RM50 Tiket Final Piala Malaysia Nak Diskaun

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, patut ke RM50 harga tiket Final Piala Malaysia Trengganu vs Negeri Sembilan pada 29/10/2011, jam 8.45pm. Patut tak patut masing-masing ada pendapat berbeza. Ni pandangan akulah, kita nak tengok pasukan bola sepak yang high class dan pemainan yang bagus seperti EPL atau La Liga. Kualiti bola sepak Malaysia dua tiga menjak nampak semakin bagus. Untuk menjadi bola sepak Malaysia semakin bagus pasti ada kosnya bukan free. Pasukan negeri dan negara pengeluarkan banyak belanja untuk memastikan pasukan bola sepak semakin bagus. Apa pulak sumbangan kita untuk kemajuan bola sepak ni?

Minggu lepas beberapa sahabat aku menonton Arsenal vs Stoke City di Stadium Emirates, nak tahu berapa tiket yang diaorang bayar? Seorang kena bayar 50pound atau lebih kurang RM300 untuk menonton satu perlawanan Arsenal vs Stoke City dan itu tiket yang paling murah. Mungkin ada yang kata itu pasukan profesional bolehlah bayar mahal.

Kalau kita tidak sangguh membayar lebih sikit untuk kemajuan pasukan bola sepak kesayangan kita, siapa lagi? Ibarat bayar murah tapi nak barang berkualiti mana boleh dapat.

Nota : Aku memang tak setuju hanya kerana tiket bola final RM50 ada yang godam website FAM. Bila Hackers Indonesia godam banyak website Malaysia tak nak pulak tunjuk skil lawan balik. Ni yang dikatakan menggunakan kemahiran pada waktu yang salah.

253 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!