Dubai bina bandaraya klon terkemuka, bakal siap tahun 2020

Spread the love

Rakyat Dubai sememangnya diketahui suka bercuti ke luar negara dan Malaysia salah satu destinasi pilihan mereka kerana mudah mendapatkan makanan halal selain banyak tempat tarikan pelancongan.

Melihat akan trend dan kecenderungan ini, kerajaan Dubai mengambil keputusan untuk mencipta tempat percutian negara lain di beberapa buah pulau yang terdapat di sekitar Dubai.

Pulau-pulau ini digelar sebagai “The Heart of Europe!”

“The Heart of Europe” ini dibina di beberapa pulau di Dubai yang digelar The World Dubai dan disini ada beberapa pulau yang akan dibina untuk menyerupai tempat-tempat popular diseluruh Eropah seperti Sweden, German, Monaco, St, Petersburg, Switzerland dan juga Main Europe.

Dan yang terbaru, pihak Dubai dikatakan akan menambah satu lagi pulau yang dipanggil “Floating Venice” yang berpandukan kepada Bandar Venice di Itali.

Seperti mana yang anda tengok di Venice, macam itu jugalah mereka akan bina Floating Venice ini siap dengan Gondola Rides!

Projek ini dikatakan telah dilakukan oleh Kleindienst Group yang akan menelan belanja sebanyak USD680 bilion.

Memang tempat ini akan jadi lokasi pelancongan terapung 5 bintang pertama di dunia.

Di “Floating Venice” ini akan ada resort yang dibahagikan kepada empat deck dan salah satunya akan berada dibawah laut.

Lobinya pula akan dibina dibawah laut bersama-sama dengan 180 bilik tidur dan 3 restoran mewah yang mana anda boleh nikmati makanan sambil melihat hidupan laut yang berenang atas kepala anda.

Pulau ini masih lagi dalam pembinaan dan dikatakan akan siap pada tahun 2020.

Pihak Dubai juga menyatakan selepas pulau “Floating Venice” ini siap nanti, mereka berharap untuk mengadakan pesta “City Carnivale”, “Binnale” dan juga “Festa del Rendentore” seperti mana yang diadakan di Itali bagi membuatkan pulau ini mempunyai suasana seperti betul-betul berada di Venice, Itali.


Spread the love

One Comment

  1. Pembinaan ini sebenarnya hanya mengambarkan ketakutan Dubai, yang duit kekayaan rakyatnya banyak dihabiskan di laur negara. Jadi Dubai mahu rakyat berbelanja di dalam negara sendiri.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!