Susu pisang : Neelofa terkilan usaha jatuhkan Melayu, Dr Amalina kata salah tetap salah!

Spread the love

Baru-baru ini dunia hiburan kecoh dengan isu susu pisang Nilofa.

Ia gara-gara risalah susu pisang itu yang dikeluarkan oleh pengacara dan usahawan terkenal Neelofa.

Bagaimanapun dalam temuramah bersama media baru-baru ini, Neelofa mengakui terkilan dan bersedih dengan sikap segelintir orang Melayu yang cuba menjatuhkan perniagaan orang lain dari bangsa yang sama.

Menurut Neelofa, tindakan itu hanya akan merugikan dan menyekat kemampuan anak muda untuk menambah baik taraf hidup masing-masing.

“Saya terkilan sebab bisnes (susu pisang) ini buka peluang kepada anak Melayu muda berniaga, kebanyakan belum pernah berniaga dan mereka nak belajar meniaga.

“Saya sedih orang Melayu juga yang tutup peluang dan kalau tengok bangsa lain tepuk tangan. Anak Melayu cuba bagi peluang tapi anak Melayu juga nak jatuhkan… kita kena tukar attitude dan mindset ini!

“Kalau macam ini pantang tengok anak Melayu berjaya sampai bila kita tak akan kaya dan jadi orang berkuasa, semuanya bermula dengan kita, jangan tokok tambah dan memperbesarkan benda ni,” katanya.

Neelofa berkongsi luahannya itu menerusi Instastory semasa ditemubual oleh wartawan pada Jumaat lalu.

Sebelum itu, pengacara program Meletop ini menjelaskan risalah berkaitan susu pisang yang menjadi salah faham dan mengelirukan pengguna sehingga menerima teguran daripada pakar bedah, Dr Amalina Che Bakri yang diedarkan baru-baru ini tidak mendapat kelulusan daripada kilang atau agensi yang dilantik.

Malah, pihaknya juga akan mengambil langkah berhati-hati sebelum memuat naik perkongsian atau kenyataan di media sosial dan akan memperkemaskan lagi bungkusan susu pisang selepas susu itu diperiksa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mereka juga akan menghantar beberapa dokumen yang diminta KKM bagi memastikan produk itu dipromosikan sebagai susu berperisa pisang.

Pada Selasa lalu, Dr Amalina menerusi Twitter peribadinya meminta penjelasan usahawan itu tentang khasiat susu pisang yang dianggap keterlaluan dipromosikan.

Gara-gara isu susu pisang ini, nama Neelofa dan Melayu menjadi trending di laman Twitter.

Sementara itu, Dr Amalina pula meminta tiada pihak memainkan isu perkauman dalam sesuatu kesilapan yang dilakukan.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus kepada siapa mesej tersebut ditujukan.

“Saya harap orang menghentikan menggunakan bangsa sebagai alasan ‘Melayu nak jatuhkan Melayu’. Ini adalah tentang integriti, etika dan tanggungjawab. Salah tetap salah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Saya akan bersuara tak kira siapa anda jika ia mendapat perhatian saya.

“Saya tak dapat apa-apa faedah dengan berbuat demikian, saya menentang dan bercakap mengenai produk overclaim dan berbahaya untuk melindungi orang Malaysia,” tulisnya. – FMT –


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!