Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya

Spread the love

Assalamulaikum dan salam 1Dunia, semangat Aidil Fitri kian membara dihati semua umat Islam walaupun puasa Ramadhan masih ada beberapa hari lagi. Ramai yang sudah membuat persediaan untuk pulang ke kampung menyambut Aidil Fitri bersama keluarga tersayang. Kalau di Indoensia lebih dikenali sebagai Mudik Lebaran yang menjadi fenomena satu Indonesia setiap kali menyambut lebaran Aidil Fitri.

Setiap tahun ada sahaja berita sedih kisah kemalangan maut ketika pulang ke kampung. Ramai keluarga yang kehilangan yang tersayang akibat terkorban di jalan raya. Majoriti kemalangan jalan raya dapat dielakkan seandainya persiapan yang rapi dibuat sebelum pulang ke kampung.

gambar_kereta_karpal_singh_kemalangan

Aku nak berkongsikan Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya dalam keghairahan untuk pulang ke kampung :

1. Servis kenderaan dan periksa tayar kereta. Jangan lokek mengeluarkan sedikit budget untuk memastikan kenderaan dalam kondisi terbaik demi keselamatan keluarga. Apa lah sangat nilai wang ringgit jika dibandingkan nyawa isteri dan anak-anak. Jangan servis kenderaan last minute sebab takut-takut pusat servis dah tutup.

2. Pemandu mesti bersiap sedia minda dua hari sebelum memandu pulang ke kampung. Pastikan tidur yang cukup supaya badan segar ketika memandu. Majoriti kemalangan berlaku akibat pemandu terlelap ketika memandu.

3. Rancang waktu untuk pulang ke kampung jangan buat keputusan pulang ke kampung secara tergesa-gesa. Perancangan yang baik akan memastikan isteri dapat mengemas barang keperluan dengan lebih teratur dan tidak akan ada barang yang tertinggal.

4. Solat malam dan berdoa semuga ALLAH SWT pelihara perjalanan pergi balik kita. Sebaiknya solat sunat musafir sebelum nak bergerak keluar pulang ke kampung. Pastikan membaca doa naik kenderaan sebaik sahaja kita mula bergerak pulang ke kampung.

5. Bersabar ketika memandu dan ikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan. Ramai Rakyat Malaysia yang baik budi perkerti tetapi menjadi ganas apabila mula memegang stereng kenderaan. Ingat kita masih lagi berpuasa jangan ikut perasaan bukan sahaja hilang pahala puasa tetapi juga boleh mengundang kemalangan maut. Ingat bukan kita sahaja nak pulang awal pemandu yang lain begitu juga. Seandainya kita potong barisan dan memandu melulu pasti ini akan menyumbang kesesakan jalan raya.

6. Jika mengantuk teramat sangat ketika memandu cari tempat yang selamat untuk berhenti dan berehat. Jangan paksa diri untuk cepat sampai tetapi akhirnya sampai ke hospital atau ke alam kubur.

Ini lah antara Tips Mengelakkan Kemalangan Jalan raya ketika pulang ke kampung dan mungkin  Rakan Blogger boleh tambah mana-mana yang tertinggal. Sayangi diri anda dan ingat ada keluarga yang tersayang sedang menunggu di kampung. Jangan biarkan mereka menerima berita sedih ketika orang lain sedang bergembira menyambut Aidil Fitri.

Kita berusaha ALLAH SWT menentukan segalanya. Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati ketika memandu.

Balik nanti jangan lupa semak saman @ Semak saman secara online dan SMS.


Spread the love

98 Comments

  1. Sya pernah teruskan drive juga walaupun mengantuk masa pukul 3 pagi. nyaris nak ke divider dah. huhu… pastu terus berenti kat next R&R, lelap sekejap.

    Biar lambat asal selamat 😀
    Curahan rasa Sya Isya @ ..GENG SKODENG BLOGMy Profile

  2. Bacalah doa spt yg saudara denaihati sarankan, sbg senjata di jalan raya. Ajal, musibah dan maut di tangan tuhan. Hanya kita yg perlu tahu tip-tip yg sepatutnya.

  3. Kelajuan adalah salah satu punca sebenar kemalangan jalan raya. Bila kita laju brek pun tak menampung kelajuan kenderaan kita, maka berlakulah pelanggaran. Jika anda perlahan, kita sempat brek atau mengelak drpd melanggar org atau kenderaan lain. Itulah pesanan saya buat penguna jalan raya. Berhati-hati di jalan raya anda tentu selamat.

  4. Kerajaan kempen Oops sikap adalah utk mengubah sikap anda dijalan raya spt ketika bersama masyarakat yg sentiasa ramah dan mesra, tapi kenapa di jaln raya sikap kita berubah serta merta.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!