Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, untuk pertama kali Blogger Melastik Bintang yang terkenal dikalangan rakan blogger sebagai blogger parenting diberi ruang untuk berkongsi tips blogging di sini. Kemahiran teknik berblog secara online dan offline mesti ada untuk semua blogger tanpa mengira niche. Jom lah kita baca apa yang nak disampaikan oleh MB.
Ranking Alexa merupakan perkara yang sering menjadi topik bualan blogger selain berbicara tentang SEO, WordPress, WordPress Security, Content Post dan pelbagai lagi isu tentang teknikal blog. Bagi aku ranking Alexa penting dalam menjenamakan dan memantapkan lagi blog anda dan adakalanya ranking Alexa ini memberikan impak yang besar terhadap para pengiklan di luar sana.
Aku masih ingat lagi seawal aku mula-mula melibatkan diri di dalam blogging, apa yang sering aku lihat di blog blogger blogger, di laman media sosial dan malah perbincangan di luar juga akan menyentuh isu ranking Alexa. Waktu itu aku masih lagi segar dalam dunia blog profesional dimana aku masih kurang memahami apa itu ranking Alexa. Persoalannya ialah penting ke ranking Alexa ni? Bagaimana hendak menaikkan ranking Alexa ? Untuk mendapatkan jawapan tersebut, blog denaihati.com juga ada berkongsi bagaimana hendak meningkatkan ranking Alexa di Malaysia.
Siapa Alexa
Alexa merupakan pembekal terkemuka web metrik global yang percuma. Carian Alexa adalah untuk mencari laman web yang paling berjaya di web dengan kata kunci, kategori, atau negara. Sumber dari Alexa.
Daripada definisi tersebut dan bantuan penerangan dari rakan rakan blogger yang lain aku mulai faham maksud sebenar ranking Alexa secara teori dan praktikalnya. Bermula dari saat itulah aku mula berusaha untuk menaikkan ranking Alexa blog aku untuk mencapai tahap yang lebih baik. Pelbagai teknik sudah aku aplikasikan pada blog aku untuk melihat hasilnya. Alhamdulillah setelah beberapa bulan melakukan beberapa teknik, tahap ranking Alexa blog aku mula menunjukkan sesuatu yang positif. Ranking Alexa blog aku pernah mencapai 400 ke bawah di dalam Malaysia. Di bawah aku kongsikan beberapa teknik untuk mendapatkan bacaan Alexa yang baik.
Semak Ranking Alexa Blog Anda
Bagaimana menaikkan Ranking Alexa blog :
1. Gunakan Alexa Toolbar Pada Blog Anda
Alexa hanya memfokuskan pada laman-laman web yang berada di bawah pemantauan mereka, menfokuskan bermaksud diutamakan berbanding blog yang tidak menggunakan widget Alexa Toolbar. Tidak bermakna jika anda tidak menggunakan Alexa Toolbar tersebut, blog anda tidak dipantau Alexa. Tujuan utama memasang widget Alexa Toolbar ini adalah supaya Alexa dapat mengesan kedudukan blog / laman web anda. Anda boleh muat turun di Alexa Toolbar.
2. Memberi Backlink Kepada Alexa
Wujudkan pautan balik (backlink) ke Alexa dengan menulis tentang Alexa dan membuat post di blog anda seperti apa yang aku lakukan dalam artikel Kenali Alexa. Pelbagai jenis topik atau informasi yang anda boleh ceritakan. Seperti apa yang aku lakukan dahulu dimana aku menceritakan beberapa perkara yang kita boleh dapat dari Alexa, jangan lupa juga selitkan pautan balik (backlink) di dalam artikel anda. Secara tidak langsung dapat mendekatkan blog anda dengan Alexa.
3. Perlu Mengemaskini Blog Anda
Kekerapan menghasilkan artikel dalam blog anda amat memberi kesan kepada kedudukan Alexa blog anda. Ada yang turut mengatakan kekerapan menghasilkan artikel di blog juga mempengaruhi tahap ranking blog anda. Pada pandangan aku jika anda mengemaskini blog anda dengan kerap, anda akan mendapat kedudukan ranking yang lebih baik, tetapi sebagai blogger anda harus memahami konsep ranking Alexa iaitu jika sekali ranking Alexa anda turun ( Nilai membesar), agak sukar juga untuk menaikkannya kembali ( Nilai mengecil).
Apa yang aku pernah alami dahulu telah membuktikan bahawa memang benar kekerapan kita menghasilkan artikel di blog mempengaruhi tahap ranking Alexa. Salah satu cabaran bergelar blogger ialah bagaimana anda hendak mengekalkan momentum menghasilkan artikel setiap hari. Blog denaihati.com juga menjadi rujukan aku , kerana blog ini dapat meningkatkan ranking Alexa dengan cepat dan mengekalkan prestasi yang baik dengan melakukan beberapa cara tingkatkan ranking alexa .
4. Menulis Artikel Yang Berkualiti
Faktor ini juga memberi kesan kepada ranking blog anda, artikel yang berkualiti dan mempunyai isi kandungan yang unik dapat membantu anda untuk mendapatkan kedudukan ranking Alexa yang baik. Jangan biasakan menulis seperti ‘Melepaskan Batuk Di Tangga‘ sahaja kerana setiap penulisan mencerminkan identiti dan sikap anda sebagai blogger dan penulis. Ambil masa untuk menulis sesuatu artikel dan kalau boleh lakukan kajian, cari maklumat tambahan sebagai bahan penulisan artikel kita nanti. Pendek kata persediaan sebelum menulis amat penting untuk menghasilkan artikel yang bermanfaat.
5. Optimasikan Media Sosial Anda
Banyak kelebihan berkongsi artikel anda di rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Digg, Stumbleupon, Twitter, Linkdin dan lain-lain. Ia bukan sahaja akan membawa sejumlah besar trafik ke blog anda, tetapi juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan ranking Alexa anda. Gunakan juga teknik variasi dalam menghebahkan artikel anda di media sosial seperti teknik Video Sharing,Photo Sharing, RSS Feed,Chat Room, Forum atau anda boleh membuat satu aplikasi blog anda menggunakan Android atau iOS seperti Aplikasi Android dan iOS Denaihati .
Klout juga memainkan peranan penting dalam cabang media sosial kerana sesetengah pengiklan memandang kepada nilai Klout anda. Aku pernah berurusan dengan pengiklan yang mengutamakan nilai Klout blogger, semakin tinggi Klout anda semakin tinggi bayaran yang anda bakal terima. Klout merupakan salah satu saluran media sosial yang mengukur betapa kuatnya pengaruh media sosial anda. Tidak dinafikan 60% jumlah trafik blog adalah datangnya dari Media Sosial.
In Syaa Allah, jika dipraktikkan teknik di atas bacaan ranking Alexa blog anda akan menunjukkan bacaan yang baik. Banyak lagi teknik yang boleh diamalkan oleh blogger dan jika ada peluang lagi aku akan kongsikan dengan pembaca. Lain orang lain cara yang diamalkan, tetapi inilah cara yang aku amalkan sehinggalah ranking Alexa blog aku pernah mencapai 388 di dalam Malaysia dalam masa yang singkat. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dan blogger di luar sana.
160 Comments
kalau ranking blog alexa naik, apa bisa berpengaruh di google ?
Curahan rasa TIM @ ..Tas Import Murah GD389K
aduh aku belum punya alexa lagi maklum blog baru pengunjungnya juga sedikit setiap harinya
Curahan rasa Al Najwa @ ..MENJAUHI ORANG-ORANG YANG SUKA GHIBAH
sebenarnya saya tak pernah bagi baklinks kpd alexa. patut la alexa tak suka saya
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
mari baik-baik dengan alexa siapa tahu ia baik juga kepada blog kita dengan memberi angka yang rendah
Curahan rasa Al Najwa @ ..MENJAUHI ORANG-ORANG YANG SUKA GHIBAH
alexa ranngking blog saya memang tak konsisten. kejap naik kejap turun
Curahan rasa nikkhazami @ ..Google Doodle Mokhtar Dahari
tips yang diberikan ni kalau tak di implement di blog kita memang rugi..ranking alexa sangat penting untuk pengaruh blog kita
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of ZTE Grand Xmax
betul tu ia memang salah satu cara utk tahu di mana kedudukan blog kita
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
Cakap serupa bikin… Inilah yang sebenar2nya. Tips diberi oleh mereka yang telah terbukti berjaya!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan – International Day for Disaster Reduction (IDDR)
Tapi saya yakin, masih ada lagi tips-tips yang masih belum didedahkan… Maklumlah, nanti lawan tokey… hehe
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Hari Antarabangsa Untuk Mengurangkan Kemusnahan – International Day for Disaster Reduction (IDDR)
sebab tu kena selalu buat research. kena banyak google dan cari tips berguna
Curahan rasa nikkhazami @ ..Senarai Pemenang Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2014
susah ya kalau mau jadi blogger yang baik banyak hal yang harus dikerjakan memang kejayaan bukan hal yang mudah lagi
Curahan rasa Al Najwa @ ..MENJAUHI ORANG-ORANG YANG SUKA GHIBAH
Baru tahu klout juga mempengaruhi trafik blog. Lepas ni dah boleh pelan-pelan cuba tingkatkan trafik blog melalui klout pula. Thanks tuan DH.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
aahlah…nak tryla klout ni..macam best je..macam syok je…mana tahu boleh tingkatkan uv lagi
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Nak menghasilkan penulisan yang berkualiti dalam blog pun bukan senang. Semua benda kena belajar. Akan diusahakan untuk mencipta penulisan yang kreatif ! 🙂
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
artikel berkualitas inilah yang menjadi masalahnya harus belajar banyak dan berguru kepada blogger hebat untuk mendapatkan keahlian kita sendiri
Curahan rasa Al Najwa @ ..MENJAUHI ORANG-ORANG YANG SUKA GHIBAH
tahniah denaihati kerana ranking alexa semasa 25,575 dalam dunia dan ke 95 di Malaysia..hebat betul..hehehe
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Specs of Samsung Galaxy Ace Style LTE
Terbukti blog tuan DH bukan calang-calang blog. Tahniah tuan DH atas kerja keras selama ini.
Curahan rasa Syaza Nazurah @ ..Cabaran ke-2 iPhone 5s yang sememangnya sengit
wajarlah kalau melihat usaha denaihati yang berterusan dan begitu bagus teamworknya semua jago menulis
Curahan rasa Al Najwa @ ..MENJAUHI ORANG-ORANG YANG SUKA GHIBAH
Tips 1 : Ya! Inilah cara bodek yang paling berkesan. Kalau nak menjadi perhatian kenalah letak produk mereka… Perkara wajib ni!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
Tips 2 : Ini juga cara bodek yang memberikan kesan yang amat besar! Semakin banyak backlink diberi semakin kita mendapat perhatian Alexa!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
Tip 2 : Benar! Semakin banyak banyak kita berikan backlink, semakin sayang Alaexa kepada kita!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
ni dah macam nuffnang. kena banyak bdek baru dapat kelebihan. haha.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Google Doodle Mokhtar Dahari
bila hari-hari tengok ranking alexa ni macam lambat je dia nak turun..hehehe..harap dapat capai bawah sejuta la dalam sebulan ni..
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Full Spec of Huawei Honor 4 Play
amin. kalau sentiasa update blog dan ada viewers ramai memang tak mustahil
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Ranking Alexa blog kita memang penjadi kayu pengukur atau penjana semangat kita untuk terus memperbaiki kekurangan di blog kita
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Jika kita punya semangat dan aktif serta konsisten dalam aktiviti blogging, Alexa dengan sendirinya akan turun. Ditambah pula melakukan beberapa teknik, maka makin cepatlah!
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Dapat Iklan CPUV Nuffnang! Ada 28 On Going!
Comments are closed.