dalam kenangan
tahnyah atas prestasinya semoga di tahun hadapan makon berjaya dan berbagi inmu dapat pahala… amin
Selamat atas pencapaian pak cik. semoga sukse selalu dan kita semua berjaya untuk tahun 2015
wah,banyaknya trafiknya! teruskan usaha untuk tahun ini. saya sentiasa follow blog ni
Curahan rasa Syami @ ..Tutorial Cara Tukar Domain Blogspot Guna GoDaddy
Yeah teruskan usaha team denaihati. Kami pembaca tegar. Suke dengan sharing dr denaihati
Curahan rasa Leyha @ ..Pengedar Shaklee Wangsa Maju : Selamat Tahun Baru
bilion terima sbb sentiasa menyokong, mudahan kita semua turut lebih sukses nanti
Curahan rasa Denaihati @ ..2015 selamat melangkah dengan azam baru
Tingginya jumlah trafik yang masuk blog Denaihati ini ye. Semoga tahun ini lebih berjaya dan terus maju lagi. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ
unique visitors sampai 4 juta.! hebat hebat!! boleh terpukau para pengiklan. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Pengalaman Banjir Kelantan 2014
Memang hebat sungguh kan! Teringin nak dapat trafik tinggi jugak macam blog Denaihati ini. Hehe ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ
Wow hebat trafiknya. Semoga tahun 2015 lebih baik daripada tahun yang sebelumnya.
Curahan rasa Calrase Patrick @ ..Pakar SEO Terkenal di Dunia
Memang sangat hebat sekali team Denaihati ini. Trafik tahunan pun banyak sangat kan. ;D
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ
Aminnn. mudahan doa dr kawan-kawan makbul 2015 ni. dan moga blog kekawan juga terus maju.
Curahan rasa Denaihati @ ..Buktikan Cinta Kepada Rasulullah SAW
Comments are closed.