Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti ramai yang ternanti-nanti contest iPhone 5s yang sudah lama dijanjikan. Pertamanya aku nak memohon maaf kepada penaja dan semua rakan blogger yang sudah menunggu lama. Sebenarnya aku mencari masa yang sesuai ketika tidak banyak contest dianjurkan oleh blogger lain. Ini masa yang paling sesuai walaupun khabarnya iPhone generasi baru akan dilancarkan bulan September ini.
Cabaran iPhone 5s kali terbuka kepada semua Rakan Blogger Nusantara yang telah menjadi pembaca setia kepada blog Denaihati. Tiga unit iPhone 5s akan menjadi milik tiga blogger yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian memilikinya. Ucapan jutaan terima kasih kepada 22 rakan blogger yang sudi menaja hadiah yang istimewa ini.
Cabaran iPhone 5s akan melalui beberapa peringkat tugasan yang akan diumumkan apabila setiap tugas selesai. Kelihatan agak susah untuk memiliki iPhone 5s tetapi tidak kepada yang mempunyai kesungguhan .
Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s
- Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
- Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
- Satu backlinks kepada blog Denaihati.
- Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
- Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
- Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
- Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
- Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Semua penaja juga layak untuk menjadi peserta cabaran iPhone 5s.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan katogeri di entri yang lain.
Jangan sesekali putus asa sebelum berusaha sehingga saat terakhir … tatap gambar iPhone 5s di atas untuk menaikan semangat. Sifat orang dahagakan kejayaan tidak akan pernah putus asa atau takut untuk mencuba. Tuah ayam nampak di kaki tapi tuah manusia siapa yang tahu. Memang best menggunakan iPhone 5s terutama kepada blogger kerana boleh menambah kualiti menguruskan blog. Tak percaya tanyalah rakan-rakan yang pernah menang contest iPhone dan yang pernah mendapat cabutan bertuah iPhone di Majlis Seperang Bersama Blogger.
Selamat maju jaya kepada semua peserta cabaran iPhone 5s.
820 Comments
dah boleh start cari idea ni macam ni.. mana tau murah rezeki..
Curahan rasa kesoma.rai @ ..Perniagaan makanan Jepun halal
boleh cari idea dah untuk Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 bermula
Diam tak diam tugasan kedua pun dah masuk pertengahan tempoh..ada 2 minggu lagi sebelum ke pusingan berikutnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Korea Selatan Asian Games 2014 Incheon
wah nak lagi sebiji lah iphone 5S ini
takde masalah, jom join cabaran hebat ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi
Hadiah dah semakin bertambah, maka peluang nak menang pun makin besar juga..in sha Allah kalau dah rezeki, pasti akan cuba dapatkan juga..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
walaupun yeop dah jadi penaja blog tuan, tapi hati nak satu lagi iphone utk seseorang. fuh semangat semangat!
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Selamat Hari Lahir Yeop!
semua penaja layak join kontes. boleh buat hantaranlah kot…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Salam Aidilfitri 1435H
Wah..buat seseorang yang teristimewa ke yeop? macam DH kata lah..boleh buat hantaran..ngeeee..
Curahan rasa UpProfits @ ..Fernando Torres dalam radar JDT?
alamak, saya x dapat nak join, saya nak benda lain, hehhehee
Curahan rasa myrujukan @ ..Format dan Bentuk Soalan PTD Gred M41
benda apa tu… kalau dapat boleh jual boleh beli benda lainlah kot…
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 bermula
Hahaha..betul juga tuh..apa yang penting dapatkan dulu..DH dah bermurah hati nak beri nih..
yeaaayyyy… peluang untuk peminat Apple ni… segera!!
Curahan rasa KiD @ ..Beli Tshirt SupportGaza Sambil Menderma
peminat samsung, sonyericson, nokia, htc, lenovo, asus pun bolehlah, ubah angin…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Tragedi MH17 tiada Aidilfitri untuk keluarga Hasni Hardi
Betul2..inilah peluangnya nak rasa guna dan bandingkan samada betul ke produk apple nih terbaik..dah dapat 1 boleh lah try guna..
Curahan rasa UpProfits @ ..16 September Hari Malaysia
Penilaian macam mana tuan?
Adakah penulisan kreatif semata mata
Entri ni sabagai tiket untuk masuk cabaran iPhone 5s
Kat atas tu ada bagitahu entri secara kreatif..
So nak tahu adakah masuk penilaian atau tiket semata mata entri pertama ni
Curahan rasa cikgu naman @ ..‘Supermoon’ dari celahan balkoni
Biarlah rahsia
Nasib tugasan pertama tuh sekadar tiket jer..kalau tak jenuh juga nak cari idea kreatif untuk tugasan nih..
insyallah..ada kesempatan nak join jugak
sempat lagi bro, ada banyak masa lagi ni unttuk perah idea nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Salam Aidilfitri 1435H
Tugasan pertama selesai, tugasan kedua sedang berlangsung..tugasan ketiga tak tahu ler apa pula cabarannya..huhu
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Whoa..iphone 5S Gold ke tuh? In sha Allah akan cuba meluangkan masa untuk turut serta..
Curahan rasa UpProfits @ ..Niche X Mastery Blueprint Buat Duit Internet?
silakan, ada banyak masa lagi untuk korek-korek idea hebat
Curahan rasa Denaihati @ ..Khalid Ibrahim masih Menteri Besar Selangor
Alhamdulillah..tugasan pertama dah selesai..kini berlangsung tugasan kedua untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya..
Peluang baik ni, cukup bersyukur kerana sudah memiliki dengan jln mudah
Curahan rasa Ustazah Ain @ ..Selamat Hari Raya
Boleh tambah koleksi gajet ustazah nanti, yang ada berikan kat anak pun boleh…
Curahan rasa Denaihati @ ..Kutipan Emas Malaysia sukan Komanwel 2014
Alhamdulillah.. itulah yang dinamakan rezeki.. tapi nak dapat tuh pun bukan semudah yang disangkakan yer tak..
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
wah.. tak sabar nak buat entri ni. heheheh
Curahan rasa eXplorasa @ ..Mee Udang D’Laila Corner, Bandar Baru Nilai
silakan-silakan, memang sangat berbaloi dapat iPhone 5s ni…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
Siapalah yang bertuah memiliki iphone 5s idaman ramai nih..harap salah satunya jadi milik saya..hehe
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
Tiga iPhone 5S untuk dimiliki wow cantik dan canggih ya iPhone ini pastinya, semoga sukses untuk semua
Curahan rasa yandi @ ..Menerima Kesalahan Ciri Hubungan Sempurna
Jom sertainya, moga-moga satu jadi hakmilik nanti..
Curahan rasa Denaihati @ ..Tiga iPhone 5S untuk dimiliki
Sekarang dah berapa jumlah yang ditawarkan kesemuanya..betul ke dah jadi 6 unit atau lebih lagi?
Curahan rasa UpProfits @ ..Apple perkenal iPhone 6, iPhone 6 Plus dan Apple Watch
bestnya hadiah!! InsyaAllah saya akan join kalau masa mengizinkan
Curahan rasa Lizz @ ..Pelaburan Unit Trust Rahsia Usahawan Kumpul Modal Pusingan
ada banyak masa lagi fikir dan cari idea-idea hebat.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
Terbaik ni. Insya Allah akan turut serta
Curahan rasa Afiq @ ..Bagaimana Menjana RM4,535 Sepanjang 7 Bulan Blogging
silakan, sila tinggalkan url kat link atas tu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri wangian yang hilang
InsyaAllah akan join sama memeriahkan suasana contest iPhone 5s ini.
silakan. lagi ramai lagi meriah, elok baca syarat untuk betul-betul faham yer.
Curahan rasa Denaihati @ ..Anwar mengecewakan harapan rakyat
Pasti ramai blogger Nusantara yang akan hadap cabaran ini. In Sha Allah, akan juga turut serta sbb dah lama ngidam nak dapatkan iPhone ni …
Curahan rasa hasrul hassan @ ..3 Prinsip Menggapai Bahagia dalam Perkahwinan
silakan bro, hadiah besar idaman ramai menanti…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 bermula
Comments are closed.