Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama Blogger Ariffshah tidak berkongsi ilmu di blog ini mungkin sibuk dengan status baru sebagai suami dan kerjaya baru. Alhamdulillah setelah dipujuk sempat juga blogger kacak ini menulis sebaris dua yang boleh dijadikan panduan untuk rakan blogger. Jom kita baca cara untuk meningkatkan kredibiliti menulis blog dari sudut pandang Ariff Shah.
Sebagai blogger, apakah yang perlu dititik beratkan pada tahun 2014 ni? Ini adalah senarai saya.
1. Gunakan tema blog responsive.
Boleh kata 90% pengguna sekarang ada smartphone dan internet data. Majoriti daripada kita gunakan social media dan internet setiap hari melalui smartphone. Rugi besar kalau blog kita masih lagi menggunakan template lapuk non-responsive yang tidak berubah saiz bergantung kepada skrin paparan gadget.
Seperti yang saya terapkan dari dulu lagi tentang pembangunan blog, pastikan blog yang dibina mudah untuk diakses oleh pembaca. Kalau sekali pembaca rasa susah nak masuk blog dengan menggunakan gadget mereka sebab template berat, sampai bila-bila persepsi tersebut melekat pada kita.
Tema baru blog Ariff Shah dihasilkan menggunakan framework Genesis daripada StudioPress. Framework ni paling popular sekarang. Dihasilkan dalam masa 1 hari sahaja.
2. WordPress atau Blogspot?
Pada saya takde beza asalkan tahu guna. Banyak je laman yang hebat-hebat dihasilkan di atas platform Blogspot. Cuma kalau guna WordPress lagi senang sebab banyak developer hebat yang cipta template/plugin untuk WordPress. Pilih, bayar sikit dan guna je.
Dan untuk pengguna WordPress, banyak je seminarnya seperti yang dibuat oleh team Denaihati tahun lepas. Boleh belajar dari tahap beginner hingga advance.
3. Networking
Pasaran untuk blogger luas. Mungkin korang rasa korang rajin pergi event dan dah kenal semua orang, tapi sebenarnya ramai lagi orang lain yang korang belum kenal dan mampu dapatkan income >5k sebulan dengan hanya pergi event dan tulis advertorial.
Know the right people, make a lot of friends dan kemungkinan korang akan upgrade ke tahap yang lebih baik daripada sekarang.
4. Elakkan iklan yang menjengkelkan
Baru-baru ni semakin banyak syarikat pengiklanan dari luar masuk Malaysia contohnya macam H12. Cuma satu yang saya tak berkenan dengan H12 ni ialah iklannya yang sangat annoying. Iklan pop up dan potong bikini mereka langsung tak profesional.
Walaupun benda ni takde efek di mata advertiser lain, imej blogger yang gunakan iklan annoying macam ni akan jatuh di mata pembaca dan blogger lain. Takde orang suka iklan dan orang lagi benci iklan yang menyakitkan mata.
Apa-apa pun, terpulanglah kepada mereka yang nak meneruskan penggunaan iklan ini. Saya hanya menasihat, your blog, your rule.
5. Terakhir, define your blog. Cari niche anda, apa yang anda dan pembaca anda minat? Dari situ lebih mudah nak berkembang sebab dah ada matlamat menulis blog. Tahun 2014 bukan lagi tahun untuk menulis blog secara suka-suka. Kalau betul-betul nak buat income, maka anda perlu lebih serius dan fokus.
Semoga tahun ini dapat melahirkan lebih ramai lagi blogger yang hebat-hebat. Pasaran pengiklanan blogger di Malaysia ni masih lagi berkembang sebab semakin banyak syarikat mula memandang pengiklanan blog dengan lebih serius, jadi ada banyak lagi ruang dan peluang untuk direbut.
Good luck!
Bagaimana pula cara anda???
150 Comments
Perkogsian yang berguna ni. Banyak kena belajar lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Sambilan Boleh Atasi Masalah Kewangan
Terima kasih Ariff Shah sebab sudi menulis artikel yang sangat bermanfaat..rasa macam terbuka sikit apa yang ada dalam fikiran ni..yup..tahun ni tahun buat duit dengan blog..hehe
Curahan rasa Hafizul @ ..Duit Gaji Tak Pernah Cukup???
Betul tu. kena usaha lagi dan lagi.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Kerja Sambilan Boleh Atasi Masalah Kewangan
Point pertama itu Khai sgt2 setuju.. responsive template amatlah penting skarang nie.. jadi perlu ambik kisah.
Curahan rasa SeriusBlogger @ ..2 Teknik Skodeng Bagi Blogger Baru
makasih sekali untuk tipsnya, ini semoga menjadi bermanfaat bagi saya
Curahan rasa bestagaric @ ..Mengatasi Penyumbatan Pembuluh Darah
yes… tahun 2014 tahun untuk meningkatkan prestasi blog.
wajib kerja gigih untuk ke arah itu…
terima kasih kerana mengingatkan 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Terlepas tidak bermakna selamat
Saya masih mencari arah. Banyak sangat alasan yang diberi itulah yang menyekat kejayaan sebenarnya.
Curahan rasa JunAina @ ..Ais Kacang – Nikmat
Terimakasih artikelnya, sangat bermanpaat sekali membuat ilmu pengetahuan saya bertambah lagi nihh, Saya tunggu informasi berikutnya…
tq info nya… pncerahan nihhh.. 🙂
Curahan rasa Aman @ ..Perampok Mengganas di Medan, Toke, Bank, dan Nasabah Jadi Sasaran
Terimakasih banyak atas informasinya, informasinya sangat berguna bagi kami karena membuat pengetahuan kami bertambah lagi…
Memang sekarang masa yang sesuai untuk tukar theme dari tak responsive kepada responsive.
Curahan rasa saimi @ ..Pengaruh daripada AuthorRank
Long time i never network with bloggers but your tips are right!
Wilson
Curahan rasa Wilson Ng @ ..Central Festival Mall Hatyai
terima kasih untuk tips berguna ni…akan cuba aplikasikan..:D
hoho..dah lama tinggalkan dunia blogging ni..
Curahan rasa Wanmus @ ..Meeting di Office Google Malaysia
satu perkongsian yang menarik. terimakasih
Assalamu’alaikum. Salam sejahtera buat anda, trims artikelnya ya, masih bingung dengan poin nomor satu tentang bagaimana pasang template yang responsive ?
Curahan rasa mulyonoqu @ ..Makanan Penyubur Kandungan
Comments are closed.