9 Petua halau semut dengan berkesan, hanya guna bahan semulajadi

Spread the love

Masalah semut sememangnya satu kebiasaan di dalam rumah. Dengan kehadiran sekumpulan semut yang banyak sememangnya akan mengganggu pandangan mata walaupun mereka ini kecil. Mana tidaknya, apabila tertinggal makanan atas meja sahaja pasti akan mudah dikerumuni oleh sekumpulan semut ini.

Semut ini bukan sahaja berminat terhadap makanan tetapi minuman serta bekas air yang kosong juga akan turut ada dirinya. Nak-nak lagi kalau ada anak-anak kecil di dalam rumah, pasti semut akan lebih banyak kerana sisa makanan mereka yang bertaburan di lantai.

Memeningkan kepala betul nak menghalau semut-semut ini. Bukan itu sahaja, rasa tidak selesa jika rumah terlalu banyak semut ini. Kalau nak gunakan racun serangga takut bahaya kepada anak-anak pula. Jadi apa nak buat ini?

Buat anda yang mempunyai masalah sebegini, mungkin boleh cuba 9 tips ini tanpa menggunakan racun serangga.

1. Cuka

Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.

Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.

Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.

2. Kayu manis & cengkih

Bagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.

Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.

Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Bukan saja mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!

3. Serbuk kopi

Serbuk kopi asli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.

Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.

4. Soda penaik

Secara teorinya, gula aising adalah untuk memerangkap semut manakala soda penaik pula adalah bahan yang boleh membunuh semut-semut tersebut.

Caranya, campurkan soda penaik dengan gula aising (powdered sugar) dengan nisbah 1:1. Taburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari.

5. Daun sirih

Cincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.

6. Air lada

Air rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.

Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.

7. Kulit telur

Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.

8. Kulit lemon / oren

Buah-buahan sitrus juga mengeluarkan bauan wangi untuk kita, tetapi tidak untuk semut dan serangga lain.

Oleh itu, ambil peluang ini untuk menggunakan semburan sitrus untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda.

Anda juga boleh menggunakan cincangan daun limau purut untuk kesan yang lebih baik.

9. Daun pandan

Satu lagi petua halau semut yang praktikal untuk anda gunakan adalah daun pandan.

Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun bertambah harum dengan aromanya!

Pastikan keadaan rumah kita bersih.

Jangan lupa mengaplikasikan petua halau semut ini. Mudah-mudahan, rumah anda akan selamat daripada dihurung semut selepas mencuba cara di atas.

Selain itu, pastikan juga tiada sisa makanan yang terbiar demi memastikan semut-semut ini tidak kembali menyerang kediaman anda.

Selamat mencuba!


Spread the love

One Comment

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!