Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, sudah lama Blogger Ariffshah tidak berkongsi ilmu di blog ini mungkin sibuk dengan status baru sebagai suami dan kerjaya baru. Alhamdulillah setelah dipujuk sempat juga blogger kacak ini menulis sebaris dua yang boleh dijadikan panduan untuk rakan blogger. Jom kita baca cara untuk meningkatkan kredibiliti menulis blog dari sudut pandang Ariff Shah.
Sebagai blogger, apakah yang perlu dititik beratkan pada tahun 2014 ni? Ini adalah senarai saya.
1. Gunakan tema blog responsive.
Boleh kata 90% pengguna sekarang ada smartphone dan internet data. Majoriti daripada kita gunakan social media dan internet setiap hari melalui smartphone. Rugi besar kalau blog kita masih lagi menggunakan template lapuk non-responsive yang tidak berubah saiz bergantung kepada skrin paparan gadget.
Seperti yang saya terapkan dari dulu lagi tentang pembangunan blog, pastikan blog yang dibina mudah untuk diakses oleh pembaca. Kalau sekali pembaca rasa susah nak masuk blog dengan menggunakan gadget mereka sebab template berat, sampai bila-bila persepsi tersebut melekat pada kita.
Tema baru blog Ariff Shah dihasilkan menggunakan framework Genesis daripada StudioPress. Framework ni paling popular sekarang. Dihasilkan dalam masa 1 hari sahaja.
2. WordPress atau Blogspot?
Pada saya takde beza asalkan tahu guna. Banyak je laman yang hebat-hebat dihasilkan di atas platform Blogspot. Cuma kalau guna WordPress lagi senang sebab banyak developer hebat yang cipta template/plugin untuk WordPress. Pilih, bayar sikit dan guna je.
Dan untuk pengguna WordPress, banyak je seminarnya seperti yang dibuat oleh team Denaihati tahun lepas. Boleh belajar dari tahap beginner hingga advance.
3. Networking
Pasaran untuk blogger luas. Mungkin korang rasa korang rajin pergi event dan dah kenal semua orang, tapi sebenarnya ramai lagi orang lain yang korang belum kenal dan mampu dapatkan income >5k sebulan dengan hanya pergi event dan tulis advertorial.
Know the right people, make a lot of friends dan kemungkinan korang akan upgrade ke tahap yang lebih baik daripada sekarang.
4. Elakkan iklan yang menjengkelkan
Baru-baru ni semakin banyak syarikat pengiklanan dari luar masuk Malaysia contohnya macam H12. Cuma satu yang saya tak berkenan dengan H12 ni ialah iklannya yang sangat annoying. Iklan pop up dan potong bikini mereka langsung tak profesional.
Walaupun benda ni takde efek di mata advertiser lain, imej blogger yang gunakan iklan annoying macam ni akan jatuh di mata pembaca dan blogger lain. Takde orang suka iklan dan orang lagi benci iklan yang menyakitkan mata.
Apa-apa pun, terpulanglah kepada mereka yang nak meneruskan penggunaan iklan ini. Saya hanya menasihat, your blog, your rule.
5. Terakhir, define your blog. Cari niche anda, apa yang anda dan pembaca anda minat? Dari situ lebih mudah nak berkembang sebab dah ada matlamat menulis blog. Tahun 2014 bukan lagi tahun untuk menulis blog secara suka-suka. Kalau betul-betul nak buat income, maka anda perlu lebih serius dan fokus.
Semoga tahun ini dapat melahirkan lebih ramai lagi blogger yang hebat-hebat. Pasaran pengiklanan blogger di Malaysia ni masih lagi berkembang sebab semakin banyak syarikat mula memandang pengiklanan blog dengan lebih serius, jadi ada banyak lagi ruang dan peluang untuk direbut.
Good luck!
Bagaimana pula cara anda???
150 Comments
dalam usaha untuk mengfokus pada satu niche , belum berjaya lagi…huhu
Curahan rasa papa mifz @ ..Transformasi Kereta Kelisa
tips yg membantu utk yg berjinak2 nk blogging..terima kasih
Curahan rasa Vimax Malaysia @ ..Vimax Original mesti ada hologram?
best, boleh beramal 😉
Assalamualaikum, tips yang menarik, thx for sharing…anyway saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com.
Curahan rasa rose azadir @ ..Info Sihat : Cahaya Matahari, Genetik dan Pil Perancang Punca Jeragat
wahhh..terima kasih untuk tips yang sangat membantu
Curahan rasa nabila biela @ ..Isu Hangat! Banyak Blog Dijangkiti Virus
Tahniah buat Blogger Ariffshah. Terima kasih juga buat beliau dan tn. Denaihati yang sudi berkongsi tips. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Fungsi Protein Soya Bagi Pelajar
thanx ya ..info ni berguna pada Alynn 🙂
Curahan rasa Alynn @ ..ESP bantu pesakit Diabetes
info yang bermanfaat..tq yer…important to me..
Curahan rasa Alynn @ ..ESP bantu pesakit Diabetes
terima kasih utk tips….saya baru mula berjinak2 utk berblogging tapi more to biz punya blog.
good luck u ols 🙂
Curahan rasa Nazlin Arde @ ..Blouse Chiffon Koleksi Mawar
jadi..
ikut aje apa yang arif ni bagitau. ok dah tu.
Curahan rasa titan @ ..Komisen Ke 9 dari Ashadee.com
Setuju sangat dengan saranan yang diberikan. Iklan pop-up mmg dah outdated dan dibenci ramai – Baik elakkan! Manakala, responsive theme is a MUST. Zaman ni, budak2 pun pakai smartphone. 😀
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..Muat Turun Kit Membina Laman Web Dengan Mudah Menggunakan WordPress
Terima kasih , info yang amat membantu untuk blogger2 baru memperbaiki n3 yang sepatutnya di kongsikan dengan pembaca. Amat setuju dengan kata2 bahawa 2014 bukan lagi untuk tulis blog suka-suka. Akan di pertingkatkan dan nasihat untuk niche kan pun amat membantu. Terima kasih lagi sekali atas perkongsian ini.
Tips nie amat berguna utk zumal. Thanks for sharing 🙂
Curahan rasa zumal @ ..Feel This Opportunity
adakah kita perlu menjadi pakar dalam seseuatu perkara utk bawa niche tersebut?
Curahan rasa Azri Johan @ ..Penjagaan Muka Untuk Kaum Adam
Kita tak perlu menjadi pakar terlebih dahulu utk niche tertentu tetapi dengan menulis niche tertentu kita akan menjadi pakar kerana setiap hari kita akan belajar ilmu baru utuk niche yg kita pilih tersebut.
Tumpuan untuk niche adalah antara perkara yang perlu agar lebih mudah kita fokus dan buat perancangan berkaitan dengan penjenamaan blog
Curahan rasa Hazman Fadzil @ ..HAZMAN vs FOOD – Restoran KULCATS BARRIO Taman Tun Dr. Ismail
Comments are closed.