Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, apabila tiba hujung minggu aku memang sibuk dengan jemputan bisnis preview samada dalam negara atau luar negara. Kesibukan ini adalah pilihan aku sendiri untuk berkongsi sedikit ilmu kepada rakan-rakan yang perlu bantuan. Teringat kata Robert T Kiyosaki bisnis abad sekarang banyakkan memberi khidmat membantu manusia lain dan akhirnya duit akan datang dengan banyak tanpa diundang.
Giliran kali ini mendapat jemputan untuk membantu rakan bisnis di Kota Bahru pada hari Sabtu dan di Seremban pada hari Ahad jadi jadual perjalan mesti kena tepat. Selalunya urusan belian tiket Airasia secara online diuruskan oleh rakan bisnis tetapi kali ini aku memilih untuk buat sendiri. Tak nak menyusahkan kawan-kawan lagi pun kalau beli awal boleh dapat tiket Airasia lebih murah.
Awal pagi sebelum terbang ke Kota Bahru, aku menguruskan beberapa urusan keluarga. Dua jam sebelum penerbangan aku memandu sendiri ke KLIA2 sebab nak tinggalkan kereta untuk memudahkan aku terus ke Seremban ke esokkan harinya. Sampai di KLIA2 aku terus ke kiosk untuk check in tapi rupanya aku sudah terlajak masa. Aku terus ke kaunter tapi kerani kaunter kata aku sudah terlewat 10 minit untuk check in. Baru teringat selalunya buat online check in sebab tu boleh sampai lewat, memang tak teringat lansung awal pagi tadi nak check in online kerana sibuk menguruskan hal keluarga.
Aku sudah janji dengan rakan-rakan Kota Bahru jadi walaupun lewat sampai aku mesti pergi juga. Aku beratur di kaunter untuk mengubah jadual penerbangan. Setelah menunggu hampir sejam sampai giliran aku untuk minta mengubah jadual penerbangan yang seterusnya. Semasa itu aku terniat nak periksa MyKad sebab kalau tak silap, aku keluarkan MyKad dan lesen memandu dari wallet sebelum pergi kembara Guangzhou minggu sebelum itu. Memang menjadi amalan aku apabila mengembara ke luar negara selain Singapore aku akan tinggalkan MyKad, lesen dan kad ATM yang tidak diperlukan untuk keselamatan.
Ketika adik kat kaunter sibuk menyemak jadual penerbangan seterusnya ke Kota Bahru, baru aku sedar yang aku lansung tidak membawa apa-apa pengenalan diri samada MyKad atau passport. Jadi kalau ada tiket untuk next penerbangan pun memang aku tak boleh nak naik. Kebetulan pulak tiket yang ada lewat malam jadi aku buat keputusan tidak meneruskan perjalanan ke Kota Bahru.
Kalau sebelum ini kisah tak dapat terbang di KLIA kerana masalah teknikal passport tapi kali ini tertinggal Mykad. Apabila nak berjalan dengan kapal terbang memang kena ada checklist yang perlu dibuat sehari dua sebelum terbang kalau tidak memang jadi macam ini. Mungkin aku terlalu yakin sebab sudah selalu terbang sana sini dan akhirnya terkena juga asbab kelalaian sendiri. Tapi aku yakin setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Mohon jutaan maaf kepada rakan-rakan yang sudah menunggu di Kota Bahru, insyaa Allah kita jumpa di majlis yang akan datang. Hasrat untuk memberi khidmat nasihat bisnis kepada rakan-rakan Kota Bahru tetap membara kerana itulah cara terbaik untuk mengembangkan perniagaan.
222 Comments
Pasti ada hikmah kenapa boleh jadi sedemikian. InshAllah di permudahkan segala urusan.
Curahan rasa Alif Kharuddin @ ..cari orgasm bila dah nak pecah kepala
Selepas ni memang perlu disediakan keperluan tu lebih awal supaya kejadian sama tidak berulang
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sumber Vitamin untuk Mencegah Penyakit Jantung dan Strok
Betul DH,checklist sangat penting bila mahu kemana mana,semoga kejadian ini dapat memberi peringatan pada masa akan datang,pada diri saya juga pernah alami nasib sebegini hehe,.
Curahan rasa ohpilihanku @ ..Perkataan Nenas Di Google Merbahaya Buat Masa ini,Awas jangan cuba gatal tangan menaip perkataan Nenas Di Google
Checklist ada di smartphone pun sudah memadai. Macam guna to do list aje.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Saya berharap tuan boleh bersabar dengan dugaan ini…manusia mudah lupa..
Curahan rasa Hanafi Abdullah @ ..Jual Aiskrim Dapat 5 Ribu Sebulan
Bro hanafi , nampaknya memang itu lah sebaik-baiknya. Nak marah pada diri sendiri pun dah tak guna kan…
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Pengalaman mematangkan diri, sangat berharga tuan.
Terima kasih kerana sudi share
Curahan rasa #shahzedi @ ..RUMAH SUBLET: Strategi Hartanah Menguntungkan
Saya juga berharap pengalaman begini menjadi iktibar kepada orang lain supaya lebih berhati hati pada masa yang akan datang..
Curahan rasa Hanafi Abdullah @ ..Jual Aiskrim Dapat 5 Ribu Sebulan
Pengalaman tu juga kan ilmu yang akan mematangkan kita supaya bersedia dengan lebih teratur lagi.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Banyak boleh belajar dari kisah ini. Kena buat senarai semak bila nak terbang macam ni. Terima kasih atas perkongsian ini Tuan DH.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
Baru saya sedar senarai semak keperluan dan dokumen ini anatara yang penting untuk dilakukan..
Curahan rasa Hanafi Abdullah @ ..Jual Aiskrim Dapat 5 Ribu Sebulan
Iyalah persedian untuk apa-apa pun penting macam kita nak anjurkan program, persedia sebelum program tu paling penting sebelum masa program nanti.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
artikel yang bagus gan.. untung nasib baik berpihak pada anda
Betul tu. Kena selalu beringat lepas jadi macam ni. Peringatan untuk semua juga.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Bisnes Aiskrim Jana RM5K Sebulan Secara Part Time
Pengalaman yang amat berharga buat kita semua..semoga ia tidak berlaku lagi pada tuan pada masa yang akan datang..
Curahan rasa Hanafi Abdullah @ ..Jual Aiskrim Dapat 5 Ribu Sebulan
Ada juga yang sabung ayam lagi tu, kesin ayam-ayam tu, manusia yang nak untung binatang yang jadi mangsa.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Mungkin ada hikmah tersembunyi yang tidak diketahui akal fikiran manusia..
Aturan Allah lebih baik..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Betul tu. Ada hikmah di sebalik kejadian ini. Hanya Allah yang lebih mengetahui.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..8 Sebab Kenapa Wanita Masih Solo
hikmah yang tersembunyi menjadikan kita lebih bersabar untuk menghadapi ujian dan dugaan hidup ini..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Hebatnya Kuasa Pen Dalam Kehidupan
mmg stress kalau terlepas flight mcm ni. lebih2 lagi kalau ada urusan penting
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem The Hunger Games
Kompem stress punya lah.. tapi rasenya bro DH kite nih, cool orangnya nih… oleh kawal punya…
Betul tu.
Tentu stress kan?
Lebih2 lagi dah ada buat appointment dgn rakan niaga di Sabak Sarawak…
Curahan rasa anuar @ ..Hobi Isteri saya, Cantik tak? (Bahagian 73 dan 74)
Itu la kan..
Tapi adat la kalau selalu travel pun memang akan ada barang yang akan tertinggal
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Stress tu memang tak dapat nak elak..
Rugi masa dan wang pun ya juga kan…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Bila dah stress kena lah pandai uruskan stress. Macam orang kampong saya cakap Stress Mangement.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
sebab tu la airlines buat tiket mahal supaya manusia menghargai masa kerana masa itu wang hahaha
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Kemanakah Ultraman Terbang Setelah Bertempur ?
Kalau naikMAS, senang sikit nak tukar tiket… itu beza antara tiket flight murah dgn tiket flight mahal…
Curahan rasa anuar @ ..Perkembangan Contest SEO Terbaik 2015
Betul..ada toleransi la kan..
Namun,ada hikmah disebalik kejadian
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Ada kelebihan masing-masing, ada yang pro dan kontra. Tepuk dada Tanya selera, mungkin tuan DH lebih arif pasal ini.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Masa tu ada tapi kesilapan sendiri tu memang kesal kan..
Peringatan untuk masa hadapan
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Pengalaman berharga, semoga kita sentisa beringat, kadang-kadang dalam beringat tu kita lupa juga, Allah juga Maha Mengetahui…
Curahan rasa Wazari @ ..Kembara Trans-Siberia | Masjid Kul Sharif | Permata Kazan Di Russia
Allah Maha Mengetahui..
Setiap kejadian ada asbab dan musababnya…
Sebagai manusia menjadi peringatan yang berharga
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Kekadang sengaja Allah swt bagi kita lupa sebab ada sesuatu yang ada dalam perancangan Allah swt.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Banyak pengajaran yang dapat di ambil dari kisah Tuan DH ini. Nanti sama-sama beringat bila nak ke airport yea.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jualan Murah Di Lazada 1111-1212
Betul tu. Pengajaran yang boleh kita sama-sama belajar jika nakpergi ke tempat jauh. Kena bersedia dengan barang-barang yang perlu dibawa.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Secebis Kata-kata Berharga Syed Mokhtar Al-Bukhary
semoga tak terlepas lagi lepas ni. tiket flight bukan murah. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Filem The Hunger Games
Lepas ni kena siapkan list keperluan sehari sebelum berlepas…
Mudah nak trace apa yang tiada…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Cuainya DH kali ni.. smoga urusan lain kali dipermudahkan.. pntingnya IC ni..
Curahan rasa Jie susanos @ ..Senaman Urut Tapak Kaki
Kan… tak pasal2 udah ketinggalan kapal terbang.. udah kena balik & pkkan strategi lain pulak…
Insya Allah tuan Denaihati Ada hikmahnya tu. Kita tak tahu apa yang kita tak Nampak dan apa yang siluar jangkauan kita.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Tak apa. ada himah disebalik semua ni. Banyak boleh belajar dari kisah Tuan DH kali ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Jualan Murah Di Lazada 1111-1212
Dalam beringat tu pun manusia boleh lupa juga.
Sesiapa pun boleh jadi macam ni jika tiada persediaan awal
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Kalau tak berhati-hati ada juga yang terbasuh di dalam mesin basuh. Sampai tiba nak berjemur seluar, tengok-tengok dompet berada di dalam poket seluar. ha..ha… ada kes seperti ini.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Spekulasi Susu Kambing Siti Nurhaliza
Hahaha.. betul jugak tuh kan… kalau dah terbasuh, memang jenuh lah.. mau hancussss…
Pernah juga jadi nasib baik yang dimesin tu hanya duit kertas RM5
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Harap tak jadi sampai terbasuh macam ni. Jenuh nak tunggu pergi buat baru untuk dpatkan IC.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Benda Macam Ni Pun Kena GST
Tak pa sekarang sejam ja dah boleh dapat IC..
Tapi leceh la nak kena buat semula yang baru kan..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Betul tuh… kalau nak buat baru leceh kot… nak isi borang bagai… mau kena bayar rasenya kan…
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Itu dah macam pengalaman sendiri je..hihi
Biasa la nama pun manusia..lupa tu dah sebati..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Ketahui Pilihan Gabungan Vitamin Untuk Penyerapan Optimum !
Kita tak pernah lari dari ujian dan dugaan. Harap2 kita terus tabah untuk menghadapinya.
Curahan rasa supernifzvitamin @ ..#ProjekBegSekolah
Setakat ke hari ini, belum lagi tertinggal IC atau telefon ketika pergi ke destinasi yang jauh.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Spekulasi Susu Kambing Siti Nurhaliza
Benda penting yang tak patut kita tinggalkan. Memang kena selalu diperiksa sebelum pergi kemana-mana.
Curahan rasa Sani @ ..4 Cara Buat Duit USD Yang Paling Berkesan!
Kita melakukan penerbangan harus ngecek apa yang dibutuhkan,,thanks atas pengalamannya
Curahan rasa toko bunga @ ..Antar Bunga Pasar Rebo dan Kramat Jati
Comments are closed.