Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Syawal bulan meraikan kejayaan setelah berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadhan. Nikmat merayakan Aidilfitri akan lebih dirasai apabila kita bersungguh-sungguh melaksanakan berbagai amalan di bulan Ramadhan. Syawal juga bulan ibadah tetapi malangnya selalu diraikan dengan hiburan yang tiada batasnya samada di TV, Radio, Pawagan dan Pasaraya seluruh negara.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 18 Ogos 2012 ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini. Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Sabtu itu menerusi radio dan televisyen.
Untuk mengetahui sejarah menetapan melihat anak bulan di Malaysia sila baca entri “Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa, Syawal dan Sejarahnya“.
Paling menarik apabila dapat bertemu dengan ramai Rakan Blogger baru dan lama di tiga majlis Iftar Ramadhan bersama Denaihati. Alhamdulillah Ramadhan tahun ini memang ada banyak bezanya dengan Ramadhan yang lepas-lepas dan semuga apa juga amalan biar sekecil mana sekali pun mendapat redha Allah swt. Mendengar bacaan doa qunut Witir Ramadhan terakhir terasa sayu dan sebak di hati mungkinkah lagi bersua Ramadhan akan datang atau ini adalah witir Ramadhan terakhir dibaca.
Ramai Rakan Blogger yang akan pulang ke kampung menziarahi ayah dan ibu. Seandainya ada anak-anak yang tidak mahu pulang ke kampung kerana merajuk kepada orang tua ingatlah ayah dan ibu adalah jambatan ke Syurga seandainya kita meneruskan rajuk kita maka pasti Neraka lah tempat kita.
Kepada yang nak pulang ke kampung mesti baca entri “Tips Mengelakkan Kemalangan Jalanraya“, usaha mesti ada selebihnya tawakal. Jangan jadikan kita dan keluarga mangsa pusara di lebuhraya. Mungkin entri “Info Trafik Terkini” boleh dijadikan panduan sebelum atau ketika pulang ke kampung. Rancanglah perjalan pasti kita tidak akan terperangkap dalam kesesakan jalanraya yang boleh mengubah emosi hati dan menghancurkan amalan sepanjang Ramadhan. Akibat nila setitik rosak pahala sebulan.
Dalam bergembira kita hendak menyambut Aidilfitri setelah bermujahadah selama sebulan berpuasa jangan kita lupa kepada yang susah. Airmata aku tidak dapat ditahan mengenangkan sahabat Blogger yang ini yang sedang diuji Allah dengan ujian MAHA BESAR. Kali terakhir bersama beliau di majlis Iftar Ramadhan bersama Denaihati di Shah Alam dan entri ini adalah entri terakhir sebelum beliau menyepi.
Sejak penyakit no satu pembunuh manusia menyerang beliau kami sering berkongsi pendapat secara rahsia dan berikut adalah tweet terakhir beliau kepada aku sebelum menyepi tak menjawab tweet aku.
“Aku Naik Saksi Bahawa Tiada TUHAN Melainkan ALLAH & Nabi Muhammad Itu Pesuruh ALLAH. Hidup Mati Ku Hanyalah kejalan ALLAH SWT, ALLAH HU AKHBAR. Thanks for Everything Bro … Insyallah Raya Nanti kita jumpa“.
Aku sentiasa mendoakan beliau dan keluarga diberi kekuatan dan ikhlas menerima ujian besar dari ALLAH SWT. Ingat ALLAH SWT tidak pernah kejam kepada hambanya kerana setiap kejadian pasti ada HIKMAHnya. Jangan putus asa terus berserah kepada ALLAH SWT kami sentiasa berada bersama ANDA TEMAN KU.
Insyallah Bro bukan setakat raya ini malah raya-raya akan datang kita pasti berjumpa lagi … kuatkan semangat mu teruskan berjuang jangan putus asa demi ALLAH SWT dan keluarga.
123 Comments
semoga semua selamat pulang kepangkuan keluarga.. yang susah jangan dilupa.. pastikan perjalanan anda balik kekampung setiasa selamat.. amin
Curahan rasa myvitrd @ ..#SaveJejai | Semoga Blogger Teratakarmo.com Di Beri Kesihatan Berpanjangan
selamat Idul fitri 1433 H
Curahan rasa obat tradisonal @ ..Penyebab Radang Tenggorokan
Allah. baru semalam sahabat baik sy meninggal. Pandu hati-hati ye semua. lebih-lebih lagi pada yang menunggang motosikal. Selamat Hari Raya Maaf Lahir & Batin
Semakin tinggi kadar keimanan seseorang, biasanya semakin berat ujian yang ditimpakan kepadanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..2014 FIFA World Cup Brazil ™ | Adidas Usulkan 3 Nama Bola Piala Dunia 2014
Dah nak raya , sedih juga melihat orang yang mudah tertawa lepas seperti Jejai harus bertarung melawan penyakit seperti itu, MAri kita Berdoa semoga admin Teratakarmo kembali diberi kesehatan oleh Allah SWT Amin
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
betul,… memang sedih rasanya menyambut hari Raya kemenangan sementara ada sahabat yang menyepi, berjuang melawan ujian dari Allah SWT.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..2014 FIFA World Cup Brazil ™ | Adidas Usulkan 3 Nama Bola Piala Dunia 2014
Semoga beliau diberi kekuatan dalam menjalani semuanya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..2014 FIFA World Cup Brazil ™ | Adidas Usulkan 3 Nama Bola Piala Dunia 2014
Dah nak raya.selamat hari raya bro denaihati..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Apabila Van Persie Ke Manchester United, Semua Jersi Tertera Namanya Dibakar
selamat hari raya.. nak tengok anak bulan! =) #SaveJejai
Curahan rasa KiD @ ..#SaveJejai | Bantuan Diperlukan Lung Cancer Stage 4
selamat menyambut hari raya IDUL FITRI 1433 H.
Selamat HARI RAYA IDUL FITRI 1433 H MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN.
Curahan rasa blog pendidikan @ ..Download Silabus dan RPP Berkarakter Untuk SMK
Terima kasih di atas perkongsian informasi yang sangat berguna..
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan mohon maaf zahir batin sekiranya ada salah dan silap yang telah saya lakukan sepanjang perkenalan kita dalam dunia penulisan Blog..
Curahan rasa Anuar @ ..Pengalaman Menikmati Malam Lailatul Qadar
Ayah dan ibu adalah jambatan ke Syurga ~ saya suka ayat tu. Selamat Hari Raya Aidilfitri En. Amir.
Curahan rasa kakchik @ ..PESANAN SELAMAT HARI RAYA.
Selamat Hari Raya maaf zahir batin juga dari kami.
Saya atas nama sahabat dari Indonesia menghaturkan maaf sebesar-besarnya bila selama ini ada hal yang tidak berkenan di hati, karena sebagai manusia biasa yang tidak luput dari kekhilapan sebab hanya Allah SWT yang sempurna.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..2014 FIFA World Cup Brazil ™ | Adidas Usulkan 3 Nama Bola Piala Dunia 2014
Selamat hari raya Aidil Fitri 1433 H. Taqabbalallahu Minna Waminkum.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..2014 FIFA World Cup Brazil ™ | Adidas Usulkan 3 Nama Bola Piala Dunia 2014
Ehh?? 18 Ogos tarikh mencerap hilal??
Curahan rasa eXception @ ..Gangguan Bekalan Air Mulai 11 Malam Ini
Selamat menyambut Hari Raya Idul Fitri
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri dan Hikmah Ibadah Puasa
Gembira dan sedih bercampur dalam dada ini, karena Ramadhan akan segera pergi
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri dan Hikmah Ibadah Puasa
Semoga beliau diberikan kekuatan dzahir & bathin oleh ALLAH SWT
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri dan Hikmah Ibadah Puasa
Do’aku dan do’a rakan blogger semua untukmu sahabat…
Curahan rasa Dadan @ ..Idul Fitri dan Hikmah Ibadah Puasa
Semoga Kang dan Teratakarmo kembali bersinar lagi seperti sedia kala
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Wordless Wednesday – # Salam Aidilfitri
Selamat Hari Raya maaf zahir batin juga semuga aidilfitri tahun ini lebih bermakna
Selamat Hari Raya Idul Fitri juga Tuan semoga semua Rakan Blogger dalam Lindungan Nya
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari kami
Comments are closed.