Assalamualaikum dan salam 1Dunia, alhamdulillah tahun 2012 sempat juga beberapa kali berbuka puasa bersama Rakan Blogger. Semuanya program bidan terjun tetapi alhamdulillah menjadi. Program pertama Iftar Ramadhan di Hotel Cititel asalnya program Sweetkurma bersama Rakan Media tapi Denaihati menyelit bersama berbelas Rakan Blogger yang lain juga tetamu dari Pekanbaru, Indoensia. Boleh baca coverage di beberapa blog yg join antaranya Ariffshah dan Anarm.
Program Iftar Ramadhan kedua lebih santai di Shah Alam bersama keluarga isteri dan keluarga Rakan Blogger. Walaupun tak seramai kali pertama tapi ramai juga Blogger yang pertama kali bersua muka antaranya akuzie ayu. Jejai pun datang bawa famili dan selepas program ini beliau terus menyepi menguruskan hal peribadi … doakan beliau kuat dan tabah.
Pada minggu lepas team Denaihati ada menjemput beberapa orang blogger untuk turut serta dalam Majlis Iftar Ramadhan di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting, Selangor. Terima kasih kepada blogger yang sudi meluangkan masa datang memeriahkan majlis berbuka puasa bersama warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Majlis hari tu merupakan program anjuran Kumpulan Al Ansar, eQurban dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM).
Blogger dan pihak media berkumpul di masjid negeri Shah Alam pada pukul 3 petang, kemudian bertolak ke Rumah Warisan Kaseh dengan menaiki bas yang disediakan. Ada juga yang naik kenderaan sendiri follow dari belakang bas seperti yang disuruh untuk mengelakkan sesat dalam perjalanan ke sana. Perjalanan dari masjid negeri Shah Alam ke Warisan Kaseh, Banting makan masa lebih kurang 1 jam.
Selepas mendaftar dan diberi cenderamata yang diisi di dalam goodie bag, blogger dan pihak media berkumpul di teratak Warisan Kaseh bertemu dengan tuan rumah Hj. Masrukhin Marzoki, pemilik Warisan Kaseh Darul Maghfiroh.
Rumah Warga Emas Darul Maghfiroh juga dikenali sebagai Warisan Kaseh (rumah rehat dan pusat tarbiah warga emas). Menurut Hj. Masrukhin, di Rumah Warisan Kaseh tak wujud tanggapan atau andaian sesetengah pihak bahawa rumah orang tua hanya menempatkan golongan warga emas yang dipinggirkan, disingkirkan atau ‘dibuang’ oleh anak-anak atau ahli keluarga yang lain.
Warisan Kaseh melakar kelainan daripada kebiasaan rumah-rumah orang tua di negara ni apabila ada dikalangan penghuninya yang datang ke situ secara sukarela untuk bersama-sama rakan seusia menghabiskan usia yang masih berbaki dalam suasana yang lebih kondusif dan selesa.
Sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa, pada petang tu blogger dan pihak media mengisi masa dengan aktiviti melawat sekitar Rumah Warisan Kaseh bagi melihat sendiri keadaan tempat tinggal dan segala fasiliti kelengkapan yang disediakan untuk keselesaan penghuni di situ.
Majlis Berbuka Puasa (Iftar)
Majlis berbuka puasa beramai-ramai melibatkan blogger, pihak media, warga emas, anak yatim dan pelajar tahfiz. Makanan yang disediakan oleh pihak catering semuanya sedap-sedap. Nasi, lauk ayam, lauk daging, satay, kambing panggang dan macam-macam lagi disediakan khas untuk santapan berbuka puasa mereka yang hadir pada hari tu.
Solat Maghrib diadakan secara berjemaah di surau yang terdapat di situ. Lepas solat Maghrib sambung makan sambil menikmati alunan nyanyian nasyid dan perkongsian kata-kata nasihat daripada artis jemputan, Mu’adz Dzulkefly.
Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah penghargaan dan saguhati kepada warga emas, anak-anak yatim dan pelajar tahfiz. Blogger dan media juga diberi hadiah dan duit raya. Sebelum pulang diadakan sesi bergambar beramai-ramai bersama blogger dan media.
Lot 3886, Kampung Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-3187 5304 / 013-388 8234
Email: [email protected] / [email protected]
84 Comments
Assalamualaikum. bestnyaaa. sheila suka join iftar tapi untuk tarikh baru 30 julai 2013 tu bekerja. takpe2, sheila pm Anarm dulu 🙂
Semoga acara di tahun depannya semeriah ini dan bahkan lebih meriah lagi
Curahan rasa Ramzi @ ..Cara Membuat Halaman Laman / Page di Blogger – Blogspot
Semoga pula semangat berbagi dengan anak-anak yatim ini akan terus berkelanjutan sahabat
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
Semangat berbagi di kala Ramadhan ini harus senantiasa dipupuk agar bisa berbagi dengan yang lainnya di kemudian hari
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Praktik Keperawatan Profesional
best nye.. nape x jemput saya 🙂 teringin nak jadi rakan blogger denaihati.. ada program mcm2.. camana nak join ek..:)
Curahan rasa saupz @ ..Saman Trafik Hari Raya
‘Barangsiapa yang ingin dimudahkan rezeki dan dipanjangkan usianya hendaklah ia senantiasa menjaga silaturahim.” (HR Muslim, dari Anas bin Malik RA).
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
Silaturrahim merupakan bagian dari tanda-tanda yang agung dari agama Islam; (yaitu) mentauhidkan Allah, mendirikan shalat, berpegang teguh pada sifat jujur, dan menjauhkan diri dari perbuatan buruk. Karena itu, silaturrahim merupakan keistimewaan nyata yang ditampakkan kepada orang-orang yang untuk pertama kalinya bertanya tentang Islam.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
Silaturahmi juga merupakan faktor yang dapat menjadi penyebab umur panjang dan banyak rizki.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
wah pengetahuan baru nih bang mesti banyak silaturrahmi
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
wah! ada gambar sy n link.. tqvm yea? sy pon suker sgt dpt berbuka puasa bersama2 tuan hj amir n kengkwn bloggers yg lain…
Bro Jejai datang ya semoga beliau kuat dan diberi kesembuhan
iftar yang bermakna..
tahniah kpd penganjur
Curahan rasa Sop @ ..Blog Review: Mr. E’raz Fadli Blog
Bestnya kalau boleh bersama-sama..hehe..
Curahan rasa Blog Asyraf @ ..Apabila Van Persie Ke Manchester United, Semua Jersi Tertera Namanya Dibakar
suasana dan kenangannya jadi lebih terasa
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
suatu majlis yang penuh pengertian bagi penghuni warisan qaseh. Selamat hari raya aidilfitri kepada DH dan semua pembaca blog DH.
Curahan rasa hatiputera @ ..Kad Raya 2012
ingin mengambil kesempatan ini utk mengcapkan selamat hari raya buat semua pembaca Denaihati
Curahan rasa Zarul Umbrella @ ..#SaveJejai
Selamat Hari raya juga Tuan Zarul
Curahan rasa smp3lembang @ ..Berdoa untuk Sehat
nampak macam menarik! penuh pengisian…
Curahan rasa Qaseh Gifts @ ..Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Qaseh Gifts
Comments are closed.