Assalamualaikum dan salam 1Dunia, siapa yang tak nak jadi Jutawan kalau pun tidak masuk senarai top 20 orang paling kaya Malaysia sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Bukan mudah nak jadi Jutawan tidak seperti mengutip sampah tepi jalan. Kalau kita baca biodata top 10 richest men in the world pasti ada ciri-ciri yang sama yang menjadikan mereka insan yang paling kaya di dunia.
Selain mempunyai sifat-sifat seperti bangun awal, menepati masa, berdisiplin, kerja kuat ada satu ciri yang unik yang ada pada semua orang paling kaya di dunia dan di Malaysia. Hampir semua orang terkaya ini mempunyai yayasan yang bertujuan membantu mereka yang memerlukan. Mereka mengeluarkan berbillion dollar peruntukan untuk yayasan mereka.
The Bill and Melinda Gates Foundation — which has been handed $31 billion of Warren Buffett’s money — has turned its considerable charitable funds to help poor farmers in Africa. – WSJ (11/12/11)
Di Malaysia ramai yang sedia maklum bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk membiayai berbagai projek membantu masyarakat. Adakah mereka semua ini yakin semakin banyak mereka memberi maka semakin banyak mereka akan dapat?
Mari kita baca firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 261 yang maksudnya :”Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui”
Juga firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 245 yang maksudnya : “Siapa yang meminjami (infaqkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”
Mungkinkah ini boleh dijadikan Tips menjadi Jutawan. Seandainya kita mengambil kira setiap infaq, sedekah atau zakat yang ikhlas di balas ALLAH SWT dengan dilipatgandakan seratus kali maka kalau hendak mengumpul 1 juta maka kita perlu memberi RM10,000, (RM10,000 x 100 = RM1 juta) dan jika inginkan RM10 juta perlulah memberi RM100,000 (RM100,000 x 100 = RM10 juta). Yang penting memberi dengan ikhlas hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang tahu. Memberi mengikut kemampun sedikit-sedikit lama-lama terkumpullah RM10,000 atau RM20,000 atau RM100,000.
Yang pasti untuk menjadi Jutawan tidak datang sekelip mata dan perlu disertakan dengan usaha-usaha yang lain selain memberi. Selain daripada itu ALLAH SWT akan memilih manusia yang paling layak menjadi Jutawan kerana menjadi Jutawan juga adalah ujian besar daripada NYA kerana buka semua mampu memegang status Jutawan.
Tips menjadi Jutawan ini adalah hanya teori peribadi aku yang seperti ada logiknya untuk diamalkan. Kenapa tidak kita bermula dari hari ini dan kita lihat dalam tempoh 10 tahun siapa yang berjaya menjadi Jutawan.
242 Comments
sukanya entri denaihati sejak dua menjak ni, baguslah selalu masukkan ayat2 al-Quran 🙂
ps.entri takde kena mengena. hehe
Curahan rasa Zida @ ..Ingat Senang Belajar Medik?
ehh komen takde kena mengena laa hehe
Curahan rasa Zida @ ..Ingat Senang Belajar Medik?
Saya amat meyakini pendapat penulis bahawa semakin banyak kita memberi maka semakin banyak kita menerima kembali.ianya amat sepadan dengan pepatah ‘adat memberi adat menerima, makin banyak kita memberi makin banyak kita menerima kembali’.
bernas!..jutawan dunia dan akhirat..
Curahan rasa Jones @ ..Biasa Yang Luar Biasa
kadang2 manusia ni suka fikir dulu lepas tu takut2 bila nk bersedekah.. bila nak bersedekah je kena hasut dengan setan (agaknya), setan bisik “kalau ko bagi sedekah duit ko ni, nanti duit ko tak cukup nak beli nasik.. nanti ko lapar tak makan”.. terus tak jadi nk bersedekah.. sebab tu rezeki tak bertambah.. kot.. hehe..
Curahan rasa Anarm @ ..Cashout Duit Gushcloud melalui Bank Transfer
Tips tuk jd jutawan klau kita search dlm google pun banyak juga sbenarnya…soalnya ialah pelaksanaan….bab2 tu yg selalu kantoi…
Curahan rasa yas @ ..SEMINAR WORDPRESS AKADEMI DENAIHATI
untunglah diorang….untung dunia belum tentu untung akhirat…maintainkan kedua-duanya.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Google PageRank dzuandiey.com naik!
Terima kasih atas panduan yang diberikan.Sebelum kita jadi jutawan kita kena dengan langkah pertama iaitu berani keluar daripada ‘zon selesa’ kita. Kalau kita sebelum ni kerja 8 jam skrg kena tambahlah masa.Ibadat jangan lupa pula.Biar apa yang kita buat ini adalah sesuatu yang kita suka.Kalau tidak suka cuba cari supaya menjadi suka.
Curahan rasa Ahmad Tarmizi @ ..Asas Diet Semulajadi
syed mokhtar idola saya dari dulu.. dapat ker saya jadi cam dia.. isshh semakin mustahil lah pulak 🙂
Curahan rasa rahman @ ..Seminar WordPress : Produk Baru Dari Akademi Denaihati
semoga kita menjadi jutawan yang baik, iman, dan taqwa 😀
Curahan rasa pengobatan @ ..Pengobatan kanker payudara
kena yakin sepenuhnya dan seikhlas hati.. insyallah… 🙂
Curahan rasa cmratu @ ..Cara Buang Timeline Facebook : Part 2
cari rezeki kerana Allah..berkat semuanya.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey @ ..Google PageRank dzuandiey.com naik!
betul juga yer…kalau kita kira dengan berganda2
Curahan rasa azura @ ..Gaji pembantu rumah Indonesia tidak relevan
Wah keren nih. Kita patut bersyukur atas semua nikmat yg diberi Allah.
kalau itulah yg ditetap oleh Allah pasti itu semua tidak kemana
diserta dgn kerja dan keazaman yg sungguh2
Seronok jadi jutawan. Boleh melancong ke banyak negara. Kita…kalau betul caranya pun boleh pergi ke tanah suci…jom baca tips nya di ….Simpan Emas Untuk Menunaikan Ibadah Umrah
Curahan rasa Haryati @ ..Simpan Emas Untuk Menunaikan Ibadah Umrah
mungkin 10 tahun lagi aku nak jadi kaya raya..
kalau berbicaratentang kekayaan tergantung dari kita bagaimana memaknai apa yang kita sudah miliki.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Ilmu
Oke saya dukung buat Budypiasa biar jadi jutawan 10 tahun mendatang.
Curahan rasa salsabila @ ..Stella Perfume
Comments are closed.