Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila tiba hujung minggu aku memang sibuk dengan jemputan bisnis preview samada dalam negara atau luar negara. Kesibukan ini adalah pilihan aku sendiri untuk berkongsi sedikit ilmu kepada rakan-rakan yang perlu bantuan. Teringat kata Robert T Kiyosaki bisnis abad sekarang banyakkan memberi khidmat membantu manusia lain dan akhirnya duit akan datang dengan banyak tanpa diundang.
Giliran kali ini mendapat jemputan untuk membantu rakan bisnis di Kota Bahru pada hari Sabtu dan di Seremban pada hari Ahad jadi jadual perjalan mesti kena tepat. Selalunya urusan belian tiket Airasia secara online diuruskan oleh rakan bisnis tetapi kali ini aku memilih untuk buat sendiri. Tak nak menyusahkan kawan-kawan lagi pun kalau beli awal boleh dapat tiket Airasia lebih murah.
Awal pagi sebelum terbang ke Kota Bahru, aku menguruskan beberapa urusan keluarga. Dua jam sebelum penerbangan aku memandu sendiri ke KLIA2 sebab nak tinggalkan kereta untuk memudahkan aku terus ke Seremban ke esokkan harinya. Sampai di KLIA2 aku terus ke kiosk untuk check in tapi rupanya aku sudah terlajak masa. Aku terus ke kaunter tapi kerani kaunter kata aku sudah terlewat 10 minit untuk check in. Baru teringat selalunya buat online check in sebab tu boleh sampai lewat, memang tak teringat lansung awal pagi tadi nak check in online kerana sibuk menguruskan hal keluarga.
Aku sudah janji dengan rakan-rakan Kota Bahru jadi walaupun lewat sampai aku mesti pergi juga. Aku beratur di kaunter untuk mengubah jadual penerbangan. Setelah menunggu hampir sejam sampai giliran aku untuk minta mengubah jadual penerbangan yang seterusnya. Semasa itu aku terniat nak periksa MyKad sebab kalau tak silap, aku keluarkan MyKad dan lesen memandu dari wallet sebelum pergi kembara Guangzhou minggu sebelum itu. Memang menjadi amalan aku apabila mengembara ke luar negara selain Singapore aku akan tinggalkan MyKad, lesen dan kad ATM yang tidak diperlukan untuk keselamatan.
Ketika adik kat kaunter sibuk menyemak jadual penerbangan seterusnya ke Kota Bahru, baru aku sedar yang aku lansung tidak membawa apa-apa pengenalan diri samada MyKad atau passport. Jadi kalau ada tiket untuk next penerbangan pun memang aku tak boleh nak naik. Kebetulan pulak tiket yang ada lewat malam jadi aku buat keputusan tidak meneruskan perjalanan ke Kota Bahru.
Kalau sebelum ini kisah tak dapat terbang di KLIA kerana masalah teknikal passport tapi kali ini tertinggal Mykad. Apabila nak berjalan dengan kapal terbang memang kena ada checklist yang perlu dibuat sehari dua sebelum terbang kalau tidak memang jadi macam ini. Mungkin aku terlalu yakin sebab sudah selalu terbang sana sini dan akhirnya terkena juga asbab kelalaian sendiri. Tapi aku yakin setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Mohon jutaan maaf kepada rakan-rakan yang sudah menunggu di Kota Bahru, insyaa Allah kita jumpa di majlis yang akan datang. Hasrat untuk memberi khidmat nasihat bisnis kepada rakan-rakan Kota Bahru tetap membara kerana itulah cara terbaik untuk mengembangkan perniagaan.
222 Comments
Hihi memang perit betul rasa.
Saya kalau sebelum penerbangan 2-3 kali buat mental dan fizikal check takut ada barang-barang penting yang tertinggal, especially kalau flight mahal-mahal dan jauh..
Curahan rasa Putri @ ..Anak, Gajet dan Tips Supaya Tak Ketagih (Berlebihan..)
Nak kena ada checklist aa gitu kalu kan… so that dengan cara tuh harap-harap takder aa yang missing laie…
Haha betul, sampai tersalah letak sebab asyik cek banyak kali…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali Perubahan Kulit Ibu Ketika Hamil~
Kadang-kadang walau pun dah seminggu stanby barang-barang yang hendak dibawa tetapi bab IC selalunya duk di poket seluar, itu pasal ramai yang tertinggal.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Spekulasi Susu Kambing Siti Nurhaliza
Dugaan betu tu. Memang menguji kesabaran kita, apabila terkena macam ini. Tapi macam manapun kesabaran tu penting..
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Saya pernah missed flite 2 kali waktu belaja kt srwk dulu..memang piluu sgt rasa..haha
Curahan rasa ENA @ ..Segmen Tambah Follower Instagram
Kadang-kadang dalam keadaan kelam kabut, macam -macam bolej terjadi. Sebab itu penting membuat persedian sebelum membuat perjalanan..
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Mungkin ada hikmahnya kejadian tu. Tapi itulah kan, perkara yang kita dah biasa buat, kerap buat, tapi ada masanya, kita akan jadi lupa, walaupun perkara tersebut dah kita buat bertahun lamanya. Teringat kata-kata seorang guru pada saya, ilmu yang ada di dalam diri kita ni, bukan hak mutlak kita. Sebabnya, ada masanya, kita sendiri akan lupa dengan ilmu tersebut.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..I’m back!
Lepas ni Tuan DH kena lebih berhati-hati. Harap tak jadi lagi macam ni. Jumpa dengan ilmu yang penuh nanti untuk orang KB.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..2 Tips Mudah Buat Duit Dengan Jobdirumah
Mungkin ada hikmah di sebaliknya tu DH. Jadi pengajaran juga buat kami yang membaca
Curahan rasa Aryn Fadz Lee @ ..APAKAH PERBEZAAN UBAT DAN VITAMIN ATAU SUPLEMEN
Saya pernah mengalaminya.
. Habis duit beratus ringgit kerana terpaksa membeli tiket baru…. harap saya tak akan mengalaminya lagi pada masa akan datang..
Curahan rasa anuar @ ..Perkembangan Contest SEO Terbaik 2015
Samalah nasib baik masa tu naik MAS, tambah sedikit je. Kalau Air Asia rasanya dah burn semuanya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali Perubahan Kulit Ibu Ketika Hamil~
Betul tu. Kita yang baca harap satu hari nanti tak jadi macam ni. Terima kasih Tuan DH kongsikan kesilapan ni.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Panduan Memikat Hati Lelaki Idaman
Setakat ini belum pernah lagi la nak terlepas flight,kalau terlepas mahu merungut kot
Curahan rasa onlajer @ ..Bayaran Komisen Ketiga Lazada
Harap-harap jangan lah terlupa kan.. tetapi kadang tuh dalam kita nak ingat tuh, akan terjadik jugak kan.. hurmm….
As salam. Kalau nak naik flight memang mlm tu sebelum tidur sy pastikan segala dokumen siap sedia dibawa.
Curahan rasa abam kie @ ..KERTAS YANG TAK SEMPAT DIBACA
Tentu rasa berdebar kan? Risau je takut2 kalau ada barang yang tertinggal..
Curahan rasa anuar @ ..Perkembangan Contest SEO Terbaik 2015
Mau ada yang tak tido kot.. akakak bagi nak pastikan tiada apa yang tinggal… biasa aakan, kalau nai flight nih kompem tmptnya jauh… nak balik amek…haduihh…
Tuan DH memang sibuk sangat. Apa pun pengalaman ni patut jadi ingatan kita semua.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali Perubahan Kulit Ibu Ketika Hamil~
Lepas ni kena lebih berhati-hati. Takut terlepas lagi Bro DH.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Benda Macam Ni Pun Kena GST
Insya Allah, lepas ni pasti bro DH ingat selalu haha
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
Alhamdulillah tak pernah lagi terlepas flight. Kalut rasanya nanti, lagi2 bila sekampung ikut hantar kita. Hahah
Curahan rasa Rara Zack @ ..VIDEO : Japan 2015 – Tokyo Part 1
tu memang tak dapat nak bayangkan ramai-ramai ngantor kita tetiba dokumen tak ada nak boarding
Curahan rasa denaihati @ ..Doa Kami Bertemu di Mina
Jika ramai yang datang macam ni. Kasihan nanti. Kena balik sama-sama dengan mereka pula.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Benda Macam Ni Pun Kena GST
Perghhh… memang tak dapat nak bayangkan. .. tentu kecewa habis orang kampung yang hantar kita ke air Port. .. semoga dijauhkan daripada kejadian macam ni…
Curahan rasa anuar @ ..Perkembangan Contest SEO Terbaik 2015
so far sekarang ni tak pernah terlepas flight. mintak jauh, kelam kabut nanti. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November!
Jika ramai yang datang macam ni. Kasihan nanti. Kena balik sama-sama dengan mereka pula.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Benda Macam Ni Pun Kena GST
Memang kena check betul betul bila nak naik flight ni.. Memang ada pengajaran dari kisah ini. Beringat sebelum terkena
Curahan rasa Weschairs @ ..CONTEST REVIEW LYNK.MY 2015
prosedur utk naik flight mmg banyak. kalau silap sikit boleh hangus tiket.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November!
Betul tu. Beringat sebelum kena. Nak kena beli baru silap-silap jika tak kena dengan caranya.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Benda Macam Ni Pun Kena GST
Bahaya kalau tak bawa dokumen naik flight ni. Lain kali bawa je dokumen tu walaupun akan bertukar-tukar destinasi sama ada keluar atau dalam negara. Untuk kurangkan risiko seumpama ini dari berlaku.
Curahan rasa Faizul CutiDiPulau @ ..This is the title of your first post
Dokumen yg penting memang tidak dinasihatkan bawa ke luar negara kerana takut hilang atau tertinggal lagi pun dokumen itu tak diperlukan diluar negara.
Curahan rasa denaihati @ ..Kembara tempat menarik di Istanbul
Betul tu. Simpan dirumah. Bawa pun tak perlu. Cuma takut juga bila diperlukan nanti.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Benda Macam Ni Pun Kena GST
Selalu nya begitulah. Bila ada tidak diperlukan. Bila nak guna, boleh pula tiada. Memang sedih rasanya.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
ada sebab kenapa tuan DH terlepas flight tu. rupanya tak bawa my kad.
in shaa Allah pasti ada yang lebih kalau pergi hari lain..
yang pasti memang kena semak sebeeljm bertolak, kan !
Curahan rasa qasehnyarania @ ..Jus Avokado & Khasiat Makan Buah Avokado
Biasanya memang buat checklist tapi hari tersebut memang terlali sebab banyak aktiviti dalam tempoh 2 – 3 hari sebelum terbang ke KB
Curahan rasa denaihati @ ..Aceh jejak tsunami dan bisnis persahabatan
Maknanya selama beberapa hari tu bro DH hati memang tak bawa Mykad ketika keluar rumah. Nasib baik tak kena tahan polis.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
Insyallah harap nanti Bro DH tak terlupa nak bawa dah. Tak ada rezeki nak jumpa orang KB. Nanti boleh jumpa unutk sesi lain pula.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo
Itu lahnya kan.. harap-harap lepas nih bro DH tak lah terlupa lagi untuk bawak Mykad kemana pun dia pergi k…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah
boleh jadi pengajaran supaya lepas ni tak terlupa lagi. benda paling penting tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Diskaun Gila-Gila Shopee 11 November!
Teringat dulu kisah ERL bila penumpang tertinggal passport, emaknya datang hantarkan…
Jika sempat nak hantar ok. Jika dah dekat dengan masa berlepasnya memang tak dapat naiklah jawapnya. Tak apa, lain kali Bro Dh kesana.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo
Kan… tetambah kalau rumahnya jauh…, mana si penghantar nak ngadap jalan jem lagi…
Curahan rasa SuperNifz @ ..#ProjekBegSekolah
Masa jadi dulu, flight delay jugak tapi masih tak bagi masuk. Memang kesedihan rasanya. Ingat sampai bila bila…
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Pak Cik Teksi : Bila Kita Renungi Kesusahan Orang Lain ~
Comments are closed.