Arsenal vs Stoke BPL Week #25

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perlawanan Arsenal vs Liverpool memang menghiburkan. Arsenal yang ketinggalan 0 -2 mengejar dari belakang dan akhirnya menyamakan kedudukan dengan jaringan menarik Giroud dan Walcott. Walaupun keputusan seri 2 – 2 tetapi menyaksikan permainan yang berprestasi tinggi terasa 90 minit terasa kejap sahaja. Kedua-dua pasukan sering berbalas serangan sehingga ke saat terakhir.

Arsenal

Prestasi penyerang Arsenal Giroud dan Walcott semakin meyakinkan untuk meletakan Arsenal top 4 BPL musim 2012/13. Kehadiran pemainan pertahan baru Monreal dari Malaga pasti akan menambah kekuatan benteng pertahanan yang akan tidak konsisten. Aku bersetuju dengan Arsene Wenger tidak membawa pemian baru kerana barisan pemain yang ada sekarang sudah cukup berkualiti hanya menunggu masa mereka benar-benar serasi. Kalau tidak musim ini musim depan pasti Arsenal akan meraih kejayaan cemerlang dengan syarat pemain sekarang mesti dikekalkan.

Persaingan BPL musim ini untuk top 6 masih terbuka luas kerana perbezaan mata hanya 14 mata antara Arsenal dengan Manchester City dan hanya 4 mata dengan Tottenham yang berada pada kedudukan ke empat. Arsenal mesti bekerja kuat untuk memastikan layak Champions League 2013/14.

Arsenal vs Stoke - Sumber Google

BPL Week #25 Arsenal akan menentang Stoke. Prestasi Stoke masih terumbang-ambing tetapi jangan dipandang remeh terutama dengan prestasi Arsenal yang kurang menyerlah bermain di Emirates. Arsenal mesti menang perlawan ini dan mengharapkan Everton dan Tottenham tewas.

Keputusan Arsenal vs Stoke : 1 – 0

Live Arsenal vs Stoke @ Astro Supersport 831 tarikh 2/2/13 jam 11.00 pm waktu Malaysia.

Live StreamingArsenal vs Liverpool @ Goal.com.

KEPUTUSAN BPL WEEK #25

QPR vs Norwich : 0 – 0

Reading vs Sunderland : 2 – 1

Everton vs Aston Villa : 3 – 3

Wigan vs Southampton : 1 – 1

West Ham vs Swansea : 1 – 0

Newcastle vs Chelsea : 3 – 2

Fulham vs Manchester United : 0 – 0

West Brom vs Tottenham : 0 – 1

Manchester City vs Liverpool : 2 – 2

46 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!