Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menarik juga baca entri “Terpisah di KLIA2” kisah Blogger Ariff Shah yang tak lepas imigresen di KLIA2 ketika nak bertolak ke Jepun bersama isterinya gara-gara dokumen tak lengkap. Kekadang memang kita dah bersiap segalanya tetapi bila ALLAH nak uji tak mampu kita nak halang. Teringat kisah aku ditahan di Lapangan Terbang Macau lebih daripada satu jam dan tersangkut lebih empat jam di imigresen sempadan Israel, memang mendebarkan. Apa pun setiap kejadian pasti ada hikmahnya jangan sesekali marah pada takdir walaupun rancangan yang telah dirancang tidak menjadi.
Aku pernah juga ditahan di imigresen di Pekanbaru Indonesia ketika pergi bercuti bersama keluarga. Katanya pasport sudah tamat tempoh sedangkan kalau mengikut tarikh mati ada 7 bulan lagi. Aku beritahu pada pegawai bertugas kalau mengikut undang-undang imigresen dunia pasport hanya bermasalah kalau tarikh tamat tempoh kurang dari enam bulan tetapi pengawai tersebut bertegas tak nak bagi kami masuk. Sebenarnya dia nak benda lain jadi untuk tidak menyusahkan keluarga terutama anak-anak yang masih kecik … jadinya aku bagi sahajalah apa yang dia nak. Pasti pembaca fahamkan apa yang pegawai imgresen itu nak .. habis bersih kocek aku tak tinggal apa. Sekarang ini anak-anak jadi serik kalau nak pergi Indonesia terpaksa pulak pujuk untuk menyakinkan mereka.
[box type=”shadow”]Mohon Bantuan
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
[/box]
Ramai juga kawan-kawan yang terlepas pandang dengan tempoh tamat pasport. Kes terbaru seorang kawan terpaksa berpisah dengan kumpulan yang nak ke Hong Kong gara-gara tarikh tamat pasport tinggal dua bulan. Kepada yang kurang pasti sebenarnya tarikh tamat pasport kita mesti melebih enam bulan kalau kita nak travel keluar negara. Sebab itu apabila kita nak beli tiket pesawat secara online antara data yang diminta ada tarikh tamat pasport. Jadi selepas ini semua pembaca yang nak keluar negara mesti semak tarikh tamat pasport supaya tiada masalah di kaunter imigresen.
Macam-macam sebab kita boleh ditahan atau tidak lepas pemeriksaan imigresen. Terbaru LHDN sudan memberi amaran kepada pembayar cukai pendapatan yang ingkar walaupun hanya RM100 juga tidak akan dibenarkan untuk keluar negara selagi hutang tidak dibayar. Pastikan sebelum terbang ke luar negara kita semak status pasport supaya tidak termasuk dalam senarai blacklist LHDB yang bakal tersangkut di imigresen. Penting sangat kita semak sebab supaya tidak rugi setelah mengeluarkan berbagai belanja untuk travel.
The Malaysian Tax Authority is blacklisting people from travelling overseas with effect from 25 Aug 2014 at all entry/exit points throughout the country; even if your outstanding tax due is less than RM100 or if you have failed to submit your tax returns.
If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below.
Type your IC number without space. It will save you time, frustration and embarrassment.
Kalau anda ada kisah tak lepas imigresen di KLIA atau dimana-mana sahaja kaunter imigresen di dunia sila kongsikan di ruangan komen,
638 Comments
Sya nk tnya klu kita ada htng kad kredit. Tiap2 bulan x pernah miss membuat pmbyrn minimum. Kalau nk travel ke luar negara ada masalah tak dgn imegresen
“If you intend to travel overseas including Sabah/Sarawak, please check below.”
Apa maksud ayat di atas?
Nak gi sabah/sarawak pun tak boleh ke kalau dah blacklisted ?
Benci LHDN. Itu je nak cakap. Tiap Kali scan passport mmg berdebar debar hati ni.
Curahan rasa normikahar @ ..Iditarod 2015
Saya pon sblom ni penah kena tahan dengan imegresen kt melbourne dorang sangka sy ada kaitan ngan militan is.Dh bermacam2 sy ckap dorang tetap jugak xbg masuk.Seharian jugak la sy kena tahan sblom kena hantar balik malaysia.Visa dan passport sy kena banned negara dorang 3 tahun.so kalau lepas ni nk pegi negara dorang lg kna pegi embassy la jawabnyer
nak tanya,
kalau nama penuh saya siti khalida ab manan,
tp di tiket sy letak first and last name, SITI KHALIDA
nama ayah tak letak sbb bila saya key in dua perkataan dalam satu kotak,masalah teknikal berlaku.
agak2 kena tahan imigresen tak.
saya nak fly lagi 5 hari,dah check dgn syarikat airline,
dia cakap tak apa.
ya, kalau ada tunggakan hutang lebih baik bayar sedikit demi sedikit supaya tak sangkut di imigresen.
Curahan rasa Dr Fattah @ ..Nota Separa Perubatan Mengenai Program Derma Organ
kalau tak bayar hutang pinjaman pelajaran ptptn pun belum tentu lepas, tengok balik status hutang kalau ada yang sangkut.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Cara Menempah DVD BBMA Basic Live Trade
Salam,
Nak tanya passport sy mati 22/10/2015 and sy nak travel ke perth 18hb Mac ni. Agak2 lepas x? huhuhu
bila nak keluar negara MJ selalu cuak jugak bab passport ni, asyik tengok tarikh expired takut benda-benda gini berlaku yang kita tak jangka..
Curahan rasa Mak Jemah Jual Vitamin @ ..Cerita Spray Rambut Prosante Suamiku
imigrasi menjadi pengalaman yang agak menakutkan saat perjalan pertama karena sering sekali diperiksa
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Shaf Shalat : Lurus dan Rapat
saya pernah pergi ke melbourne australia tetapi misai jangut saya tak buang.imigresen diorang suspect saya militan is & setelah mereka syak dengan detail saya bersih & tiada record jenayah.tetapi imigresen diorang tetap berkeras hati .tidak mahu melepas kan saya jadi saya di taham di imigresen center air port melbourne .selama 1 hari dari kuala lumpur 23/10/14 & 25/10/14 saya di hantar pulang ke malaysia mujur lah pasport & visa saya tak cop jika tidak saya kena banned 3 tahun tidak boleh pergi ke australia syukur alhamdulliah .jika ada peluang & rezeki mungkim saya akan ke sana lagi.peringatan jika sesiapa yang hendak ke australia dengan seorang diri pastikam anda boleh berbahasa inggeris & confidend dekat imigresen sekian terima kasih
Menarik itu kalau di kongsi kisah tuan dalam entri di sini. Kalau sudi just email cerita tersebut di [email protected]
pertama kali diperiksa imigrasi selalu ada rasa takut juga karena semua diperiksa takut ada teroris yang mirip dengan muka saya
Curahan rasa risalah @ ..MEMBACA AMIN
KENA TAHAN KERANA “BANKRAP”
Perjalanan bersama keluarga, Saya di tahan kerana “bankrap”. Setelah di semak yang bankrap itu seorang wanita. Kejadian berlaku kerana nombor IC tersilap key-in oleh pihak Immigresen. Contoh IC kami sama nombor kecuali nombor terakhir sahaja yang berbeza. Wanita tersebut IC nombor terakhirnya ialah 8, tetapi tertaip 3. Maka nombor baharu ini serupa dengan IC saya.
Jenuh juga berbicara dengan pihak Immigresen di KLIA dan akhirnya saya dibenarkan terbang dengan syarat “satu perjalanan sahaja”. Sekembali ke KL perlu betulkan permasalahan “bankrap” itu dengan pihak Jabatan Bankrap dan Jabatan Immgresen. Jenuh juga lah
nih la paling cuak kalau nak travel oversea mmg berkali2 check semua document dan study btul2 apa yang diperlukan. kalau ttbe kena travel sorg2 kan haru huhuhu
Curahan rasa Leyha @ ..Homestay Ayer Keroh : Homestay Saadiah FULLY AIRCOND
Comments are closed.