Kembara tempat menarik di Istanbul
Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, menjejaki ke Istanbul yang dahulu dikenali sebagai Constantinople adalah suatu rahmat dari ALLAH. Sebuah bandar yang pernah menjadi pusat pemerintahan kepada Kerajaan Roman, Kerajaan Byzantium dan Kerajaan Ottoman pernah disebut dalam hadis Nabi sehingga berlumba-lumba para sahabat menuju ke Istanbul antaranya kisah Abu Ayub Ansari. Singgah solat di Masjid Abu Ayub Ansari terasa bergetar jiwa terasa jauh sangat pengorbanan aku berbanding para sahabat yang sanggup berbuat apa demi Syurga.
Istanbul sebuah bandar moden yang sangat bersih dan teratur menjadi tarikan pelancung daripada berbagai negara. Antara tempat menarik di Istanbul yang kami jejaki adalah Istana Topkapi melihat berbagai peninggalan para Nabi dan Rasul sehingga ke tongkat Nabi Musa. Kalau nak cepat masuk Topkapi kena beli tiket ekspress kalau tidak kena berbaris panjang begitu juga untuk Hagia Sophia. Menatap kesenian Hagia Sophia memang terpegun yang pernah bertukar dari masjid ke gereja kemudian ke masjid dan semasa lawatan kami ianya sebuah muzium.
Sebulan selepas ziarah kami, Hagia Sophia dijadikan semula sebagai Masjid oleh Perdana Menteri Erdogan. Selain dapat bersembahyang di Masjid Abu Ayob Ansari kami juga singga solat di Masjid Sultan Ahmad atau juga di panggil sebagai Masjid Biru dan Masjid Suleymaniye. Ketika solat di Masjid Abu Ayun Ansari kami sempat singgah ziarah makan Ahmad Ammar Ahmad Azam. Dapat juga melihat dari jauh kapal Mavi Marmara berlabuh di teluk Marmara yang pernah mengemparkan dunia apabila belayar ke Israel menghantar bantuan dan diserang oleh tentera yahudi.
Pelancung yang datang ke Istanbul pasti tidak lupa menjejaki Grand Bazar dan Sipcy Bazar yang menjual berbagai barang dan hadiah untuk dibawa balik. Antara dua bazar ini aku lebih suka ke Spicy bazar yang memang klasik dengan berbagai barang dengan susun atur yang santai. Harga di spicy bazar lagi murah berbanding grand bazar. Kami tidak singgah di Cappadocia kerana misi kembara kami berbeza.
Entri ini yang sudah tertangguh bertahun adalah sambungan kisah kembara Turki sebelum ini iaitu “Turki aku datang“, “Urfa kota Para Nabi”, “Tarsus kota purba menarik di Turki“, “Konya kota bermula tarian sufi Turki“, “Alanya Turki banyak tempat menarik untuk dilawati“ dan “Bertemu Nabi Khidir di Bursa Turki“. Kembara kami bermula dari Istanbul ke Gaziantep terus ke Urfa, Adana, Tarsus, Konya, Alanya, Bursa dan berakhir di Istanbul. Kembara rohani yang telah membuka lembara baru dalam kehidupan apabila diperkenalkan dengan sebuah perjuang menegakkan agama ALLAH tanpa publisiti mengunung.












