Perlu Ke Update Blog Dengan Terlalu Kerap?

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, masih ingat lagi tulisan kontrovesi Ariffshah bertajuk “Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak” yang menjadi perdebatan hebat dengan komen-komen yang berkualiti daripada beberapa pakar SEO yang boleh dijadikan panduan kepada Rakan Blogger baru dan lama (rugi kalau tak baca). Kali ini Ariffshah sekali lagi membawa tajuk yang menarik untuk dijadikan panduan kepada Rakan Blogger. Joom baca ….

Saya tertarik dengan artikel terbaru di ProBlogger.net bertajuk How Often Should You Blog. Ada kebenaran di sebalik entri tersebut. Mari kita bincangkan sedikit tentang topik ini.

 Kerap Update Blog

Kebaikan update blog dengan kerap:

  • Efek yang sangat positif kepada SEO. Blogger baru sangatlah digalakkan untuk mengemaskini blog sekurang-kurangnya sekali sehari supaya trafik dan bot/spider dari search engine boleh masuk dan index blog anda. Dua blog yang saya nampak sendiri berjaya dengan teknik ini adalah blog Abang EnsemSweetKurma dan of course blog saya sendiri 😛
  • Trafik banyak masuk. Yang ni khas untuk blogger yang ada platform income yang sesuai. Apa yang saya maksudkan dengan platform income ini ialah kalau ada kempen iklan CPM/Buffered Earning tengah jalan kat blog. Contoh blogger yang berjaya dengan teknik ini adalah Kid dan Eyriqazz.
  • Dapat meningkatkan bilangan pembaca dengan cepat. Asalkan apa yang ditulis kena dengan selera pembaca, cara ni memang efektif untuk menambahkan bilangan pembaca setia blog anda dengan cepat.

Secara peribadi, saya kurang berminat dengan teknik update terlalu kerap kerana:

  • Kekurangan idea. Nak update dengan kerap ni kena ada banyak idea, terutamanya kalau pembaca di blog anda sukakan pembacaan yang ada input dan mungkin sedikit berilmiah. You have to respect that.
  • Kekurangan masa. Sebab dah bekerja sekarang, saya hanya mempunyai masa selepas kerja untuk update blog.

Jarang Update Blog

Okay. Bagaimana pula dengan mereka yang jarang update blog? Jangan ingat kalau jarang update blog adalah sesuatu yang tak bagus. Kadang-kadang, ada manfaatnya juga.

  • No stress. Mereka yang kurang kerap update blog ni boleh ikut kelapangan mereka sendiri. Tiada gesaan, tiada bebanan. Dengan itu, penulisan yang lebih berkualiti dapat dihasilkan.
  • Penulisan berkualiti. Bandingkan kerja yang dilakukan dalam masa yang singkat dengan sesuatu yang dilakukan dalam masa yang mencukupi. Pastilah entri yang ditulis dalam masa yang cukup itu lebih berkualiti kan?
  • Orang sempat baca ke? Anda kena ingat, bukan semua pembaca anda mempunyai masa yang lapang seperti anda untuk membaca setiap update yang dikeluarkan (sekiranya terlalu kerap). Akhirnya nanti, ada update yang tak sempat dibaca oleh sesetengah orang sebab terlalu banyak dan ini merugikan anda kerana update tadi tak mendapat bilangan pembaca yang sepatutnya anda dapat.

Cuma sebelum anda membuat keputusan untuk mengurangkan bilangan kemaskini blog yang dilakukan, anda perlu mengambilkira kesan sekiranya negatif daripadanya:

  • Kurang income. Kurang update, kurang orang baca dan kurang income.
  • Malas. Kalau dah lama tak update blog, lama-lama anda sendiri akan berasa malas nak update dan akhirnya berhenti terus menulis.
  • Kehilangan pembaca. Ada pembaca yang suka membaca kemaskini blog terbaru daripada anda. Jadi bila dah kurang update, mereka semakin jarang masuk blog anda dan akhirnya blog anda akan dilupakan terus.

Jadi itulah sedikit sebanyak huraian yang dapat saya berikan dalam entri ini. Harap dapat membantu blogger di luar sana untuk membuat keputusan tentang arah blog anda dan kekerapan blog anda dikemaskini.

Entri ini akan diletakkan di dalam eBook terbaru saya dan akan dihuraikan dengan lebih mendalam lagi.


Spread the love

271 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!