Muamar Gaddafi Is Dead

Spread the love

Assalamulaikum dan 1Dunia, Muamar Gaddafi Is Dead berita paling hangat di seluruh dunia. Gaddafi bekas pemimpin Libya yang ditumbangkan melalui pemberontakan terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Kerajaan di kubu terakhirnya Sirte. Gaddafi menepati janjinya untuk berjuang sehingga titisan darah terakhir untuk mempertahankan rejimnya yang telah memerintah Libya lebih daripada 4 dekad.

Gambar Mayat Muammar Gaddafi - Sumber Google
Gambar Jenazah Gaddafi - Sumber Google
Gambar Jenazah Anak Gaddafi - Sumber Google

Dengan kematian Muammar Gaddafi maka bermulalah era baru untuk Libya yang pasti sangat mencabar. Harapan rakyat Libya pasti perubahan segera yang bukan mudah untuk dilaksanakan. Lihat sahaja pergolakan yang berlaku di Mesir setelah rejim Hosni Mubarak tumbang. Libya pasti akan melalui nasib yang sama terutama dengan campur tangan barat yang dahagakan sumber bumi Libya. Barat tidak akan membantu pemberontakan Libya tanpa ada agenda yang tersembunyi.

Saksikan video pembunuhan Muamar Gaddafi dan bagaimana tidak hormatnya rakyat Libya kepada jenazah Muammar Gaddafi :

Suatu demi satu negara Arab tumbang dan yang paling menarik pemerintahan baru yang mengambil alih adalah Kerajaan yang lebih Islamik jika berbanding dengan pemerintahan sebelumnya. Adakah barat tersilap percaturan dalam mencetuskan pemberontakan yang akhirnya memakan diri mereka atau ini adalah ketentuan Allah SWT menuju akhir zaman.


Spread the love

104 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!