Terkini Gempa Bumi Turki satu lagi bencana akhir zaman

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dari satu bencana ke satu bencana melanda dunia. Yang satu belum selesai datang lagi yang lain. Belum pun selesai bencana banjir besar yang melanda Thailand  dan kini Turki pula dilanda gempa bumi sekuat 7.2 skala Richter. Terkini berita gempa bumi Turki lebih 400 ratus telah terkorban dan beribu lagi masih terperangkap di bawah runtuhan bagunan. Terkini berita banjir besar Thailand sudah membunuh lebih 350 orang mula memasuki kota Bangkok sehingga menenggelamkan lapangan terbang dan banyak bangunan penting kerajaan. Kedua-dua bencana besar ini mengakibatkan kerugian berbillion dollar.

Banjir Besar Thailand yang tidak nampak bila surutnya

Antara becana besar tahun ini adalah :

  • Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun
  • Ribut Taufan di USA, Filipina dan Vietnam
  • Banjir Besar di Chile, Equador, Kemboja dan Costa Rica

Yang paling baru gempa bumi di Fiji dengan kekuatan 6.0 richter. Itu tidak termasuk lagi bencana peperangan buatan Manusia di Iraq, Libya, Syria, Yemmen dan Palestine. Negara-negara jiran Malaysia seperti Indonesia, Thailand dan Filipina telah diuji dengan berbagai bencana tetapi Malaysia masih terselamat tapi soalnya sampai bila Malaysia akan terlepas dari bencana.

Gambar gempa bumi Turki 2011 skala 7.2 richter

Bencana demi bencana yang  sedang melanda alam ini tandanya Allah SWT sedang berbicara cuma kita manusia yang rakus ini tidak pernah sedar. Mungkin juga bencana demi bencana ini sebagai pertanda bencana badai matahari yang dijangka melanda dunia pada 2012 akan menjadi kenyataan atau semua tanda dunia semakin sampai akhir zaman.

Adakah kita sudah bersedia?

Terkini :

28/10 : Officials say the death toll in the massive earthquake in eastern Turkey has gone up to 570 – Yahoo News

28/10 : The flood walls protecting much of the inner city of Bangkok are 2.5 meters (8.2 feet) high, and Saturday’s high tide is expected to reach 2.6 meters (8.5 feet) – Yahoo News


Spread the love

144 Comments

  1. emmm … ada orang kata, tanda akhir zaman … ada kata dah nak kiamat … tetapi rasanya kalau kita kaji balik bencana gempa bumi, tsunami, gunung berapi dan lain2 bencana rasa …. dah bertahun2 tahun dah macam tu …. memang ada je dari dulu lagi … mungkin zaman dinasor tu lagi banyak bencana …. lainlah keluar bencana baru contohnya lautan terputus 2, bulah pecah dan serpihannya jatuh ke bumi ataupun matahari tetiba je jadi setengah yang setengah lagi entah kemana perginya … apa yang penting sentiasa berbuat baik dan sentiasa mengingati Tuhan ..
    Curahan rasa b3njy @ ..POSITIF DAN NEGATIFMy Profile

    1. Cuma kekerapan berlaku jika dibandingakan 5 tahun seblum ini sangat berbeza. Dulu sesekali je dengar bencana alam ni. Seumur hidup aku tak pernah dengar banjir besar seperti di Pakistan tahun lepas dan kini di Thailand yg berlaku berbulan-bulan. Biasanya banjir besar kejap je.

  2. selamat sejahtera En/Cik/Tuan/puan. kami telah mewujudkan 1 blog iaitu SENARAI BLOG-BLOG MALAYSIA. kami masih baru lagi di sini.maka kami masih mencari lebih banyak lagi blog-blog untuk di masukkan kedalam blog kami. untuk permulaan blog En/Cik/Tan/Puan telah terpilih dan telahpun di masukkan kedalam blog kami. oleh itu kami meminta jasa En/Cik/Tuan/Puan untuk memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan. di sini kami sertakan link blog kami iaitu:-

    http://bloglistmalaysia.blogspot.com

    sila maklumkan kepada kami sekiranya En/Cik/Tuan/Puan telah memasukkan blog kami kedalam bloglist En/Cik/Tuan/Puan.

    kerjasama En/Cik/Tuan/Puan amat kami hargai

    terima kasih

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!