Chelsea vs Arsenal BPL Week #23

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, memang setuju dengan Arsene Wenger prestasi Jack Wilshere semakin meningkat terutama ketika Arsenal menewaskan Swansea 1 – 0 untuk perlawan ulangan FA Cup 2012/13. Prestasi Jack Wilshere semakin menghampiri prestasi sebelum beliau cedera dan direhatkan selama 17 bulan.

Chelsea vs Arsenal - Sumber Google

Arsenal perlukan midfield yang genius untuk kembali bersaing dengan pasukan-pasukan hebat dunia. Prestasi cemerlang Wilshere akan menjadi kunci kepada banyak peluang yang boleh dihidangkan kepada Walcott, Podolski dan Giroud untuk menjaringkan lebih banyak gol. Kejayaan menewaskan Swansea setelah kalah dan seri pada dua pertemuan dengan Swansea pasti meningkatkan semangat kem Arsenal.

Chelsea vs Arsenal - Sumber Google

Arsenal Fan boleh tersenyum setelah Walcott menandatangani kontrak baru dengan menjadi pemain Arsenal paling mahal gajinya. Mengikut sumber gaji baru Walcott adalah 90k Pound seminggu. Walcott baru berusia 23 tahun masih banyak potensi yang boleh dikembangkan membina kejayaan bersama Arsenal. Arsenal mengambil pendekatan yang betul setelah hilang ramai superstar kerana tidak mahu membayar gaji lebih.

Chelsea vs Arsenal - Sumber Google

BPL Week #23 adalah minggu yang mencabar kepada Arsenal setelah tewas kepada Manchester City 0 – 2 pada Week #22. Arsenal akan bertandang ke Stadium Stamford Bridge menentang Chelsea. Chelsea yang baru bertukar pengurus masih belum dapat menunjukkan prestasi terbaik merupakan peluang kepada Arsenal untuk bermain cemerlang.

Vermaelen perlu mengawal penyerang baru Chelsea Ba daripada merobek pintu gol Arsenal. Kunci kejayaan kedua-dua pasukan ini adalah kepada pasukan yang dapat menguasai midfield. Chelsea mempunyai permainan tengah yang bagus yang perlu dikawal oleh pemain Arsenal. Semuga Arsenal dapat menewaskan Chelsea dan mengharapkan Tottenham dan Everton tewas perlawanan mereka.

Keputusan Chelsea vs Arsenal : 2 – 1

Live Chelsea vs Arsenal @ Astro Supersport 831 tarikh 20/1/13 jam 9.30 pm waktu Malaysia.

Live Streaming Chelsea vs Arsenal @ Goal.com.

Live di Stadium Twitter dengan hashtag #Arsenal

KEPUTUSAN BPL WEEK #23

Liverpool vs Norwich : 5 – 0

West Ham vs QPR : 1 – 1

Manchester City vs Fulham : 2 – 0

Swansea vs Stoke : 3 – 0

Newcastle vs Reading : 1 – 2

Wigan vs Sunderland : 2 – 3

West Brom vs Aston Villa : 0 – 0

Tottenham vs Manchester United : 1 – 1

Southampton vs Everton : 0 – 0

38 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!