Perlu Ke Unlimited Storage Hosting Untuk WordPress Anda?

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Tulisan terbaru beliau “Antara Iklan Pop Up atau Tidak” juga mendapat sambutan daripada pembaca. Kali ini Ariffshah menjawab soalan yang menarik tentang keperluan Unlimited Storage Hosting yang menjadi persoalan ramai Blogger. Semuga tajuk yang menarik ini dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….

Jawapan pendek saya – TAK PERLU

Unlimited storage hosting yang dimaksudkan ni adalah akaun hosting yang tidak mempunyai had dari segi ruang simpanan data. Kepada yang masih menggunakan Blogger/Blogspot, hosting anda ditaja oleh Google, jadi anda tidak perlu fikir tentang semua ini. Tapi kalau nak berpindah ke WordPress, anda memerlukan sebuah akaun hosting untuk kegunaan simpanan fail (gambar, html, css dsb.) dan WordPress itu sendiri.

Serverfreak baru sahaja upgrade plan mereka

Apa yang lebih penting ialah untuk kita mengelakkan diri daripada menggunakan pakej hosting yang menawarkan unlimited storage. Hal ini adalah untuk mengelakkan risiko-risiko lain yang datang dengan kelebihan unlimited storage tersebut.

Antara risiko yang dimaksudkan ialah:

  1. Unlimited storage membolehkan pengguna lain meletakkan seberapa banyak yang mungkin laman web mereka dalam server yang sama. Ini meninggikan risiko jangkitan malware yang seterusnya mengancam keselamatan WordPress site anda.
  2. Pengguna lain yang menyalahgunakan storage (untuk kegunaan laman torrent misalnya) berisiko mendapat serangan penggodam (hackers). Laman web lain yang disimpan di dalam server yang sama akan turut terjejas daripada serangan ini.
  3. Hardware yang digunakan oleh server dengan unlimited storage ini berkemungkinan besar adalah berkualiti rendah dan lama untuk menjimatkan kos mereka memberikan kelebihan unlimited storage. Dalam hal ini, pengguna menghadapi risiko hardware failure.

Kepada yang ingin berpindah dari Blogger/Blogspot ke WordPress, saya cadangkan anda memilih salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan hosting ini (termasuk Serverfreak). Link

Pemilihan hosting ini penting untuk mengelakkan pening yang berpanjangan nanti.

Jangan salah pilih ok?

 

99 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!