Life of Pi hidup jangan pernah putus asa

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, cuti sekolah akhir tahun 2012 anak-anak ajak tengok movie 3D Life of Pi. Katanya daripada banyak review cerita ini best lebih best daripada movie Avatar. Khabarnya Life of Pi dapat banyak anugerah di majlis Oscars 2013. Bangga juga sebab kepakaran movie hasil kerja orang kita, orang Malaysia itu pun tahu setelah terbaca artikel INI dan INI. Tabik kepada Hasnul Samsudin dan Azim Hulaimi dari Rhythm & Hues yang menjadi penggerak utama untuk babak lautan dan harimau Richard Parker bekerjasama dengan pengarah terkenal Hollywood, Ang Lee.

Kepada yang banyak masalah hidup dan rasa dah tidak ada jalan menyelesaian Life of Pi boleh dijadikan sebagai motivasi. Kisah seorang remaja India Pi yang mendapat ejekan kerana nama Piscine Molitor sempena nama sebuah kolam renang yang akhirnya terpaksa berhijrah ke Kanada membawa binatang peliharaan Zoo keluarganya. Di tengah laut yang paling dalam di dunia kapal telah pecah setelah dilanda ribut menyebabkan seluruh keluarga dan haiwan yang dibawa mati lemas. Tinggal Pi dan seekor harimau yang diberi nama Richard Parker.

Life of Pi

Pi dan Ricard Parker berjuang di dalam satu sampan di lautan luas yang tiada bertebing yang akhirnya terpaksa berkawan untuk meneruskan kehidupan. Tidak ada sesiapa yang dapat membantu mereka dan secara logiknya mereka tidak akan dapat bertahan lama untuk hidup di tengah lautan tanpa air dan makanan. Pi tidak pernah berputus asa dan dia yakin tuhan akan membantu beliau. Memang benar tuhan menolong beliau dengan berbagai kejadian pelik sepanjang di lautan sehingga dihanyutkan ke sebuah pulau misteri yang mempunyai makanan dan air tawar dan kemudian meneruskan perjalanan sehingga terdampar di pantai dan diselamatkan. Daripada penyiasatan selepas Pi diselamatkan tidak ada orang yang pernah berjumpa dengan pulau misteri tersebut.

Life of Pi

Pengajaran daripada Life of Pi JANGAN pernah kecewa dalam hidup walaupun seandainya kita sudah sampai ke penghujung jalan seperti sudah tiada jalan penyelesaian. INGAT kita ada ALLAH SWT untuk bergantung harapan yang kuasanya diluar kotak fikiran manusia yang boleh membantu bila-bila masa, dalam apa keadaan dan sesukar mana sekali pun. Apa yang ALLAH SWT turunkan di alam ini hanya ibarat setitis air di lautan luas maknanya terlalu banyak lagi rahmat dan nikmat yang ALLAH SWT ada tak terfikir oleh manusia.

Masalahnya berapa ramai dikalangan kita yang benar-benar kenal ALLAH SWT. Kalau kita tak kenal ALLAH SWT bagaimana kita nak bergantung harap sepenuhnya pada NYA apabila dalam kesusahan. Pi mencari tuhan sejak kecil kerana itu apabila beliau dalam kesusahan sentiasa ingat Tuhan. Tugas kita mengenalkan anak-anak dari kecil mengenal ALLAH SWT. Katakan setiap hari kenyang, lapar, sihat, susah, sedih, gembira, suka, duka, sekecil apa dan sebesar mana semua itu adalah atas kehendak ALLAH SWT.

Dengan latihan sebegini sejak kecil barulah kita bergantung harap kepada ALLAH SWT dalam apa juga keadaan senang atau susah kerana semua itu tidak datang begitu sahaja tanpa amalan yang istiqamah.

108 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!